Friday, September 21, 2018

9/21/2018 08:57:00 AM 2

PROF DR MUHAYA - KENAPA SUSAH SANGAT NAK BERUBAH


PROF DR MUHAYA - KENAPA SUSAH SANGAT NAK BERUBAH | Banyak orang berniat hendak berubah. Tetapi, selalunya niat yang baik itu tidak kesampaian, atau berlaku pun cuma sekejap, bak kata pepatah Melayu, “Hangat-hangat tahi ayam” – bersemangat sekejap aje, selepas beberapa lama niat dan semangat itu lesap entah ke mana. Mengapakah sering berlaku begitu? Cuba audit diri kita, mengapakah sukarnya kita istiqamah untuk berubah menjadi lebih baik dari hari ke hari?

Orang yang mahu berubah daripada sikap negatif kepada positif pertama, mesti berdoa dan paksa diri untuk berhijrah meninggalkan kawan-kawan yang negatif kepada kawan-kawan yang positif atau baik, kerana gambaran diri kita akan terpancar daripada dengan siapa orang yang sentiasa kita dampingi. Kedua, jangan benarkan alam sekeliling menentukan fikiran dan emosi kita. Emosi, fikiran dan perbuatan kita hari ini akan menjadi magnet diri kita, pada pandangan mata dan tanggapan hati masyarakat.

Penghalang kepada peluang untuk seseorang berubah adalah kerana pertama, masalah yang datang daripada tanggapan masyarakat. Banyak orang suka menghukum individu berdasarkan kesilapan yang telah dilakukannya pada masa lalu. Sedangkan kalau setiap orang menyedari bahawa orang yang berada di kancah yang buruk pada hari ini, sebenarnya mereka itu bermula daripada bayi yang suci, kita tentu akan memudahkan mereka mencari laluan pulang ke pangkal jalan iaitu, jalan kebenaran. Ingatlah Allah lebih suka orang yang berdosa tetapi bertaubat, dan jika kita berniat ingin memimpin mereka ke jalan yang baik kerana Allah, Allah akan memudahkan urusan kita.

Kedua, halangan yang datang daripada diri mereka sendiri. Mereka tidak ada keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat, kerana malu dengan kisah silam mereka yang buruk dan berfikir bolehkah masyarakat menerima mereka kembali? Bagi mengatasi masalah mereka yang malu ini, cuba kita sebagai orang yang ingin membawa mereka ke jalan kebenaran yang memulakannya. Caranya dengan menunjukkan minat untuk mengambil tahu dan mengambil berat terhadap diri mereka. Tanya khabar, tanya apakah aktiviti mereka dan apakah rancangan untuk membina masa hadapan baharu mereka, sebagai cara untuk mendekati mereka.

Apabila kita berasa mereka sudah semakin boleh didekati cuba kita minta mereka membuat sesuatu untuk kita atau masyarakat. Manusia ini lumrahnya lebih suka apabila mereka berasa diri mereka berguna. Apabila mereka mampu menunjukkan yang mereka berguna dalam kalangan kawan-kawan atau masyarakat, imej diri mereka akan positif, dan barulah mereka suka akan diri mereka. Setelah kita berjaya membuatkan mereka suka kepada diri mereka, barulah mereka pula akan suka kepada kita.

Hal ini kerana orang yang dibelenggu oleh rasa malu yang mendalam pada hidup mereka, memang tidak suka dikritik dan sensitif apabila orang meragui kebolehan mereka, dan tidak yakin akan kemampuan diri mereka. Mereka juga sering kelihatan seperti tidak menyayangi diri mereka sendiri, hingga sanggup melakukan perkara yang semakin merosakkan kehidupan mereka sendiri.

Permasalahan mereka ini semakin rumit jika semasa kecil, emak atau ayah mereka suka mengutuk serta membeza-bezakan dan membanding-bandingkan kasih sayang antara adik-beradik mereka, hingga imej diri mereka menjadi sangat rendah.

Malah, menjadi semakin rumit jika keluarga terdekat, ibu bapa dan adik-beradik mereka membuang mereka serta tidak dapat memaafkan mereka, yang dianggap telah menconteng arang ke muka keluarga mereka dengan kesilapan yang telah dilakukan mereka. Mereka yang ada masalah tidak sayang kepada diri sendiri, biasanya mengalami kekosongan jiwa. Manusia akan berjiwa kosong apabila dia tidak tahu tujuan hidup, tidak ada konsep hidup dan tidak ada fokus hidup.

