Wednesday, March 26, 2014

REMEMBERING MH370

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt...


Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un
 "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali."




Ternyata, begitu mudahnya Allah melukiskan orang sabar itu. Bukankah kita sering mengucapkan kalimat "Inna lillahi… ." Orang sabar-kah kita? Nanti dulu! Andaikata kita mau merenung makna kalimat Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un maka kita akan tahu bahawa sulit sekali menjadi orang yang sabar.

Arti kalimat itu adalah : "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali."
Kalimat ini ternyata bukan sekedar kalimat biasa. Kalimat ini mengandung pesan dan kesadaran tauhid yang tinggi. Setiap musibah, cobaan dan ujian itu tidaklah berarti apa-apa karena kita semua adalah milik Allah; kita berasal dari-Nya, dan baik suka-maupun duka, diuji atau tidak, kita pasti akan kembali kepada-Nya. Ujian apapun itu datangnya dari Allah, dan hasil ujian itu akan kembali kepada Allah. Inilah orang yang sabar menurut Al-Qur’an!
Bila kita mampu mengingat dan menghayati makna kalimat tersebut, ditengah ujian dan cobaan yang menerpa kehidupan kita, maka Allah menjanjikan dalam Al-Qur’an: "Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."

Allah berfirman dalam Al-Qur’an :
Laa yukallifullahu nafsan illa wus aha
Allah tidak akan memberi cobaan pada manusia kecuali mereka mampu menanggungnya.
Untuk itu tak usah buru-buru meratapi kondisi kita yang miskin, sakit-sakitan, ditimpa bencana Seakan hanya kita yang mendapat cobaan yang berat dari Allah.

Innallaha maashobirin
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar. Amin.







P/S: Mengharapkan ada satu keajaiban yang akan berlaku..Allah Maha mendengar doa2 kita...insyaAllah..aamiinnn....


Wednesday, March 19, 2014

PUTRAJAYA INTERNATIONAL MPH BOOK FAIR 2014

BY Sis Lin IN , 1 comment


Assalamualaikum wbt...


19-23 March 2014
Putrajaya International MPH Book Fair 2014

Bookerville
A Magical Town of Books

Visit the Putrajaya International
MPH Book Fair 2014
from 19-23 March 2014

Location
Putrajaya International Convention Centre

Time
10.00am to 9.00pm

For more info, please visit




Bagi yang berkesempatan boleh ke Putrajaya International Book Fair 2014...bermula harini 19hb hingga 23hb di PICC..
Dan jgn lepaskan peluang saksikan pelancaran 3 buku masakan Nusantara Siri Blogger terbaru Kak @ctdelima pd 23hb dr jam 6-7pm disana ..
Moga semuanya dipermudahkan...
Congrats Kak Ct..!!! Nk autograp plesss.






P/S: Betullah kata orang tua2, "Usaha Tangga Kejayaan"..kan kan kannn...


Monday, March 17, 2014

SYAFAKILLAH

BY Sis Lin IN , , No comments

Assalamualaikum wbt..


"Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman"..
"semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya."





Pelbagai perkara yang tak terduga berlaku dalam hidup kita. Ianya meniti dari tiap saat dan minit yang berlaku sama ada kita sedari atau tidak. Kesakitan dan kematian yang menjengah hadir tanpa di undang dan tidak terduga. Dalam sehari pelbagai berita yang kita terima yang mengembirakan dan tidak kurang yang menyedihkan.

Sakit atau musibah yang datang adakalanya ringan dan ada masanya berat. Bergantung kepada kekuatan diri individu. Sebagai ujian dari Allah mengikut kemampuan kita. Kesakitan dan musibah juga dianggap sebagai kaffarah terhadap dosa2 yang telah dilakukan. Sahabat nabi amat risau jika tidak sakit kerana bimbang Allah tidak kasihkan mereka. Tetapi, kita hari ini sebolehnya menolak kesakitan dan musibah yang datang. Mudahnya kita mengeluh, berputus asa, bersedih yang keterlaluan dan lain2 lagi.

