PERTAMA KALI DAPAT DUIT RAYA DARIPADA ANAK

PERTAMA KALI DAPAT DUIT RAYA DARIPADA ANAK | Alhamdulilah syukur kepada Allah, selain dapat duit raya dari Suami tiap-tiap tahun, untuk tahun ini Sis dan Suami pertama kalinya dapat duit raya daripada anak Sis yang no2,Yana.

Yer anak Sis,Yana sudah bekerja, hampir 2 tahun sudah dia bekerja di sebuah kedai Proton di Bukit Dahlia, dan untuk raya kali ini pagi raya dia hulurkan duit raya kepada Sis dan juga Ayahnya.

Sebak, terharu dan sedih sebenarnya saat menerimanya. Memang nangis pun. Walaupun dalam hati terloncat-loncat melihat jumlahnya hehehehe. Tapi Sis tak kisah akan jumlahnya cuma terharu bila anak pula ingat dan memberi pula kepada kita ni.

Bertahun kita jaga dia, kita bagi dia duit raya tiap kali raya, tiba masa anak pulak yang bagi, terasa tua beno dah Sis ni hahaha..

Suami pun kata, syukurlah seadaanya, selagi anak ingat nak bagi dan hulur, kita terima aja, jangan kita meminta. Esok-esok kalau anak dah kahwin, kita pun jangan meminta, kita tak tau masaalah mereka, jadi selagi anak ingat nak bagi, amik dan bersyukurlah .

Masa Suami kata macamtu, airmata Sis ko, macam bukak air paip, huhuhu sedih sangat bila sebut 'anak dah kahwin nanti' tu haa. Tapi memang benar, masaalah orang kita tak tau, nampak zahir macam orang senang, pakai kereta besar, rumah besar, nampak pakai have-have, susah dia? Kita mana tau kan.

Jadi berapa jumlah orang bagi duit raya tu, bersyukurlah.


Ye laa raya tahun ni kan ada viral seorang MakCik ni dapat duit raya dari anak saudaranya tak silap, anak saudaranya bagi rm5, bukan main meroyan MakCik tu kat twitter adoii..

Kot ye pun MakCik oii, cubalah bersangka baik dulu, mana tau dia tersalah sampul ke kan, kita mana nak tau kan. Esok-esok kalau jumpa, dia hulurlah lagi. Bab ni Sis ko no komenlah. Tak tau nak nyampuk apa bila kawan share.

Sebab Sis pun ada anak, ada anak saudara, kot mana tau nanti one day kena muka sendiri, kita mana tau, so baiklah bersangka baik aje.

Nak suruh bersyukur, kepala otak Sis ada fikir jahat juga. Tersebut juga dalam hati masa mula Sis baca 'Takkanlah rm5 jer, kan orang tua tu' huhuhu...astaghfiruallah tapi bila fikir-fikir balik, tu le Sis kata, bersangka baik ajalah, mungkin salah sampul agaknya, kan kan...

Yang penting, syukur ajelah dapat duit rayakan. Ada juga yang tak dapat dan menadah tangan di luar sana. Kita? Tak payah minta, yee dapat.

#SyukurSeadanya .
“Maka Nikmat Tuhanmu yang Manakah yang Kamu Dustakan?” ..





P/S: Terima kasih juga buat Suami, sebab tahun ni duit raya untuk isterinya 'Up + Bonus' sekali kekekeke...kata Suami 'Hadiah Raya' hehehe ๐Ÿ’•

12 comments:

  1. Ramai juga anak2 sedara yang dah bekerja bagi duit raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, banyak atau sedikit, rezekikan @Warisan Petani ...

      Delete
  2. Alhamdulillah...ada orang tak pentingkan jumlah yang penting ingat untuk memberi..yang ada orang memang pentingkan jumlahnya..sebenarnya rezeki kita yang terima dan rezeki si pemberi..apa adanya..kadang ada orang niat nak beri walau sikit..yang ada nak beri..ada sikit terus tak jadi beri..ada juga yag ada banyak tapi langsung tak nak beri..macam-macam perangai orang kan Sis..ibaratnya macam salam keruk waktu majlis perkahwinan la kan..ikut suka orang nak beri berapa dan apa..silap-silap resit belanja kedai runcit dibaginya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul @PC, ingatan tu penting, tak bagi duit raya pun takpe, janji ingat juga kat ibu bapa ni haa..
      Memang macam-macam ragam orang PC ..niat tu kena jaga..dan kita kena bersangka baik kann..

      Delete
  3. Alhamdulillah.. Bila anak ingat dekat kita, memang terharu dibuatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Sha, terharu sampai menangis di buatnya ...

      Delete
  4. alhamdulillah..bukan saja rezeki dapat duit raya tu Sis Lin..rezeki dapat anak yang baik dan kenang jasa ibu bapa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah @AzianKhalil..mudah-mudahan anak-anak kita ingat dan dapat berbakti kepada kita hingga ke Jannah ..

      Delete
  5. Alhamdulillah.. Selamat hari raya maaf zahir dan batin sis lin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin juga @Aisya ..

      Delete
  6. tahun ni juga pertama kali dapat duit raya dari adik..Allahu...sebak rasa, moga Allah murahkan rezeki mereka2 yang murah hati memberi...ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah @Sunah, tak kisah dari siapa pun, kalau dapat tu dah rezekilah namanya ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.