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita cuba membantu keluarkan diri mereka daripada kepompong perasaan malu dan tidak disayangi yang memerangkap kehidupan mereka. Fokus kepada kebaikan dengan mencari kebaikan mereka bukan fokus kepada kelemahan dan kesalahan mereka. Dalam menasihati mereka, jangan menghukum, jangan bersangka buruk, berterus terang cakap dari hati ke hati apa yang patut dan tidak patut mereka lakukan serta, apa yang kita harapkan terjadi dan apa yang sepatutnya dielakkan.

Binalah akaun emosi yang positif. Dalam disiplin kedoktoran, “Mencegah lebih baik daripada mengubati”. Oleh sebab itu betapa pentingnya ibu bapa memperuntukkan masa memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak. Walau sesibuk mana sekalipun, ibu bapa perlu mencari masa yang berkualiti untuk mendidik, memberikan perhatian dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak agar mereka tidak terjebak kepada gejala yang tidak baik.

Hari ini bagi keluarga yang anak-anak masih kecil dan isteri sibuk bekerja, bapa/suami kena pandai membahagikan masa dan memperuntukkan masa untuk keluarga. Mesti ada misi dan visi yang jelas dalam menangani hidup rumah tangga antara suami dengan isteri. Sebelum berkahwin sudah membuat perjanjian dan bercakap dengan terang dan tegas tentang prinsip rumah tangga yang mahu dibina. Kena tahu niat mengapa kita hendak kahwin dan mengapa kita hendak ada zuriat. Ibu bapa kena faham apa yang perlu mereka dahulukan dan apa yang perlu mereka tinggalkan.

Terapkan nilai kehidupan positif kepada diri anak-anak sejak kecil lagi dan bina imej diri positif kepada anak-anak. Guna perkataan positif sebagai cara untuk tanamkan imej diri positif anak-anak, yang difahaminya dan tersemat di hati mereka. Dengan harapan imej diri positif yang diamalkannya sejak kecil dan akan menjadi nilai diri mereka apabila anak-anak besar kelak. Tanam kepercayaan pada hati anak-anak yang dia seorang yang baik hati, penyayang, suka memberi, suka membantu orang, dia seorang yang kuat, genius dan apa-apa sahaja imej positif yang kita mahu anak kita jadi apabila mereka besar kelak.

Mereka perlu dijelaskan mengapa mereka perlu bersikap positif dan manfaatnya, hingga mereka faham. Ingat jangan jadikan sesi hafalan untuk mereka ingat tabiat positif yang kita ibu bapa mahu tanamkan dalam diri anak-anak kita, sebab hafalan hanya menggunakan otak, tidak datang dari hati. Tetapi, pastikan mereka melakukannya dari hati dan dapat merasakan kesan positifnya. Biar anak ingat dengan hati dan anak-anak akan bertanya mengapa mereka perlu bersikap demikian, hingga mereka percaya perkara itu betul. Dan mereka akan terima sikap positif yang kita tanamkan di hati mereka sebagai nilai murni hidup mereka, walau di mana pun mereka berada kelak.

Ibu bapa kena tanam imej diri positif ini hingga anak percaya bahawa mereka memiliki sikap-sikap positif yang menjadikan nilai diri mereka sangat berharga di mata keluarga dan masyarakat. Belum terlambat lagi untuk kita bertindak dan berubah, daripada kehidupan negatif kepada positif. Pimpinlah anak-anak kita untuk sama-sama berubah ke jalan kebenaran.

Sesungguhnya jika kita ingin berubah, berdoalah setiap hari agar hati kita menjadi lembut, suka kepada kebaikan, mudah melihat kelemahan diri, ubah dunia dalaman untuk melihat dunia luaran atau hasil kehidupan kita menjadi positif. Bersyukur sekarang dan optimistik terhadap masa hadapan kita, pasti kita akan tenang. Sentiasa bersyukur, tidak mengeluh, merungut dan menyalahkan masa lepas kita serta menjadi orang yang suka memudahkan urusan orang dengan kita. Ingat dengan Allah kita bersyukur atas segala pertolongan-Nya, dengan manusia kita berterima kasih kerana budi dan jasanya. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak”.


Artikel Penuh:







P/S: Nak jadi baik tak susah, yang penting kita cuba (Sis cuba). Biarpun percubaan itu perlahan, bukan mendadak, sekurang-kurangnya ada. InsyaAllah, kita semua memperoleh kebaikan yang dicari.