Datangnya sakit atau musibah lebih mendekatkan kita kepada Allah. Pada waktu itulah kita ingat Allah. Menyebut2 namanya. Kerap berdoa kepada Nya. Maka di sinilah perlunya syukur atas nikmat kesihatan yang Allah berikan. Syukur itu diterjemahkan melalui penambahan amal ibadah serta perkara2 yang diredhaiNya.

Kita telah diajar untuk mengamalkan doa untuk kesihatan iaitu: :
"Ya Allah sihatkanlah penglihatanku, pendengaranku dan tubuh badanku..."







P/S: Tuan rumah sakit demam batuk selsema..tapi sebab buhsan, update jugak blog luahan sakit..


Saturday, March 15, 2014

CIRI SEORANG SAHABAT YANG BAIK

BY Sis Lin IN , , 2 comments

Assalamualaikum wbt..


SAHABAT SEJATI

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.




Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? 
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
- Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
- Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.


Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”







p/s: Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.


Friday, March 14, 2014

KHUSNUL KHOTIMAH

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt...


KHUSNUL KHOTIMAH - Opick

terangkanlah.. terangkanlah..
jiwa yang berkabut langkah penuh dosa
bila masa tlah tiada
kereta kencana datang tiba-tiba

airmata dalam luka tak merubah ceritanya
hanya hening dan berjuta tanya
dalam resah dalam pasrah

terangkanlah.. terangkanlah..
hati yang mengeluh saat hilang arah
detik waktu yang memburu
detik yang tak pernah kembali padaMu

terangilah.. terangilah..
bimbing kami dalam langkah
ampunilah.. maafkanlah..
dosa hidup sebelum di akhir masa

ya Allah biha ya Allah biha
ya Allah bi khusnul khotimah
ya Allah biha ya Allah biha
ya Allah bi khusnul khotimah...



#Doa4MH370 #Pray4MH370 



*Kredit gambar dari blog Kak Azlita 







P/S: ............................................ 


Thursday, March 13, 2014

CINTA MAKRIFAT

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt..


Lirik Cinta Makrifat oleh Awie ft Erra Fazira

Kau dan aku semati
Bulan dan matahari
Kala malam bulan mentari
Menyatu mengukir gerhana
Kau mentari kalbuku
Akulah bulan hiasanmu
Cinta terpatri rindu
Yang tersimpul erat
Oleh hukum hakam

Walau di dunia cinta tak nyata
Syurga firdausi kan menanti
Engkau dan aku (cinta abadi)
Tetap bersama (berjanjilah)
Demi cinta

Hanya tinggal takdir
Yang menyatukannya
Sedangkan ku tahu terlerai akhirnya
Ku setia di sini
Di saat terakhir (di nafas terakhir)

Menanti gelora syurga cintamu
Syurga cintamu



Sp sweet kan..mengimbau waktu time aku dolu doluuuuu..hehehhe






P/S: Ada novel rupanya Cinta Makrifat ni..ermmmm


Wednesday, March 12, 2014

RESEPI CHEESEKUT OREO

BY Sis Lin IN 7 comments

Assalamualaiku wbt...


RESEPI CHEESEKUT OREO :


BAHAN2 UTAMANYA:
1. Biskut Deluxe Crackers Hup Seng (nak guna biskut lain pun takpe)
2. Susu Manis (3/4 saja tapi ikut kemanisan masing2..)
3. 250gm Cream Cheese (Lin guna brand Philadelphia)
4. Fresh Milk Dutch Lady
5. Biskut Oreo berkirim choc




CARA2 MEMBUAT CREAM CHEESENYA :
1. Pukul Cream Cheese menggunakan Mixer sehingga kembang. (Blend pun bole)
2. Apabila Cream Cheese tadi dah kembang, masukkan sikit2 susu manis (ikut kemanisan masing2 ye) dan pukul lagi bersama cream cheese tadi.
3. Dah sebati, boleh la masukkan 3-4 sudu fresh milk, tuang la sikit-sikit agak2 sekali dua tuang tu ye sebab tengok pada kita punya kekentalan cream cheese tadi, yang penting jangan cair sangat..
4. Blend sampai sebati.


