Tuesday, October 18, 2011

Wanita itu lembut, BUKAN LEMAH.

BY Sis Lin IN 7 comments

Assalamualaikum wbt...

“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang
menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik
untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



Wanita itu lembut. BUKAN LEMAH.

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara Lemah dan Lembut.....
Besar perbezaannya

Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...

Kerana lembut, wanita tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa, lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam, wanita terus-terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat, celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah... bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah... bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah... terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan sedia terhidang di meja makan...

Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati... ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setulus ZULAIKHA,
Jika kasih tak seikhlas YUSUF,
Tak perlu diri mengharap kasih SARAH,
Jika tak seteguh IBRAHIM,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tiada guna punya MATA kalau tidak dapat MELIHAT,
Tiada guna punya HATI kalau tidak tahu MENILAI....





P/S: Baru dapat duduk update setelah semalaman hingga ke pagi tadi cirit birit..huhuhuhu


7 comments:

  1. Best la...Nice blog and good writing, continue and keep up a good work, sesekali boleh lepak kat blog saya korean fashion malaysia online / online shopping blog. have a nice day

    ReplyDelete
  2. Korean Style Online: Thankx dear...

    ReplyDelete
  3. Terbaik Sis Lin, sebak pulak rasanya

    ReplyDelete
  4. Bahagia mengenali Sis-Lin :)






    cirit birit?! siannya awak Lin.. rehat eaaa.. dah semalaman tu..

    ReplyDelete
  5. Sari Yusa: Huhuhu luahan hati seorang yg bernama WANITA... :)

    ReplyDelete
  6. Oh Oeya: Saya juga bertuah mengenali mu Oya.. :)

    Cirit dah OK..semalam letih sangat, bygkan 1 mlm sampai ke pagi lepakkk..huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah membaca dan beri ulasan/komen..
Sebarang cadangan dan pendapat anda, amat di alu-alukan....
TQ..