Thursday, September 20, 2018

9/20/2018 09:06:00 AM 14

SOTONG MASAK HITAM, MENU KEGEMARAN SEISI KELUARGA

SOTONG MASAK HITAM, MENU KEGEMARAN SEISI KELUARGA | Siapa suka? Okay dia boleh masuk dalam keluarga Sis hahaha. Mana taknya, dalam sebulan mesti ada dalam dua kali masak sotong hitam ni. Asal beli jer sotong mesti nak masak hitam. Nak masak je hitam, mesti kena beli sotong hahahaha begitulah. Sedap dan manis, itu je yang boleh Sis ucapkan dengan kata-kata, cewah! . 
Tapi ada yang kata tak elok makan selalu, sebabnya yang hitam tu najisnya, ermm ye ke? Fakta atau Auta? Tapi memang ada Sis dengar tapi malas nak gugel dan baca, biar tak tau dari tau hahaha. Kalau tau nanti, putus selera, ye dakk?

Kita masak bukan selalu, takkan le hari-hari nak masak sotong, takkanlah asyik nak menu sotong, jemulah weii. Sebulan dua kali tu kira okaylah tu. Sotong pun ikut musim, ada masa kecik bebenor, ada masa besar gedabak pulak hahaha. Kalau sotong katak tu, Suami paling anti nengok, Sis pulak suka hahaha. Tak tau kenapa, dia kata tak sedaplah, besarlah hehehe. 
Bab membeli barang basah ni, memang Sis serah kat Suami, Sis tukang follow belakang dan tukang bawa barang aje, yang pllih, beli dan membayarnya, incik Suami aje. Kalau Suami memang akan ke Pasar Borong Pandan, memborong barang basah kat sana murah katanya, dan banyak pilihan, jadi Sis ko mengikut aje ler.


Tu diaaa, bergolek-golek sotong dalam mangkuk. Cuma kalau Sis masak hitam, Sis masak tak sampai hitam legam yer, Sis tak guna kesemuanya dakwat hitam sotong tu, Sis amik suku aje, janji ada hitam-hitam jadi ler. Kalau dah hitam bebenor, Sis pulak rasa ngeri nak makan oii hahahaha.
Sis cuma tambahkan kicap sikit dengan sos tiram. Lain-lain bahan macam biasa aje la, bawang, lada dan masuk tomato sebagai makanan tambahan kesihatan selain sayur hahahaha. 


Zoom sikit lagi hahaha. Korang nampak tak macam ada kuning-kuning sikit dalam kuah tu hahaha. Tu bukan dalam bahan resepi letak kunyit ye, sebenonya Sis ko guna lebih minyak goreng ikan tu haa, habis jadi kuning kuah masak sotong hitam ku. Tapi takpe, anak makan licin sudah hahahaha. Tak kisah hitam ke kuning ke, janji ada sotong kuang kuang kuang :p
Memacam ek Sis ko. Datang biol guna minyak bekas goreng ikan, dah jadi kuah kuning gitu hahaha. adeiii..

Alaaa takpelah, janji masak! Banyak cekadak kang, masak sendiri yer huh!
Tadi Suami col pun tanya masak apa harini? Bila Sis cakap je masak sotong, Suami terus kata, mesti sotong masak hitam kan? Hahahah Suami pun dah tau dan faham. Tapi sian pulak bila Suami kata 'sedapnya' .. Sis ko memang tak boleh dengar, rasa kesian sebab Suami tak dapat merasa, huhuhu. :(






P/S: Harini plan nak masak rendang kupang. Kita tunggu dan lihat, apa menjadi tak kerajinan Sis ko ni hahaha. 


Wednesday, September 19, 2018

9/19/2018 01:07:00 PM 16

CUTI-CUTI MALAYSIA JALAN-JALAN CARI MAKAN

CUTI-CUTI MALAYSIA JALAN-JALAN CARI MAKAN | Hai korang, masih dalam mood cuti ke? Bestnyalah bagi sesiapa yang menyambung cuti lagi tu ya. Sis pun haritu cuti Malaysia, Suami balik ke Johor, jadi memang anak-anak tunggulah Ayahnya balik, nak tagih janji yang Ayahnya nak bawak makan dan 'window shopping' katanya. Haaa kann dah, anak-anak sekarang kalau dah janji, memamglah di tuntutnya hahaha. Tapi takdelah kemana pun, sekadar makan dan berjalan di sekitar Johor aje. Sana sini jalan jem, tak kowser Sis dan Suami nak keluar dari Johor. 

Dan paling tidak pun, kalau yang memang tahu, Sis anak beranak, memang akan pergi makan di tempat makan kegemaran kami iaitu di Restoran Todak Perkampungan Asli Kampung Jawa. Memang kalau di tanya nak makan seafood kat mana, pasti anak-anak dan Suami akan sepakat ke sini aja. Dari menu, masakan juga servisnya, semuanya tip top, cepat, sedap dan harga pun berbaloi. Bukan cakap murah, tapi berbaloi dengan rasa, kesegaran seafood dan servisnya, begitulah. 


