Sunday, May 01, 2011

AF9: Giliran Raqib tersingkir.

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt..

Huhuhu sorang demi seorang keluar melangkah meninggalkan akademi, kejutan demi kejutan berlaku setiap minggu, buat suspen je kan...
Tapi semalam sori, Lin tak tengok pun konsert ke-4 ni, anak2 buat kerja sekolah, tv OFF, Lin pulak banyak keje dan banyak hal semalam, kat rumah hanya layan mesin basuh aje, hahahahaha apalagi kalau tak mendobi baju2 sekolah dan baju harian rumah, sebabnya harini Ahad mau jalan2 cari makan, so kenalah settlekan dulu kerja2 rumah, baru le lega dan senang hati nak berjalan..heheheheh
Apa2 pun jom kita kongsi info terkini dan undian sms AF9 semalam...


Sumber info & image dari Akademi Fantasia 9.

Selepas 4 minggu Konsert Akademi Fantasia 9 diadakan, Fahrur Raqib B. Abdul Majid atau RAQIB telah diumumkan sebagai pelajar keempat tersingkir melalui undian sms mengikuti Laika, Eka dan Miza. Pengacara Aznil Hj Nawawi telah mengumumkan Raqib meninggalkan Akademi Fantasia 9. Raqib telah menyanyikan lagu Menghitung Hari yang dipopularkan oleh Krisdayanti sebagai lagu tugasannya.

Dalam kejutan yang diumumkan oleh Aznil sebelum undian ditutup, sebuah lagi beg dibawa masuk dan seorang lagi pelajar diumumkan tersingkir malam ini. Namun sekali lagi kejutan dilakukan oleh Aznil apabila beg tersebut hanyalah gimik dan hanya seorang sahaja pelajar tersingkir.

Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Keempat menyaksikan peningkatan yang baik oleh sebahagian besar pelajar dan persembahan yang baik oleh Kay yang mengalami kecederaan suara. Minggu ini sekali lagi pengkritik mengangkat Azri sebagai pelajar yang membuat persembahan terbaik. Namun berbeza berlaku kepada Lena apabila persembahannya dikritik hebat tidak seperti persembahannya yang lepas.

Berikut adalah kedudukan selepas talian undian SMS ditutup:

1. Hazama 18%
2. Fina 14%
3. Lena 13%
4. Erul 10%
5. Nera 10%
6. Afif 10%
7. Azri 9%
8. Kay 9%
9. Raqib 8%

Kini hanya tinggal 8 lagi pelajar Akademi Fantasia 9 berusaha mengecar cita-cita menuju puncak merebut gelaran Juara Akademi Fantasia 9.




P/S: Kejap lagi mau pergi kenduri kahwin dan majlis bertunang, phewww makan dan makan, macam mana mau kurus nie..huhuhu


With Love

0 Orang Komen:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah membaca dan beri ulasan/komen..
Sebarang cadangan dan pendapat anda, amat di alu-alukan....
TQ..