CARA2 MEMBUATNYA:
1. Susun Biskut Deluxe Crackers kita ke dalam loyang (celup dulu sekejap dengan fresh milk baki tadi)
2. Layerkan dengan cream cheese yang dah siap tadi.
3. Hancurkan biskut oreo tu dan tabung atas lapisan cream cheese tu.
 4.. Layerkan lagi dengan biskut diatas cream cheese, dan seterusnya ulang semula langkah 2 & 3 tu hingga habis.
5. Boleh tambah topping diatasnya, ada yang letak nestum, koko powder atau buah2an..ikut kreativiti masing2..tapi Lin letak biskut oreo tu penuh2 atasnya hehehe..
6. Simpan dalam peti sejuk, sejukkan selama 6jam, atau buat malam, esok pagi dah bole makan.



Buat sendiri puashati..makan sampai lebam!...






P/S; Hari2 makan cheese adeiii ngembang setalam le badan ni..huhuhu *layan anak2..


Tuesday, March 11, 2014

RESEPI LASAGNA

BY Sis Lin IN 1 comment

Assalamualaikum wbt ..

Resepi kali ni adalah cubaan berani kali pertama nak membuatnya, duduk terfikir2 nak membuatnya sebab salah satu faktor modal bahan tu mak aii, bole tahan juga mahalnya, kedua pulak takut tak menjadi, dah le oven uma ni ting tong sikit, buatnya buat kang tak menjadi, bazir jeee...
Tapi atas semangat dan kesiankan kat anak tekak juga anak2, ku beranikan juga beli bahan2 dan cuba buat pertama kalinya, resepi Lasagna..hehehe
Jom semak resepi yang simple senang dan mudah ni..janji menjadi hehehe




RESEPI LASAGNA..

Bahan utama:
Kepingan lasagna


Bahan2 untuk inti:
Sos prego - 1 botol sederhana
Cendawan butang - 1 tin
Daging cincang 400 gram
Serbuk black pepper dan serbuk oregano
Bawang besar dan bawang putih 5 ulas di potong dadu
Keju mozarella
Keju parmesan
Sos cili 1 sudu besar
Garam secukup rasa


Bahan2 untuk sos putih:
2 sudu besar butter
Keju cheddar.. nak lagi mudah, guna je 2 keping keju cheesedale
250 ml susu full krim
2 sudu besar tepung gandum
garam secukup rasa


Cara membuat inti daging:
Masukkan 4 sudu besar minyak masak
Tumis bawang2 yg di cincang tadi.. tunggu sampai naik bau
Masukkan pula daging cincang.
Gaulkan hingga daging masak
Kemudian tuang sos prego tadi.. tuang semua sekali.
Gaul sebati 
Masukkan garam secukup rasa
Masukkan serbuk oregano
Masukkan pulak cendawan butang
Masukkan sesudu besar sos cili.
Tabur serbuk black pepper


Cara membuat sos putih:
Cairkan butter.
Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.. gaul sebati.. pastikan guna api kecik je.
Masukkan susu full krim.
Masukkan keju cheddar/cheesedale.... kacau sampai keju tu sebati.
Masukkan garam secukup rasa.. kacau sampai likat sikit


Cara melapis Lasagna:
Ambik loyang yang sesuai.. susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang.
Taburkan dengan inti daging tadi..
Tuangkan sos putih. tutup sampai hilang pandangan inti daging tu
Taburkan cheese parmesan dan mozarella
Ulang balik cara yg sama..(biasa 3 layer aje)
Yg penting last sekali mesti sos putih dan cheese yang di tabur..
Masukkan dlm oven..
Pastikan oven dah di panaskan awal2 dengan suhu 180 celsius.. bakar sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya.. dlm 30-40 minit.. bergantung pada size oven masing2..guna api atas bawah



Percubaan pertama agak sedikit lasagna nya keras tapi perghhh tangkap leleh..hahahaha
Kowang..selamat mencubaaa ye! :)







P/S: Kalau makan hari2 ni, mau naik lemak berkumpul2 dibuatnya ni hahahah..hancusss diet!



