Kenapa Lelaki Melayu Suka Sangat Pakai Seluar Pendek ?

Sis Lin
12
Assalamualaikum wbt..

Lelaki Melayu selamba pakai seluar pendek depan orang ramai...
Tahu apa Islam kata pasal aurat lelaki Muslim ?

Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya.”.

Tetapi, kenapa ramai lelaki Melayu kita pakai seluar pendek atas paras lutut? Contohnya bila main bola sepak dan futsal ? Takkan mereka tidak tahu langsung bab aurat lelaki di dalam Islam ? Sebenarnya mereka tahu, tetapi mereka sengaja buat pekak telinga.

Kalau perempuan wajib memelihara aurat mereka, maka kaum lelaki pun sama. Tiada alasan.

Di tempat-tempat awam pula, ramai lelaki Melayu yang suka berfesyen memakai seluar shorts bila keluar sendirian atau bersama pasangan. Jika hendak dikatakan mereka terang-terangan mendedahkan aurat, belum boleh dituduh lagi. Tetapi, tahap kependekan seluar shorts tersebut sudah berada di tahap 'shubhah' atau 'grey area' yang bermaksud sangat hampir untuk menampakkan kedua-dua lutut yang menjadi aurat mereka.


Oleh hal yang demikian, bolehkah seluar shorts yang gemar dipakai oleh jantan-jantan Melayu stylo sekarang ini dibawa terus untuk solat di surau dan masjid ? Sudah tentu tidak boleh, kerana sudah pasti ketika ruku' dan sujud, seluar shorts mereka akan tersingkap lalu menampakkan lutut mereka. Maka, solat mereka akan batal sama sekali.

Kadang-kadang kelakar bila melihat sepasang suami isteri di mana, si isterinya lengkap bertudung dan berpakaian tutup aurat, tetapi di sebelahnya, si suami pula memakai seluar shorts tanggung serta memakai rantai leher dan gelang tangan. Padanan yang macam tidak kena, lalu membuat sesiapa yang memandang terfikir "Siapa yang patut membimbing siapa sebenarnya..?".

Lelaki Melayu dewasa yang memakai seluar shorts bukan sahaja merisikokan diri menampakkan aurat lutut mereka, malah mereka turut mempamerkan imej seperti lelaki tidak matang yang terhegeh-hegeh berlagak remaja sedangkan umur sudah semakin tua.
Oleh itu renung-renungkan dan selamat beramal...


Kredit info & image dari : Tok Wan.





P/S: Perempuan lelaki kalau diambil kira, sama dan lebih kurang saja batas auratnya cuma lebih menonjol dan tertonjol aurat wanita.. 


Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. alhamdulillah...saya suka entri ini!

    ReplyDelete
  2. sy jugak

    tau sebelom bace entry ni

    mencik tgk bola sepak pon sbb ni..bile tergolek sume nampk errr

    ReplyDelete
  3. dulu time skolah menengah sangat suka pakai sluar pendek. hehe!

    tapi sekarang dah tak. apakah itu juga dikira hijrah? Hehe! Salam Hijrah! :)

    ReplyDelete
  4. aku kalo main bola mmg pakai sluar camni

    ReplyDelete
  5. bagus la jiji kalo gitu...

    cuma gambar seluar senteng tu ada silap sikit tu..pakai macam tu bukan sunnah...cuma ia diharuskan untuk menutup aurat lelaki yang nak berseluar pendek..yang sunnahnya pakai jubah singkat paras betis kalo ikut pada hadith pada gambar tu... :)

    ReplyDelete
  6. kes laki pakai seluar labuh dari pingang pulak..sampai nampak lurah dubur kot kat belakang bila menunduk sikit ke..lelaki kene jaga2 juga..jangan paras lutul je..terutama jeans yg bawah perut ek..kita bukan tahu sangat pun...

    ReplyDelete
  7. setuju sgt,.lelaki selalu sgt mempertikaikan aurat perempuan,.pdahal kedua2nya perlu mnjaga aurat masing2,.=)
    Sedangkan lelaki yg aurat cuma pusat ke lutut pun susah nak jaga,.huhu

    ReplyDelete
  8. Terima kasih semua...
    sekadar berkongsi... :)

    ReplyDelete
  9. saya dapat ilmu baru ^_^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!