Tuesday, May 31, 2011

Karak lalauan berpuaka..

BY Sis Lin IN , 1 comment

Assalamualaikum wbt..

KARAK....Kowang dah tengok? Ermm ntah le, ramai sangat yang kata citenya seram dan best, jadi Lin pun teruja gak nak tengok, malas nak pergi jauh, nasib baik kat Perling Mall area rumah Lin tu ada, murah pun murah, tak kira le tempat duduk keras ke, panggung kecik ke,  janji citenya sama jek..hehehehe
Lepas aje kenduri kahwin sepupu Lin tu, kitaorang terus je ke Perling Mall, ingat nak tengok yang awal, ta[pi tak sempat, so kitaorang amik tiket jam 8pm, dan terus balik rumah dulu, mandi dan solat tukar baju, lepas magribh tu baru keluar balik..:)



Yana dengan Amat, sebelum menunggu Ayah dia datang beli tiket, sempat lagi tu berurut segala hahahaha


Sabo sabo ye Amat, lama lagi tu baru nak main wayang...hehehe Amat dah tak sabar nak nengok Transformer3D tu...

Sinopsis KARAK..

Filem Karak arahan Yusry Abd Halim (Yusry KRU) menghimpunkan kisah seram dan hantu ‘urban legend’ menarik pada era 80-an, 90-an dan tahun 2000 yang menjadi buah mulut orang ketika itu.
Filem Karak juga berdasarkan kisah benar yang dialami oleh abang Yusry iaitu Norman yang hampir-hampir kemalangan kerana ternampak hantu

Barisan pelakon yang membintangi filem seram ini ialah Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin.

Sinopsis Filem Karak - Laluan Puaka

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.




P/S: Secara jujurnya komen Lin: Mula2 agak mengejutkan ceritanya, lama2 boleh jadi mengantukkkk!


With Love

Selamat Pengantin Baru Aie@Saiful Bahri

BY Sis Lin IN , 41 comments

Assalamualaikum wbt...

Salam sejahtera buat semua pengunjung 'Bisikan Hati'..Maaf tersangat2lah ye, mood nak update blog ni ntah pergi mana melayangnya, puas mencari dan mengali tapi tak jumpa2 juga mood nak update ni..huhuhu
Tapi harini Lin gagahkan jari jemari ku ini setelah penat berkebun di FV,hahahaha untuk update blog khas buat teman seblogger Lin Aie@Saiful Bahri.

'Selamat Pengantin Baru buat Aie & Isteri moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..Aminnnnn'

Sabtu,28hb Mei 2011@Taman Megah Ria,JB


Kompang di palu bertalu2 menandakan pengantin sudah tiba...


Tersenyum manis kedua mempelai tanda bahagianya mereka berdua...


Ucapan di tulis sebagai kenangan buat selamanya...


Moga kalian berdua kekal bahagia menuju mahligai rumahtangga...
*Abadikan kenangan bersama pengantin dan juga Kasawari & Family*
*Gambar ehsan dari Kasawari@Azman Ahmad(FB)



P/S: Lepas ni sorang demi sorang kengkawan blogger nak kahwin..heheheh yang belum tu, cepat2 le ye, cuma jangan le bertindih hari dan waktu, tak dapat le nak datang serentak huhuhuhu...


With Love



Thursday, May 26, 2011

BNM akan keluarkan siri wang kertas, syiling baru

BY Sis Lin IN 58 comments

Assalamualaikum wbt..

Kowang baca je la eh...
Komen Lin: Senang juga ada duit kertas rm20 dan juga rm2...tak payah banyak2 helai dalam bag duit tu..hehehehe

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa satu siri reka bentuk baru wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal 2012. 
Langkah itu dilakukan secara berkala dalam setiap tempoh 12 tahun.
"Reka bentuk mata wang siri baharu itu akan mengandungi ciri-ciri yang khusus bagi Malaysia," kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Siri wang kertas itu, katanya, mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini. 
Reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baru itu adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. 
Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang sudah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran. 

Bentuk baru itu adalah siri yang ke-tiga bagi denominasi 5 sen, 10 sen dan 50 sen, kata BNM. 
"Siri baru wang kertas dan duit syiling ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada sehingga siri tersebut dikeluarkan secara beransur-ansur dari edaran," katanya. 

Dalam membuat persediaan untuk mengeluarkan siri baru mata wang ini, BNM akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, perusahaan perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai bagi memastikan peralihan kepada siri baru ini berjalan lancar. 
Katanya, vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memastikan orang ramai dapat menggunakan mata wang baru itu dengan mudah. 