Monday, March 10, 2014

PRAY & DOA FOR MH370

BY Sis Lin IN , , , No comments

Assalamualaikum wbt...

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita bahwa saat menghadapi musibah, baik besar maupun kecil, baik kita sendiri yang mendapat musibah atau pun orang lain, maka kita dianjurkan untuk membaca kalimah tayyibah “inna lillahi wa inna ilaihi rajiun”. 
Kalimat tersebut dinamakan bacaan tarji’. 
Erti dari kalimat tersebut adalah “sesungguhnya kita adalah milik Allah dan pasti akan kembali kepada-Nya.

Rasulullah telah bersabda yang artinya:
Tidaklah seorang hamba terkena musibah kemudian ia berdoa, “sesungguhnya kita milik Allah dan sesungguhnya kita akan kembali pada-Nya, Ya Allah berilah pahala dalam musibah ini dan berilah aku ganti yang lebih baik daripadanya,” kecuali Allah akan memberikan pahala dalam musibahnya dan Allah memberi ganti yang lebih baik daipadanya. - (H.R. Muslim No. 1526) ..



Jangan pernah menyerah dalam berusaha, jangan pernah menyerah dalam berdoa. Allah selalu bersama kita... #Pray4MH370







P/S: If you have a little humanity inside, you'll feel sad.. :(


Sunday, March 09, 2014

RESEPI KUPANG GORENG BERLADA

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt..

Siapa suka makan kupang? Sila angkat tangan..ok2 turun tangan, eee bau ketiak laaaa hahahaha :p
Lin suka sangat2 kupang, lagi2 kalau kupang rebus, rebus makan panas2 cecah sambal sos cili bawang putih, sedapnyaaaaaa...kann kann..
Tapi itu hari, mr.hubby ke Pasar Borong Pandan, dia beli kupang dah siap kopek dan rebus, nampak fresh lagi, mengkal2 montel2 kupangnya tersengih, terus Lin rendam air panas, biarkan sekejap, pastu tapis simpan dalam peti ais, tak payah bekukan sebab nak buat masak esoknya..
Disebabkan dah dikopek kupangnya jadi memang respinya kenalah yang bergoreng, nak masak sambal tumis macam tak best plak time panas2 ni nak makan pedas, so Lin goreng berlada je.
Resepi senang, hiris je semua bahan, dalam 10 minit masak dah siap sebab kupang tu Lin dah rendam dengan air panas, dan kita gorengkan cuma sekejap je dengan bahan rencah, senangkann..
Ok jom semak resepi yang mudah lagi sempoii..sekali makan non stop kekeke..


KUPANG GORENG BERLADA ..

Bahan bahan:
500 gram Kupang basah
5 tangkai lada merah - dihiris
2 biji bawang besar   - dihiris
3 biji bawang putih   - dihiris
2 inci halia - dihiris
2 batang serai - tumbuk
2helai daun limau purut
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Hiris semua lada merah, bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga kering dan naik minyak.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula, serai dan halia. Gaul sebati dan rasakan masin pedas dan sedikit manis.
3. Masukkan kupang, gaul dengan bahan tumis sehingga sebati dan kecilkan api. Tutup kuali dan biarkan sebentar.
4. Tambah sedikit air jika bahan agak kering, gaul sebati, tutup api dan hidang..



Selamat mencuba.. 







P/S: Ada orang lelaki GELI nak makan kupang ni, kenapa ek...ermmmm


Saturday, March 08, 2014

8hb MAC: SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt...

Selamat Hari Wanita sedunia buat semua pembaca wanita dan juga seorang yang bergelar wanita, kerana kamu adalah istimewa dimata sang lelaki..percayalah! Tak gitu banggg.. :p

19 Hadis Rasullah tentang WANITA ..

- Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

- Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

- Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

- Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

- Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

- Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

- Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

- Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya"."Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

- Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

- Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

- Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

- Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.








P/S: Beruntungnya saya dilahirkan sebagai seorang wanita..terima kasih Ya Allah ....