Kebetulan anak Sis yang dua ni ada bercuti, maka berkumpullah kesemuanya kami anak beranak. Yang si bujang tengah cuti sem, yang Kakaknya pula baru habis degree, dan tengah tunggu panggilan tempat nak intern. Moga Allah permudahkan urusan anak-anak Mak ni semua. 


Dan inilah menu paling utama yang anak-anak akan order. Udang masak Kari ala indonesia. Memang femes menu ni kat sini. Kalau siapa dah cuba, memang akan kata sedap. Makan pula dengan roti mantau tu, pergh sedap nikmat tak terkata hehehe. Kalau korang nak tau, menu udang ni untuk 5orang makan, haritu hanya rm30 sahaja. hehehe murah ke mahal? Sorang 2 ekor, tapi Ayahnya tak suka udang, jadi berebutlah mereka 3 beradik hahahaha. adeiii anak anak..


Yang ini menu Kerang masak Kari juga. tapi masak kering. Menu untuk Sis dan Suami. Kerang dia kus semangat besar gile ko, tapi sedap! Takde bau hanyir air laut , memang fresh, masa nak masak pun, dia ceduk hidup-hidup lagi okay. Korang nak pilih pun boleh. Cubalah Kerang masak Kari. 


Malas pulak Sis ko nak update gambar satu-satu menu, kang letih pulak korang nak scroll hahaha.
Makanya meh la Sis tunjuk kesemua menu yang kami anak beranak makan haritu hehehe. 
Antaranya: Ikan Siakap masak Sos asam manis, Kerang masak kari, sotong goreng tepung, sayur baby kailan asin, udang masak kari dan juga roti mantau . 
Nak order ketam tapi masa kami pergi tu ketam besar-besar sangat, 100gm cecah rm25, mahaii oii, biasa yang kami makan sederhana je 100gm rm12-17, Jadi haritu tak makanlah ketam. Next time kata Ayahnya .
Memang di tuntut la tu nanti oleh anaknya hahaha. 


Lepas dah makan tu, sambilah duk tengok laut dengan Suami, ala kat tepi restoran aje, sekali nampak bebudak anak orang asli ni mandi kat sini, makk aii berani betul terjun macamtu dan pandai pulak berenang budak-budak ni. Yang berdiri tu dah menggigil kesejukan, kawannya ajak terjun, dia geleng-geleng kepala hahahaha. Lawak pulak. Sis dan Suami gelak je dari atas hahaha. 

Lepas makan kami ke JBCC jalan-jalan sambil makan aiskrim, lepas tu ke City Square, jalan kaki je seberang jalan kan. Saja tengok-tengok cuci mata. Dan lepas tu terus ke Holiday Plaza, Suami nak tukar temper glass handphonenya. Anak-anak apalagi, tukar casinglaa, Emaknya? dapat beli kasut sepasang hahahaha. Makaseh incik Suami. Suami kata cantik, dia yang nak beli dan bayar, jangan tolak, rezeki namanya hehehe..

Dah puas makan, puas jalan, lepas maghrib juga kami balik ke Pasr Gudang, solat pun kat Petronas mana yang jumpa aje, lepas tu singgah lagi makan, anak-anak dah kepenatan, Ayahnya ajak makan, layankan aje hehehe. Tapi makan juga memasing, hahahaha. Nak amik gambar makan, tapi suasana kedai malap, hampeh! . Tak suka kalau makan kat kedai, yang cahaya lampunya gelap kusam, bukan sebab nak amik gambar je, tapi macam rimas laaa gelap-gelap. Siapa macam Sis? ke Sis sorang je macamtu? ermm..







P/S: Dah puas bawak anak berjalan, Emaknya pulak honeymoon dengan Ayahnya, dari JB - Paka - Klang - Paka - JB . Ginilah tiap minggu, syokk woo jadi drebar Suami hehehe . 


9/19/2018 08:34:00 AM 12

WORDLESS WEDNESDAY - HONG KONG WAFER EGGETTE

#WordlessWednesday 











P/S: Wafer telur kalau kat Malaysia ni namanya. Sedap dan lembut. Makan dengan eskrem, memanglah tambah sedap. Tak muak. Kat sana jual 68hkd yang ada eskrem tu, kalau kosong aje, 38hkd . Korang mesti cuba kalau ke Hong Kong! Sedap. 
Mahal? Dah datang jauh-jauh, rasa nak makan, ko tutup mata je bayar okay. Bukan selalu :) ..