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang siri baru mata wang ini, BNM akan mengeluarkan duit syiling peringatan untuk siri ketiga dan mempamerkan reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baru pada suku ketiga 2011. - BERNAMA 
Sumber dari Berita Harian Online


Yang ini contoh duit kertas modul lama sebelum yang sedia ada sekarang ni...
Dulu ada wang kertas rm20 , tapi sekarang dah takde lagi dah, lupa pulak ceritanya kenapa tak di guna lagi..tapi sekarang, BNM akan keluarkan semula wang kertas rm20 tu dalam bentuk yang terkini..


Dan yang ni, contoh wang kertas yang kita guna sekarang, berkualiti kan? 
*masuk mesin basuh pun tak koyak* hahaha..
Lepas ni dah upgrade, apa pulak yang lainnya yek..ermmm



P/S: Dulu ada rm2 tu, senang nak masuk dalam angpau duit raya, tapi sekarang kena 2 keping, jadi dari rm2 turun jadi rm1 jek..hahahahahhaa


With Love

Beza air mazi, air mani dan air wadi untuk wanita

BY Sis Lin IN 4 comments

Assalamualaikum wbt...

Ada persoalan dan pertanyaan seorang kawan kepada Lin tentang hadas besar. Nak jawab lebih tidak arif sangat, ikut apa yang tahu saja, tapi Lin cuba untuk cari apa beza antara ketiga2 Air yang di maksudkan oleh kawan Lin tu..
Info di petik dari Sri Kasih



Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi hingga mengeluarkan mani. Hukum air mani adalah suci.
Walau bagaimanapun apabila keluar air mani, maka seseorang itu wajib mengangkat hadas besar iaitu mandi wajib.


Air mazi ialah air yang keluar ketika ghairah. Jika diyakini air yang keluar itu adalah air mazi, maka seseorang itu tidak wajib mandi hadas, memadai dia membasuh sahaja kemaluannya dan tempat yang terkena air mazi tersebut. Ini kerana air mazi adalah najis mutawassitah (pertengahan).


Air wadi pula ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang berat atau kepenatan. Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja.

*Sekiranya air mazi dan wadi terkena pada pakaian ketika solat, solat tidak sah kerana kedua-duanya adalah najis mutawassitah.

*Air mani tidak najis, jika terkena pakaian ketika solat, solat tidak batal.




P/S: Hehehe kawan Lin tu dah dekat nak kahwin, jadi dia konfius dengan hadas besar, apa yang dapat di kongsi, Lin kongsi bersama, untuk diri sendiri juga kowang semua..:)


With Love

Wednesday, May 25, 2011

Percayalah!! Buy 1 Free 1..

BY Sis Lin IN 8 comments

Assalamualaikum wbt...

Jeng jeng jengg...kowang dah tau tak? Ye ye McD buat promo coupun untuk 2 hari ni sahaja, semalam dan hari ini...ermmmm
Yang tak tahu lagi, mai sini aku nak habaq..tapi ada terma dan syarat yang perlu di buat..hehehe


Pertama: Kowang kena le print out kopun promo tu, tak kisah le, nak 2 ke, 3 ke, 4 ke, ikut suka hati le, print hitam putih pun di terima pakai, tapi jangan print dalam saiz kecik ye, kena le saiz A4 macam ni, haaa baru le LULUS..hehehehe
Semalam Lin dah print 2, dan dah pun di tebus kpunnya..hehehe beli 2 dapat 4...


Tadaaaa....yes!! Dalam was-was nak tebus tu, Lin cuba gak pergi, macam tak caya je kan..jakun sungguh kalau dengar free-free ni..hahaha
Jangan tak percaya, betul tak tipu punya, iyeeeeee..
Tapi 1 resit 1 kopun ye, kalau kowang beli drive thru, kena le pusing balik beli lagi 1, nak beli lagi, pusing lagi, hehehehehe...

Image kopun kowang boleh print di sini.



P/S: McChicken McD le yang paling sedappp, anak2 sangat sukaa, kalau kowang tak tahu le kan...:)


With Love

Tuesday, May 24, 2011

McD Lovin'Mid Month Buy 1 FREE 1 McChicken

BY Sis Lin IN 15 comments

Assalamualaikum wbt..