Friday, March 07, 2014

RESEPI JELLY CO-GELI

BY Sis Lin IN 1 comment

Assalamualaikum wbt...

Yeeee saya sibuk, bukan saya takde masa tapi saya terlalu mengejar masa sejak2 kebelakangan ni. Tu la kan dah takde keje cari keje, gini le jadinya, sampai tak cukup kaki tangan dibuatnya siapkan order menDADIH DIDIH dan menJELLY CO-GELI ...tapi alhamdulilah! rezki dari Allah, bersyukur sangat, buat tambah duit poket...
Ok dah ramai sangat yang PM, email dan whatsapp bertanyakan resepi Jelly co-Geli ni, ada yang minta di ajar dan ada yang minta nak buat meniaga, alhamdulilah rezeki masing2, meniaga tu sunah!..biar sedikit jumlahnya, tapi berkat..sikit2 lama2 jadi bukit..
Baiklah, disini Lin kongsikan resepi Jelly co-Geli yang menjadi kegilaan anak tekak dikalangan kawan2 Lin musim2 panas ni hehehe..ishhh ilmu jangan lokek, makin banyak kita kongsi makin mencurah2 rezkinya kemudian hari..tak gituu..
Ok jomm semak respi ye..


RESEPI JELLY CO-GELI ...

Bahan untuk buat jelly kelapa:
2 biji kelapa muda
1 cawan mug air ( kalau nk rasa fresh jangan tambah air langsung ) 
Gula ikut suka sebab sesetengah kelapa manis airnya
daun pandan 
Agar-agar  8 gram (Lin guna yg serbuk)
Secubit garam
Bekas jelly


Cara membuatnya :  
1. Tapis air kelapa. Isi kelapa dihiris,,
2. Masak agar2 hingga hancur bersama daun pandan (jangan banyak sangat daun pandan, cukup untuk wangikan aje)
3. Masukkan gula kacau hingga hancur
4. Masukkan air kelapa dan isi kelapa dan secubit garam (taknak letak pun takpe)
5. Bila mendidih tutup api, tuang dalam bekas.
6. Sejukkan sebelum ditutup dan masukkan kedalam peti sejuk.



*Lin jual sebekas rm2..kira mdal kira penat kira untung, kira boleeee laaaaa...
Mahal ke? ermmm






P/S: Lepas ni nak cuba menjual taufu-Fa, ramai yang mintak, tapi keadaan kemuatan peti ais tu tak mengizinkan..huhuhu


Tuesday, March 04, 2014

BAHAYA STROK HABA

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.
"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.
Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.
Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.
"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. - Bernama.


*Cuaca memang terlalu terik panas, jaga pemakanan, banyakkan minum air dan jangan terlalu terdedah dengan aktiviti luar. JB pun terik pansss, kalau duk dalam kereta bawak telur, bole jadi telur separuh masak agaknya..huhuhu






P/S: Masaalah betul, minum air banyak, kencing kurang, tapi buang air besar plak yang lawas..pelik pelikk!


HELLO MARCH

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt...

Hello March. Hello to the belief that even the smallest among us are capable of journeying to the end of the rainbow and finding treasure. Hello to the sunlight, shining a little brighter and longer and blanketing the old man's winter. Hello to the fluctuations in the weather makes us anxious and makes us beg internally for spring to give us that sweet embrace once more. Hello to the surprise of uncovering a four leaf clover mimics our own desire to find our ourselves anew. Hello to the belief that the magicians still exist: the lovers, the dreamers, and me. Hello to the thawing of the earth; to the promise of you're endless freedom and the warmth will keep on flowing. Hello, March, and to the sun and the stars and the universe. We are being reborn. I promise to be better, to be happier, to be filled with light again.




Aummm cakkk! Lama giler tak update gara2 laptop takde, spoil mood betul, now laptop sudah kembali, so bole jenguk2 blog kengkawan dan update cite yang banyak dah tertinggal...
Jomm sambil2 menDADIH DIDIH kekekeke...







P/S: Ada yang rindu dan tunggu di sini ke? Ada? :p