Sunday, March 09, 2014

RESEPI KUPANG GORENG BERLADA

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt..

Siapa suka makan kupang? Sila angkat tangan..ok2 turun tangan, eee bau ketiak laaaa hahahaha :p
Lin suka sangat2 kupang, lagi2 kalau kupang rebus, rebus makan panas2 cecah sambal sos cili bawang putih, sedapnyaaaaaa...kann kann..
Tapi itu hari, mr.hubby ke Pasar Borong Pandan, dia beli kupang dah siap kopek dan rebus, nampak fresh lagi, mengkal2 montel2 kupangnya tersengih, terus Lin rendam air panas, biarkan sekejap, pastu tapis simpan dalam peti ais, tak payah bekukan sebab nak buat masak esoknya..
Disebabkan dah dikopek kupangnya jadi memang respinya kenalah yang bergoreng, nak masak sambal tumis macam tak best plak time panas2 ni nak makan pedas, so Lin goreng berlada je.
Resepi senang, hiris je semua bahan, dalam 10 minit masak dah siap sebab kupang tu Lin dah rendam dengan air panas, dan kita gorengkan cuma sekejap je dengan bahan rencah, senangkann..
Ok jom semak resepi yang mudah lagi sempoii..sekali makan non stop kekeke..


KUPANG GORENG BERLADA ..

Bahan bahan:
500 gram Kupang basah
5 tangkai lada merah - dihiris
2 biji bawang besar   - dihiris
3 biji bawang putih   - dihiris
2 inci halia - dihiris
2 batang serai - tumbuk
2helai daun limau purut
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Hiris semua lada merah, bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga kering dan naik minyak.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula, serai dan halia. Gaul sebati dan rasakan masin pedas dan sedikit manis.
3. Masukkan kupang, gaul dengan bahan tumis sehingga sebati dan kecilkan api. Tutup kuali dan biarkan sebentar.
4. Tambah sedikit air jika bahan agak kering, gaul sebati, tutup api dan hidang..



Selamat mencuba.. 







P/S: Ada orang lelaki GELI nak makan kupang ni, kenapa ek...ermmmm


0 Orang Komen:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah membaca dan beri ulasan/komen..
Sebarang cadangan dan pendapat anda, amat di alu-alukan....
TQ..