Mari mari cepat selagi stok masih ada...he he he
Mula2 kan tak percaya le, tapi bila kawan Lin dah col bagitau dia baru je lunch dengan McD redeem coupon promo ni baru le berani nak caya, ye le lurus bendul le katakan..hahahaha
Kowang pun nak kan? Ok kowang print le berapa banyak nak, print hitam putih pun diterima, pastu walk in ke McD dan tunjuk print coupun ni kat dia..tapi kowang kena le beli 1 ala carte McChicken tu dulu 1, baru le dapat free 1..hehehehe
Jangan pulak kowang ingat tunjuk je dapat free..buat malu kampung je kang!!! hahahahaha


Cepat2 kang ayam kat dapur McD tu abis pulak..kena tunggu kejar ayam baru kang...hahahahaha


P/S: Jadi le kan, bawak 2 coupun beli 2 dapat 4..hehehe jimatttt! bukannya selalu kannnnn.. :p


With Love

Secret Recipe HALAL...

BY Sis Lin IN 5 comments

Assalamualaikum wbt...

Panass sekejap bila sana sini tersebar mengatakan Secret Recipe tidak halal dan mengandungi DNA BABI dalam bahan buat keknya. Iya atau tidak? Untuk menjawabnya kenalah yang berkenaan yang menjawabnya, dan jawaban yang diterima SECRET RECIPE disahkan HALAL!
Jika kowang masih lagi dalam keadaan kebimbangan dan was-was, kowang boleh baca dan teliti semua sijil halal dan kandungan bahannya...

Ini jawaban dari pihak pengurusan Secret Recipe:

Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut :

*Klik gambar utk besarkan image.
Klik sini untuk senarai Sijil Halal Secret Recipe

Puashati??? Sampai susahnya hati tak dapat makan kek Secret Recipe tu lagi, tapi sekarang dah boleh dah...yeahhhhh..
Lepas ni ada sapa2 nak belanja aku?? muahahahahaha...




P/S: Satu persatu terbongkar...susahnya kita jadi pengguna yek, ..huhuhuhu


With Love

Monday, May 23, 2011

Ibu..kau ratu hati ku.

BY Sis Lin IN , 2 comments

Assalamualaikum wbt..

Terpanggil pulak nak masuk contest Joe ni..heheh mencuba nasib apa salahnya, kalau kowang berminat, klik sini CONTEST : SELAMAT HARI IBU DARI JOEGRIMJOW

Cara :
1) Buat 1 entry berdasarkan tema 'Selamat hari ibu'
2) Dalam entry, pastikan ada link blog ni dan juga sponsor iaitu Faridzulasyraf.com dan Denaihati.com
3) Dah siap tulis entry, isi borang kat bawah ni dan tekan submit. Senarai peserta akan diupdate di tepi sidebar. takde nama sila bagitau
4) Pemenang akan diumumkan pada setelah tamat pertandingan



Tajuk: Ibu..kau ratu hati ku..

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiah bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus pun aku mampu. Aku boleh kirimkan.
 Tapi BOLEH ke aku MENANG???? he he he


*Dan sekarang akulah ibu kepada 3 orang anak dan Ibu adalah nenek kepada 13 orang cucu2nya...:)


With Love

Menu: Bubur express

BY Sis Lin IN 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Tiba pagi je mulalah membongkar dapor, bukak tutup peti ais le gayanya, apalagi nak cari bahan untuk masak tengah hari, pening kepala otak tau!..
Harini memang dah terlintas dan melintas dalam kepala ni nak masak bubur, sebab bahan2nya sedia ada, tapi ikan bilis pulak takde stok, kacang tanah lagi ler, semuanya takde..adeiiii..
Nak masak ikan, tapi tak ready bahan pulak, nak masak ayam pun sama, bahan tak cukup, aduiiiiiiiiiii peninggggg!
Last2 yang ada dalam peti ais, sayur kangkung, ikan masin sebotol, telur asin memang ada 2 bijik, bawang goreng ada saki baki kelmarin punya masak mee sup, lobak asin pun memang ada stok, dan akhirnya menu bubur jugalah yang jadi pilihan...:)


Bahan:
Bubur nasi Lin masak 2 pot.
Telur asin 2bijik.
Ikan masin tenggiri (bacin) 4 ekor.
Lobak asin cincang.
Bawang goreng.
Sambal kering cili rangup (yg ni memang Lin beli sebotol simpan dalam peti ais)
Kangkung goreng belacan.
Lada putih/ lada hitam (ikut sukalah)

Biasa le, hujung2 nak menanti bulan penuh ni, bahan masak banyak kehabisan, tunggu le hujung bulan baru sekali belanja..hehehe janji dapat masak, makan kenyang...betul tak?
Menu express macam ni lagi sedap tau!..


