MAAF ! LAGI SIBUK

MAAF ! LAGI SIBUK | Yaaa lagi sibuk ni, maaf ya. Semalam pun takde update blog, padahal ada guest post nak kena post tapi sebab semalam ada food review dan Sis sibuk ke hulu ke hilir uruskan banyak urusan, makanya tuan badan jadi sibuk dan letih. Sampai kelupaan nak update blog.

Ni pun masa menaip, sudah jam 12.20am, masih belum tidur sambil menunggu ayam tua dalam periuk noxxa masak dan juga sambil mereneh ketupat adabi dalam periuk.

Openhouse?

Oh! Tidak, rasanya memang tahun ni akan Sis tolak kalau Suami kata nak buat openhouse juga, tak larat rasanya dah. Lagipun kesibukkan Suami pun jadi masaalah nak adakan openhouse. Kena ikut time dia. So sapa nak datang ke rumah, mai ajelah, tak payah tunggu openhouse bagai yer. Sis ko ada je ni kat rumah haaa.

Kalau tahun sudah-sudah, memang tak lengkap raya kalau tak buat openhouse. Suami memang suka buat openhouse menjamu kawan-kawannya datang ke rumah makan. Seronok, kami memang tak amik catering, Sis masak sendiri semuanya. Sebab Suami lebih suka Sis masak sendiri dari amik catering.

Puashati katanya.

Memang tak menang tangan Sis ko masak, dah macam sotong hahahahaha.
Tapi takpe, Sis pun suka, rasa bahagia bila apa yang kita masak, orang makan dan makan bertambah-tambah. Boleh tidur senyum sampai ke telinga Sis ko hehehehe..

Sedap tak sedap belakang kira, tapi kalau masak penuh dengan ikhlas dan penuh kasih sayang, insyaAllah segala pujian zikir ketika masak tu menjadikan menu masakan kita jadi sedap! ..


Harini Sis ada buat makan-makan raya untuk kawan-kawan, so harini akan bizi dari pagi sampai ke malam. Maaf kalau segala chat atau pertanyaan whatsapp, PM atau pun komen lambat Sis balas. Kalau urgent sangat terus aja call ya.

Menu harini:
Ayam Muda masak rendang
Ayam Tua masak Ungkep
Sambal Goreng Jawa
Sambal Kacang

Then esok pulak ada event, lusa pulak Sis akan berasa di luar kawasan dalam beberapa hari. *Hajat di hati macam surprisekan Suami, tengok nanti hehehehe..

So memang sangat busy ya. Kalau Sis ada bawak laptop, insyaAllah adalah update dari Sis, kalau takde tu, maknanya faham-faham aje laa.

Dan untuk post tengah hari dan malam nanti, tu guest autopost hehehe.
Janji update sudah.

Okay stop dulu, banyak kerja esok nak buat. Sis off dulu ya.
Take care korang!. Jangan intai-intai, kang tebel mata hahahaha..




P/S: Oii intai apa ๐Ÿ‘ฟ dah baca buat report plak ek 'ada surprise dari anak', kantoi sudah kau baca blog aku...dasar KEPOH!

12 comments:

  1. Busy sungguh sis lin ni tau.. merata dia round.. hebat sungguh.. masak pun sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gituler @Dilah hahahaha membizikan diri hehehehe

      Delete
  2. Memasak ni macam terapikan Sis..betul..sedap tak sedap itu hal lain..buat dulu seikhlasnya..nanti sedaplah dengan izin Allah..selamat memasak dan menjamu tetamu..kesihatan jangan diabaikan juga Sis..rehat-rehatkan badan juga ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @PC hehehehe...masak dengan ikhlas, mesti jadi sedap...

      Delete
  3. patut lah smpai kul 12 msih msk lagi...
    bestnya ayam ungkep tu kak... org johor ni klu dgr masakan yg mcm jawa2 terus teruja hahah

    dana pun sama, lama tak buat openhouse, thn ni plan mcm nk buat tp tgk umah mcm tak semenggah... tp tingin jgkla nk bt sikit2 sambil nk kenal2 jiran baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kena pandai lerr bagi masa tu kann...
      Kann, Sis buat makan-makan bagi-bagi juga @Norhidana, kalau buat serentak, tak larat le nak melayan...lagipun tak syok nak berborak ...

      Delete
  4. Banyaknya menu ๐Ÿ˜ Syaza pun tak dan nak buat open house. Weekdays je la boleh tapi siapa nak datang weekdays haha ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kita nak datanglah @Syaza hahahaha

      Delete
  5. uikk ape bendaaa sehh dekat P/S tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha .. nantilah ku fahamkan hahaha..

      Delete
  6. uih..menu sedap..rugi tak dapat join hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lerr, next time ada lagi mai lerr @Rohaida ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.