PUSAT BELI-BELAH TOPPEN BAKAL DIBUKA PADA NOVEMBER 2019

PUSAT BELI-BELAH TOPPEN BAKAL DIBUKA PADA NOVEMBER 2019 | Destinasi tumpuan yang terkini di Tebrau memperkenalkan rangkaian jenama yang terbaharu seperti Ben’s Independent Grocer (B.I.G), The Pantheon, 9 to 9 dan Concept Haus serta rangkaian peruncit terkemuka seperti TGV Cinemas, Harvey Norman, Sports Direct, Burger King, Marrybrown dan kafe kegemaran tempatan, 7 Oaks.

 IKEA Southeast Asia memperkenalkan sebahagian rangkaian jenama yang akan beroperasi di Pusat Beli-Belah Toppen semasa majlis Penyerahan Kunci hari ini. Dengan lebih 85% ruang kedai telah disewakan, Toppen menyasarkan untuk membuka lebih banyak rangkaian kedai dengan jenama terkenal di dalam bangunan 4 tingkat seluas 1.1 juta kaki persegi itu.

Bersama IKEA Tebrau, Toppen dengan konsep hab komuniti di atas bumbung, The Topp sudah bersedia untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada pengunjung dengan kepelbagaian kedai, restoran dan kafe, ruangan e-sports dan ruangan hiburan keluarga dengan konsepnya yang lebih segar – sebuah pusat ‘retailtainment’ yang lengkap untuk seluruh rakyat di Selatan Malaysia.

The eight tenants present at the Toppen's first key handover event. (From Left to Right) Michael Liew, Business Director of Marrybrown; Yeoh Oon Lai, CEO of TGV Cinemas; Dato Chen Yeon Hao, Director of 7 Oaks; Chew Soo San, Managing Director of 9 to 9, Christian Olofsson, Shopping Centre and Mixed Use Director of IKEA Southeast Asia; Brian Lim, Founder and Project Director of Concept Haus; Arnoud Bakker, Head of Leasing, Southeast Asia of Ikano Centres, part of IKEA Southeast Asia; Franky How, Managing Director of The Pantheon Group; Wendy Tan, Area Manager of Sports Direct; and Ng Lee Tieng, CEO of Burger King Malaysia.

Pusat Tarikan Dan Hab Masyarakat

The Topp ialah sebuah ruang atas bumbung yang unik dan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ia mempunyai empat zon yang berbeza untuk memenuhi citarasa pengunjung yang mempunyai latar belakang yang berlainan. Ruang luarannya yang interaktif akan menempatkan lebih 30 buah kedai makanan dan minuman yang berkonsepkan ‘al-fresco’ yang dikelilingi taman hijau, gelanggang serbaguna, gelanggang papan selaju , kawasan aktiviti yang luas, taman permainan kanak-kanak, panggung wayang, ruangan e- sports dan juga taman rekreasi air kanak-kanak.

The Topp pasti dapat memenuhi kehendak semua pengunjung Pusat Beli-Belah Toppen.

Christian Olofsson, Shopping Centre and Mixed Use Director of IKEA Southeast Asia shared how Toppen Shopping Centre will be a new retail landmark in South Malaysia

Christian Olofsson, Pengarah Pusat Beli-Belah & Kepelbagaian IKEA Southeast Asia berkata, “Kami amat teruja dan terdorong untuk membina sebuah destinasi pertemuan yang akan menjadi tarikan dan hab untuk komuniti di sekitar kawasan ini. Rangka strategi kami mengutamakan komuniti sekeliling, maka kami yakin Toppen dan IKEA Tebrau akan menjadi mercu tanda runcit terunggul di Selatan Malaysia, sebuah destinasi di mana pelanggan dan perniagaan boleh berkembang secara seiiring.

Menyatukan Rangkaian Peruncit yang Sesuai

Jenama baharu yang akan memeriahkan lagi kepelbagaian portfolio Toppen adalah, Ben’s Independent Grocer (B.I.G), pasaraya premium, The Pantheon, arena e-sports yang akan membuka cawangannya yang kedua di Malaysia, 9 to 9, kedai ‘online-to-offline’ (O2O) yang pertama di Malaysia dimiliki oleh Hush Puppies dan Concept Haus, rangkaian kedai pakaian ‘street wear’ dan sukan yang terkemuka.