P/S: Bubur tu waktu nak mendidih Lin tambah dengan kiub stok ayam, sedappplahhhhhh! rasanya lain! Amat makan 4 mangkuk, kowang caya tak???? huhuhuhu


With Love

Di suatu petang.

BY Sis Lin IN 35 comments

Assalamualaikum wbt...

Semalam Ahad Lin dan anak2 tak kemana-mana pun, lagipun hubby takde, keluar outstation, so lepak dan bertenet sajalah di rumah.
Keluar masuk ke dapur aje le gayanya, duduk sekejap perut lapar, bangun dari tido, perut berbunyi, itu aje le kejenya, makan makan dan makan..huhuhu
Dalam jam 6pm lebih sambil syok tengah berchatting dengan Retna dan Cik Mat Gebu di YM, anak2 jerit2 suruh lihat kat luar, ingat hujan ke, tapi baju dah angkat, si Amat lah yang beria-ia amik Lin punya HP camera nak pinjam amik gambo, yang Lin ni, mata tak lagi memandang..
Bila tertoleh dan terpandang je...Subhanallah...mengucap panjang Lin di buatnya, memang teruja sangat2..dari gambar ni je kowang boleh nampak kebesaran dan ciptaannnya..


Yang ni gambar pertama anak Lin amik dari sudut jauh dari tingkap tu..*dekat dengan tempat Lin duduk bertenet*.


Dan yang ni gambar dari sudut dekat bila langsir tu di selak dan Lin juga anak2 nampak satu cahaya yang keluar dari celah2 awan itu berkelip2, sebenarnya kalau warna langit tu semalam memang merah dan kekuningan sangat, yang peliknya, seakan-akan betul2 megelilingi bulatan di atas kawasan rumah Lin, bukan seluruh langit..


Amat lah yang duduk mengadap langit tu semalam hinggalah beredar menjadi warnanya menjadi kebiru-biruan dan menjadi gelap seluruhnya..
Allahuakbar...sesungguhnya engkaulah maha pencipta dan maha agung kuasanya....



P/S: Rupanya hujan di malam hari..sejukkkkkkkkkkk :p

With Love

Sunday, May 22, 2011

Gambar kenangan anak-anak yatim Al-Takwa sebelum kejadian tanah runtuh 21hb Mei 2011.

BY Sis Lin IN , 6 comments

Assalamulaikum wbt..

Sebak sedih juga terharu melihat gambar ini..Kejadian yang berlaku amat menyedihkan.
Mungkin ALLAH swt lebih menyayangi mereka, moga arwah-arwah mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Aminnnnn

Sinopsis disebalik kejadian: Sumber dari Kosmo Online

Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu(semalam), seramai 49 penghuni yang kesemuanya lelaki bersama lima penjaga berada di dalam bangunan tersebut dan sedang mengadakan latihan nasyid serta menghias dewan makan untuk majlis sumbangan derma bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang dijangka berlangsung pada pukul 5 petang.
Ketika kejadian, seramai 24 penghuni sempat melarikan diri manakala 25 yang lain termasuk lima penjaga dilaporkan hilang. Kesemua penghuni yang terperangkap berusia antara tujuh hingga 17 tahun. Runtuhan tanah itu dikatakan menimbus keseluruhan dewan makan yang terletak di bawah bukit tersebut. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

Gambar dari seorang rakan FB..

Amin Ya rabbal alamin..
Kau yang maha besar..kau yang maha kuasa dan kau juga maha mengampuni..
Salam takziah buat semua keluarga mangsa dari Bisikan Hati..



P/S: Sebak melihat gambar mereka...'senyuman mu membawa ke syurga'...


With Love

AF9: Nera tersingkir di minggu ke-7.

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt..

Salam hujung minggu buat semua, kowang sihat ka? yang makan cili tu dah kurang ke rasa pedasnya? hahahahaha
Semalam malam Lin langsung tak tengok Konsert AF9 ni, mata beratnya nak bukak, mengantuk tiba2 depan lappy tu, berangan nak tengok drama cerekarama pun punah, dapat tengok dalam 30 minit, pastu tup2 dah dalam mimpi rupanya tak sedar diri..hahahahaha.
Sedar2 hubby kejut tengok jam dah pukul 1.20 minit pagi..ishhh makan apa le yang sampai mengantuk sangat..rasanya semalam petang minum kopi Mahkota Dewa tu jek, ermm takkan le sampai mengantuk letih di buatnya..huhuhuhu
Apa2 pun kowang layan aje la info update terkini ni yek..


