Penantian 14 tahun berakhir.

Sis Lin
9
Salam semua..

Menang disana sorak disini..
Itu le kebanggan dan kegembiraan buat rakyat Malaysia setelah Malaysia menang dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2
Tahniah buat pasukan Malaysia...Malaysia Boleh!!!
Yehaaaaaaaa..ESOK telah di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu diberi CUTI 1 hari sempena kemenangan Malaysia dan sekali menyambut Tahun Baru, yeeszaaaaaaa.


JAKARTA - Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2.
Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam tadi, Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.
Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009.
Kecemerlangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama serta jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali pada awal babak kedua menjadi detik pengubah perlawanan malam tadi.
Isu laser yang sering diperbesarkan Indonesia sebelum ini akhirnya terpalit kepada mereka sendiri apabila Khairul Fahmi tiga kali diganggu pancaran laser ke arah mukanya.
Ia bermula apabila Indonesia memperoleh sepakan sudut pertama pada minit kelapan diikuti ketika sepakan percuma pada minit ke-12 dan satu lagi sepakan sudut seminit kemudian.
Namun, Khairul Fahmi membuktikan dirinya tidak selembik penjaga gol Indonesia, Markus Harison yang 'alah' dengan pancaran laser ketika aksi final pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Permainan hampir berubah menjadi milik Indonesia apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-18 setelah bola terkena tangan Sabre Mat Abu ketika berlaku pergelutan di depan pintu gol.

*Info dari Kosmo Online


P/S: Kowang cuti ye? tapiiiiii aku? Aku SURIRUMAH, hari-hari kena kerja lor..huwaaaaaaaaaaa


With Love
Tags

Post a Comment

9Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Salam

    Wah sis Lin ni kaki bola gak ke ?

    ReplyDelete
  2. SYABAS buat skuad bola sepak negara...MALAYSIA BOLEH!!!!!

    ReplyDelete
  3. tahniah malaysia....
    kita jumpa lagi ditahun hadapan dengan tiada isu diantara kedua belah kubu....
    kalian memang lebih baik dari kami

    ReplyDelete
  4. Wan: Betul tu..Malaysia Boleh!!!

    ReplyDelete
  5. Pak KaraMU: Hehehe kaki bola tu idok le..tp penyokong bola aje..hehehehe

    ReplyDelete
  6. Nick: Kami bangga menjadi rakyat Malaysia..:)

    ReplyDelete
  7. Semprol: Yup..thn depan jumpa lagi dan terus cuba lagi..Kamu adalah pemenang..Kami adalah Juara..:)

    ReplyDelete
  8. mmg seronk....nak2 dapat cuti lagi....AKU RAKYAT MALAYSIA...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!