SYAFAKILLAH

Assalamualaikum wbt..


"Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman"..
"semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya."





Pelbagai perkara yang tak terduga berlaku dalam hidup kita. Ianya meniti dari tiap saat dan minit yang berlaku sama ada kita sedari atau tidak. Kesakitan dan kematian yang menjengah hadir tanpa di undang dan tidak terduga. Dalam sehari pelbagai berita yang kita terima yang mengembirakan dan tidak kurang yang menyedihkan.

Sakit atau musibah yang datang adakalanya ringan dan ada masanya berat. Bergantung kepada kekuatan diri individu. Sebagai ujian dari Allah mengikut kemampuan kita. Kesakitan dan musibah juga dianggap sebagai kaffarah terhadap dosa2 yang telah dilakukan. Sahabat nabi amat risau jika tidak sakit kerana bimbang Allah tidak kasihkan mereka. Tetapi, kita hari ini sebolehnya menolak kesakitan dan musibah yang datang. Mudahnya kita mengeluh, berputus asa, bersedih yang keterlaluan dan lain2 lagi.

Datangnya sakit atau musibah lebih mendekatkan kita kepada Allah. Pada waktu itulah kita ingat Allah. Menyebut2 namanya. Kerap berdoa kepada Nya. Maka di sinilah perlunya syukur atas nikmat kesihatan yang Allah berikan. Syukur itu diterjemahkan melalui penambahan amal ibadah serta perkara2 yang diredhaiNya.

Kita telah diajar untuk mengamalkan doa untuk kesihatan iaitu: :
"Ya Allah sihatkanlah penglihatanku, pendengaranku dan tubuh badanku..."







P/S: Tuan rumah sakit demam batuk selsema..tapi sebab buhsan, update jugak blog luahan sakit..


SYAFAKILLAH SYAFAKILLAH Reviewed by Sis Lin on Monday, March 17, 2014 Rating: 5

No comments:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.