Sumber dan info dari Akademi Fantasia

Queennera Francine Francis Kitingon atau Nera, 19 tahun berasal dari Penampang, Sabah telah diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir dalam Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Ketujuh malam tadi. Nera mendapat undian terendah selepas talian undian AFUNDI ditutup. Nera adalah pelajar ke-7 tersingkir melalui undian SMS selain Aida dan Amir yang telah digugurkan dalam Operasi Gugur. Nera telah menyanyikan lagu Hetty Koes Endang bertajuk Tak Ingin Sendiri, lagu balada pertama dalam tugasan beliau di Akademi Fantasia 9.

Dalam Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Ketujuh ini juga telah diumumkan bahawa semua wang kutipan AFUNDI malam ini akan disumbangkan kepada mangsa tragedi tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat. Ini adalah salah satu usaha Akademi Fantasia dan Astro dalam menyumbang kepada kebajikan selain daripada Astro Kasih yang sedia ada.

Sistem Imuniti pula akan diumumkan dalam Konsert Minggu Kelapan walaupun keputusan persembahan terbaik sudah ditetapkan berdasarkan persembahan malam tadi. Keputusan tersebut dimasukkan ke dalam kotak simpanan khas dan akan dibuka pada minggu hadapan. Pelajar yang mendapat ganjaran Imuniti ini pula akan terus beraksi di Konsert Akademi Fantasia 9 Akhir dan tidak akan tersingkir dalam Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Kelapan nanti.

Berikut adalah kedudukan selepas talian undian SMS ditutup:

1. Hazama - 29%
2. Fina - 17%
3. Lena - 15%
4. Erul - 13%
5. Azri - 13%
6. Nera - 13%

Kini hanya tinggal 5 lagi pelajar Akademi Fantasia 9 berusaha mengejar cita-cita menuju puncak merebut gelaran Juara Akademi Fantasia 9. 




P/S: Nak kena bukak tonton.com.my ni tengok cerekarama semalam..huhuhuhu


With Love

Saturday, May 21, 2011

Yang aku fikir...

BY Sis Lin IN 2 comments

Assalamualaikum...

Buat apa pun dan dalam keadaan apa sekali pun, kita kena fikir positif...walaupun kita tahu kepala kita kena pijak! Kita tetap fikir positif 'kenapa dia pijak kepala aku????'...
Kalau ikut marah aku.."kita bako kita bako jek...' he he he he
Nak bako apa??? rumah? ermmmm kalau dapat nak bako otak dia yang terlalu negatif tu, panggang kasi ikan di laut makan..!!!!!!!

*Gambar dr en.Google..


sifat negative..

Setiap yang tumbuh akan patah,
yang mula akan berakhir,
yang datang kian pergi,
yang hidup akan mati,
yang muda kian menjadi tua,
yang comel2 akan menjadi kereput gak,
yang kaya bertukar menjadi miskin (pemalas)
barang yang baru diganti hilang lagi...

Sifat positive..

setiap yang patah akan tumbuh
yang berakhir akan bermula kembali
yang pergi bersilih ganti datangnya
yang mati kian segar megar
yang tua kembali muda (botox)
yang kereput menjadi comel (hehhee)
yang miskin pasti berubah menjadi kaya (dengan usaha),
yang hilang akan berganti..


Begitulah seadanya.....



P/S: Susahnya nak faham hati owang ni, lain kita buat, lain pulak yang mereka fikir...redha aje laaahhh!


With Love

Pedas..

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt..

Kalau dapat sental mulut owang ni sedapnyaaa..biar pijar mulut dan lidah tu yang duduk sesedap suka hati mengata owang..!


*Gambar dari en.Google


"Siapa makan CILI..dialah yang terasa pedasnya...
Sekian.


With Love

Sunday, May 15, 2011

AF9: KAY tersingkir, IMUNITI diperkenal!

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt..