Selain itu, rangkaian jenama terkenal lain yang turut memeriahkan portfolio Toppen adalah TGV Cinemas, Harvey Norman, Sports Direct, Burger King dan Marrybrown serta kafe tempatan Johor yang berkonsepkan moden iaitu 7 Oaks. Toppen secara ringkasnya menawarkan rakyat Johor dan para pelancongnya sebuah destinasi membeli-belah yang lengkap untuk meluangkan masa berkualiti bersama rakan-rakan dan keluarga.

Arnoud Bakker, Head of Leasing, Southeast Asia of Ikano Centres, part of IKEA Southeast Asia highlighted the ‘retaintainment’ concept to provide a shopping experience that fit the lifestyle of today’s consumers.

Kami komited untuk mewujudkan pasaran yang relevan untuk pengalaman membeli-belah yang menepati gaya hidup pengunjung. Kami akan terus konsisten dalam mengenal pasti peluang untuk memberikan pengalaman yang terbaik untuk pelanggan kami dengan menyediakan lebih banyak jenama dari pelbagai kategori peruncitan, restoran dan kafe dan pusat hiburan keluarga yang terkenal dan terkini,” kata Arnoud Bakker, Ketua Sewaan, Pusat Beli-Belah Ikano, sebahagian daripada IKEA Southeast Asia.

Jelasnya lagi, “Kami percaya dengan konsep ‘co-creation’ atau penciptaan bersama, bukan sekadar hubungan luaran sahaja namun untuk ruang pusat beli-belah juga. Ia mewujudkan suasana yang lebih positif sesama penyewa dan untuk saling bekerjasama dan memberi pengalaman terbaik untuk para pengunjung di samping mengekalkan kepelbagaian pilihan semasa membeli-belah.”

Peluang yang Terbentang Luas

Pusat Beli-Belah Toppen dianggarkan akan menerima 15 juta pengunjung dalam tahun 2020, bukan hanya dari Johor dan negeri jiran sahaja malah juga dari Singapura. Pembinaan pusat beli-belah ini akan membuka ribuan peluang perniagaan di sekitar daerah ini yang akan turut meningkatkan ekonomi. Ia juga bakal mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor untuk rakyat Johor.

Slated to open in November 2019, Toppen Shopping Centre is now close to 85% of its retail space being leased out.
Disokong oleh Peneraju Global Rangkaian Barangan Kelengkapan Rumah IKEA Southeast Asia mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam pembinaan, pemilikan dan pengurusan rangkaian kedai IKEA dan pusat beli-belah seperti Pusat Beli-Belah IPC dan MyTOWN di Malaysia serta Megabangna di Thailand.

Kejayaan projek-projek ini telah menarik minat banyak peruncit baharu untuk bekerjasama dalam jangkamasa yang panjang. Dengan rekod prestasi dan pengalaman global yang kukuh, IKEA Southeast Asia yakin bahawa Pusat Beli-Belah Toppen akan menjadi destinasi utama serta hab rakyat Johor.







P/S: Tahniah ! Bertambah lagi satu pusat membeli belah di Johor ni..hehehehe semakin baju! Luaskan Kuasamu...

8 comments:

  1. Tarikan kuasa beli dari seberang tambak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Luaskan kuasamu Johor @Warisan hehehe

      Delete
  2. Lepas ni ukur jalan kat sini plak ngan Pak Inche, hahahha

    ReplyDelete
  3. Lama sangat tak ke JB..inshaAllah ada rezeki..panjang umur hujung tahun ni ada dua orang sepupu PC nak nikah..boleh turun JB jalan-jalan..mesti dah banyak sangat perubahan..semakin berkembang dan semakin maju..bertambah maju dari masa ke semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa nanti mai Johor roger-roger @PC hehehehe...boleh jumpa di IKea hahahaa

      Delete
  4. besau gilerrr kannnn...tak sabar nak jalan2 kat situ!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.