RESEPI ‘KEK KEJAYAANKU’

Sis Lin
4
Assalamualaikum wbt..

Kalau ada antara sahabat yang meraikan ulangtahun kelahiran..sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT dan sematkan tekad bahawa kehadiran kita mempunyai tujuannya. Jangan putus harapan dan sentiasa lakukan yang terbaik dalam hidup ini, bukan sahaja untuk diri kita, tetapi juga kepada keluarga, masyarakat dan Negara!


Bahan-bahan penting yang wajib ada :
250 gm Daya usaha
200 gm Kebijaksanaan
100 gm Kesabaran + Kekebalan diri
100 gm Keimanan
100 gm Komitmen & Kesungguhan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia 
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna) 
8 sudu teh rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa
50 gm ‘nasib baik’

Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha, kesabaran, kebijaksaan dan gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia serta pengorbanan. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. 

Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga dan semangat yang membara.

Nota: Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada Chef Bijak yang berjaya melaksanakan adunan tadi dengan baik dan jayanya – Tahniah!



Sudi-sudikan lah ya...!






P/S: Let’s be POSITIVE NOWADAYS and ALWAYS!!..


Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Pretty nice post. I just stumblеԁ upon your blog аnd wished
    tο say that I've truly enjoyed browsing your blog posts. In any case I will be subscribing to your rss feed and I hope you write again very soon!

    Also visit my blog post - hcg injections online

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sis Lin,

    nak mintak izin copy paste letak kat blog boleh tak? menarik sangat resepi ni.. memang harus dicuba :)

    ReplyDelete
  3. Thanks sis.
    Dpt mkn kek btl pun best jg ni.

    ReplyDelete
  4. Assalam Lin...hehehe, mcm sedap gebusss jer kek ko nih...mesti aman bahagia dunia dan akhirat..insyaAllah ^_____^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!