Alahai tinggal lagi beberapa minggu saja lagi untuk melangkah ke Konsert Akhir buat yang terakhir bagi Akademi Fantasia ni. Tapi belum lagi betul2 Lin enjoy dengan konsert dan AF kali ni, ntah ye kenapa, macam tak menyengat pulak, ermmm kalau tak kerana Pak Nil tu rasanya tak tengok jugak kot..he he he.
Yang nampak bakal juara rasanya dah ada, tapi semuanya mungkin akan berubah dan akan menjadi kejutan nanti, kita tunggu dan lihat aje la yek..
Tapi yang bestnya semalam, Lin tak rugi pun tak menonton konsert AF9 tu, sebab melayan Cerekarama TV3 'Sejadah Kaabah' yang sedih dan penuh maksud mendalam, membuatkan jiwa seorang perempuan tersentuh...huhuhuhu *mengalir air mata melihatnya*...:((
Kowang ada yang tengok tak?


Info dan sumber dari Akademi Fantasia

Adik kepada bekas pelajar Akademi Fantasia 4, Diddy iaitu Kay atau Nur Khaidir B. Muhid telah diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir dalam Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Keenam selepas mendapat undian SMS paling rendah malam ini. Kay telah menyampaikan lagu Bahasa Inggeris yang popular iaitu Stand By Me. Kay adalah pelajar keenam meninggalkan Akademi Fantasia mengikut jejak langkah Afif yang tersingkir minggu lepas.

Kejutan yang dinanti-nantikan sejak bermula konsert telah diumumkan selepas Kay tersingkir ialah Sistem Imuniti atau Kekebalan yang diberikan kepada pelajar yang membuat persembahan terbaik dalam Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Ketujuh akan datang. Pelajar ini akan terselamat daripada disingkirkan meskipun undian tidak menyebelahi mereka. Perincian Sistem Imuniti ini akan dimaklumkan sepanjang minggu dalam Diari AF9.

Berikut adalah kedudukan selepas talian undian SMS ditutup:

1. Hazama - 21%
2. Fina - 15%
3. Lena - 14%
4. Nera - 13%
5. Erul - 13%
6. Azri - 12%
7. Kay - 11%

Kini hanya tinggal 6 lagi pelajar Akademi Fantasia 9 berusaha mengejar cita-cita menuju puncak merebut gelaran Juara Akademi Fantasia 9. 



P/S: Minggu yang agak bizi sedikit untuk Lin...macam2 hal dan perasaan datang bermain dalam fikiran..huhuhuhu


With Love

Thursday, May 12, 2011

Pantun ha ha ha ha

BY Sis Lin IN , 1 comment

Assalamualaikum wbt...

Mood harini sangat tidak best! Lin benggang dengan seorang kawan, siapa? ermmm Lu fikir le sendiri, buat sakit hati je nak cakap dan cerita.
Clue: Kawan seiring sejalan dan setaman...'Sapa makan cili dia terasa pedas', nak lebih lanjut, baca je le status2 FB aku tu..malasss nak cerita!!!
Layan pantun lagi bestttt! ha ha ha ha..



Pantun Sakit Hati

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .
Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..
Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery
Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu
Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.
Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan..
Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan
Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.
Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water
Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit
Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap



P/S: Pesanan buat kawan tu: Nak mengata pun agak2 le weiii....memang tak ku sangka-sangka...arghhhhhh


With Love

Wednesday, May 11, 2011

P1 4G Promotion..!

BY Sis Lin IN 3 comments

Assalamualaikum wbt...

Jeng jeng jeng....haaaa cepat! bertukarlah ke P1 4G sekarang!!!! hahahahaha
Mentang2 le kita pakai P1 ni kan, tiap2 minggu ada promotion baru..Semalam dapat email terbaru, bagi siapa yang sedia ada menjadi pelanggan P1 4G, now ada tawaran rekmen kat kawan pastu dapat rm50 potongan kat bill kita.,,sememangnya betullll! Ye ye kawan saya dah 2 orang masuk daftar P1 4G ni, so customer service tu kata, Lin akan dapat potongan tu..yehaaaaaa
Nota: Setakat ni memang kelajuannya sangat puashati dari Streamyx yang dulu...main game tanpa rasa segan silu..hahahahahha


Emailnya bertulis begini:-

Share the P1 4G Furiously Fast broadband experience with your friends anytime, and get
RM50 off your bill when they sign-up to any of our subscription (postpaid) plans.

To find out more, please go to 
p1.com.my/recommend
The more your friends subscribe to P1, the more rebates you will get - there are no limits!

Join us on Facebook & Twitter for the latest trends, entertainment, free tools & tips on experiencing the Best of the Internet
facebook@P1Buddytwitter@P14G




P/S: Lepas ni cuba le bagi gift pulak..bagi iPhone ke, iPad ke..heheheheheh

With Love