Bahayanya memakai/membeli kasut Crocs.

Sis Lin
12
Salam semua..

Kebetulan dan secara tak sengaja mmg dlm minggu ni Lin tercari2 dan tgh survey kedai2 kasut Crocs di mana2 soping complex, sbbnya ntah apa mimpi anak Lin,Amat teringin dan nak pulak memakainya, dr awal keluar kasut ni, dia taknak pakai, skrg sejak dh mcm2 jiblitz kanak2 ada jual dan kawan2 dia dh ramai yg pakai walupun yg tiruan, so dia mntk Lin belikan utk dia.
Tapi ptg tdboleh plk TERsearch dan surf sambil dok blog walking sana sini, terjumpa dan terbaca plk artikel pasal bahaya memakai kasut Crocs ni...ermm so sekarang dok tertanya2 dan dok terfikir2..apa mesti atau tidak Lin belikan utk dia??? *garu kepala..



Kasut CROCS berasal dari Colorado Amerika ini dicipta sejak tahun 2002 pada mulanya direka untuk kegiatan outdoor dan berlayar. Ini kerena Crocs dibuat dari getah yang anti-slip dan waterproof sehingga mudah untuk dikeringkan.
Kasut Crocs sangat ringan dan selesa dipakai dan sebab itu kasut ini juga digunakan untuk aktiviti harian. Kasut Crocs atau pun yang tiruan cepat tersebar di seluruh dunia. Yang palsu pun dikatakan sudah selesa apa lagi yang ori.

Tapi ingat berhati-hati membeli kasut Crocs tiruan kerana mengandungi kalimah Allah.Arkib isuhangat : http://www.isuhangat.net/2010/05/berhati-hati-beli-kasut-crocs/

Namun kini sepatu sejenis Crocs dan Flip-Flops sedang dalam pemerhatian kerana sejak 2006 banyak laporan kemalangan kasut Crocs tersepit di escalator. Sebagian besar mangasanya ialah kanak-kanak. Memang kerana sifatnya yang anti-slip sepatu ini dipakai dengan menyeret, dan ketika penggunanya berada escalator mereka sering tidak sedar mendekatkan kakinya di tepi escalator, oleh kerana ia diperbuat dari getah, akibatnya kasut itu tersangkut, sedangkan escalator terus berjalan. Di Negeri asalnya pun ada peringatan, “If you’re wearing Crocs, Be Careful”
Di Malaysia juga berlaku kejadian tersebut pada awal tahun ini, apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun parah di kaki kirinya akibat tersepit di eskalator hampir satu jam di sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama.

Berita bahaya kasut crocs di Amerika :

Di Jepun telah berlaku 40 kes kasut crocs tersepit di escellator.
Malah di hospital beberapa negara juga telah mengharamkan memakai kasut crocs di hospital kerana ada kepercayaan yang getah kasut crocs boleh menarik elektrik statik dan juga dikhuatiri darah pesakit boleh menembusi kaki menerusi lubang-lubang di atas kasut crocs.





Kredit info/gambar dr Isuhangat.net



P/S: Walaupun dh lama keluaran kasut Crocs ni, tp mana2 kedai yg ori, harganya tetap sama..mahalllllllll..huhuhuhu


With Love

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. kat sutera mall ker kat JJ ada ako nmpk... rs nya aritu ako ada beli utk ABIN... sutera mall rsnya hehe

    ReplyDelete
  2. Retna: jauh bebeno..kat Jusco Bukit Indah ni ada...tp harga mmg mahal Ret, tang harga xjd prob..tp tang bahayanya tu skrg jd masaalahnya..nk beli ke x nie..huhuhu

    ReplyDelete
  3. ye ke lin? takut la pulak bila tgok gmbar2 tu...anak2 i smua pakai crocs...

    ReplyDelete
  4. Suzzsuzie: tu le,ye x ye x dpt nk kata apa, tp klu bc betul2 artikel tu di petik, mmg jd takut kan..huhuhu
    cuma hati2 la,jaga anak2 tu waktu naik escallator... :)

    ReplyDelete
  5. hohooo..
    bahayanye...
    kak..
    i follow u yek!

    ReplyDelete
  6. Cik Cyida: huhuhu...so be careful okey.. :) nice to meet u..

    ReplyDelete
  7. sebelum beli tunjukkan bahaya kasut tu dulu, tunjuk gambaq tu.. harap-harap dia jadi tak minat.. yg ori mmg mahai..
    kuman..."raba-raba" entry

    ReplyDelete
  8. Kuman: dh tgk dn tunjuk dh..dia dok diam aje, x tau le samaada dh x nk atau saje bt x reti..hehehe nk yg ori mmg mahelll bendenya sama jgk..kasut.hehehe

    ReplyDelete
  9. wah tak sangka plak bahaya pakai kasut nih..nampaknya takleh la bagi budak2 pakai

    ReplyDelete
  10. Zamz: betul mmg tak sangka plk ada bahayanya, sis bru angan2 nk belikan anak sis kasut Crocs nie..cegah sebelum parah.. :)

    ReplyDelete
  11. oni ada satu, mrABi pun ada satu kita baru nak menambah lagi satu, suka pakai sebab ringan dan ringkas. tapi kalau naik eskulator mmg bahaya kasut ni, dia macam melekat.

    ReplyDelete
  12. Cha: wah 1 family crocs yek...
    sis ada 1 jek,tu pun hubby belikan, cuma kali ni anak sis,amat nk plk pakai, tup2 keluar plk artikel ni..bahayakan Cha..huhu hati2 ye Cha.. :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!