Tuesday, September 18, 2018

9/18/2018 08:09:00 AM 14

HANYA WANITA TIDAK BAIK SAJA YANG MAU MENGAMBIL PASANGAN ORANG LAIN

HANYA WANITA TIDAK BAIK SAJA YANG MAU MENGAMBIL PASANGAN ORANG LAIN | Siapa yang tidak akan marah dan benci jika ada wanita lain yang mencuba merosak hubungannya dengan suaminya. Maka tidak hairan jika wanita ketiga kerap dicap sebagai wanita tidak baik, semua anggapan buruk terus dicapkan pada wanita ketiga. Dan rasanya semua wanita akan sepakat mengecap wanita ketiga sebagai wanita yang buruk.

Dan kiranya memang sudah sesuai wanita ketiga dicap sebagai wanita tidak baik. Kerana kalau dia memang wanita baik-baik dia pasti akan tau dimana tempatnya.



Kerana Wanita Baik-Baik Selalu Tau Tempatnya Dimana

Wanita baik-baik selalu tau dimana tempatnya, dia tau batasan-batasannya, dia akan sangat tau hal yang paling menyakitkan bagi sesama wanita. Kerana ketika dia dekat dengan laki-laki yang sudah punya kekasih atau isteri dia akan membatasi kedekatannya.

Wanita Baik-Baik Pasti Ada Naluri Sesama Wanita. Akan Merasa Sakit Kalau Pasangannya Diambil Orang Lain

Wanita yang baik itu sudah pasti punya naluri sesama wanita, akan sakit jika kehilangan orang yang paling dicintai (suami), akan sangat marah pada wanita yang mencuba merebut pasangannya. Kerana sebab itu pasti dia tidak akan merebut atau menjadi pengganggu dalam hubungan orang lain.


Wanita Baik-Baik Tidak Akan Memanfaatkan Dirinya Untuk Mengambil Suaminya Orang

Wanita yang baik dan bijak tidak akan pernah memanfaatkan dirinya (contoh: sakit atau sebatang kara)  untuk mengambil suaminya orang. Dia tidak akan mendatangi suaminya orang untuk minta dipoligami dengan alasan poligami itu dibolehkan dalam islam.

Benar poligami dibolehkan dalam islam tapi wanita yang waras tidak akan minta dipoligami.
Kerana saat dia datang untuk minta dipoligami dia sedar bahawa saat itu dia sedang memaksakan diri untuk memiliki suaminya orang. Dan isteri mana yang sanggup dipoligami? . 

Kerana Wanita Baik-Baik Tau Bahawa Mengambil Pasangan Orang Lain Adalah Sesuatu Yang Sangat Sukar Untuk Dimaafkan. 

Wanita baik-baik paling tau soal perasaan sesama wanita, dia akan menyedari mengambil atau menggoda pasangan orang lain adalah sesuatu yang sangat sulit untuk dimaafkan oleh wanita lain.


Dan Hanya Wanita Tidak Baik Saja Yang Mau Mengambil Pasangan Orang Lain

Hanya wanita tidak baik saja yang menggoda dan sanggup mengambil pasangan orang lain. Hingga sanggup untuk memiliki milik orang lain sampai-sampai membunuh naluri sesama wanitanya hingga menjadikannya sebagai wanita yang zalim dan tamak.
Wajarlah kalau kamu sangat dibenci sebagai wanita ketiga dan rela dan sanggup untuk dimaki. 

Sumber dari sini 


Hukum Mencintai dan Merebut Suami Orang

Hukum cinta menurut Islam dan juga merebut suami orang dengan tujuan merosak rumah tangga supaya boleh menikah dengan orang tersebut adalah HARAM hukumnya. Hal ini berdasarkan dari hadits Abu Hurairah radiiyallahu.
Beliau mengatakan jika, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda “Barang siapa menipu dan merusak (hubungan) seorang hamba dari tuannya, maka ia bukanlah bagian dari kami. Dan barang siapa merusak (hubungan) seorang wanita dari suaminya, maka ia bukanlah bagian dari kami”.

Dengan hadits diatas, Imam Abdurrahman Al Juzzairi kembali memberi penegasan jika agama Islam memberi larangan untuk berbuat hal yang merosak hubungan suami isteri dan menjadi dosa yang tak terampuni di mata Allah. 

Sumber : Di Sini 





P/S: Sekadar renungan dan peringatan bersama . Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang tiada. *Peringatan Buat Diri Sendiri Juga...