Assalamualaikum wbt.
ASAM PEDAS IKAN PARI TUMIS 5 KALI | Salam 6 Ramadhan buat semua. Sihat ? Harap sihat dan baik-baik aja ya. Okaylah harini cerita pendek aje, takyah panjang-panjang ye, lagipun Sis menaip ni sementara nak tunggu Asar dan lepas tu nak keluar amik Suami balik kerja terus nak merayap cari port buka puasa untuk hari ini. Incik Suami kata kita buka luar sahaja. Alhamdulilah.
Berbalik pada tajuk di atas tu, korang faham tak tumis 5 kali tu ? Pernah dengar?
Kalau bagi siapa yang follow IG Kak Yatie Kitchen mesti tau. Keenakkan asam pedas dia terbukti sedap. Kak Yatie bagi tips, iaitu bahan kisar tu di tumis 5 kali sehingga naik minyak dan garing.
Macam mana nak tumis 5 kali?
Macam ni, masuk bahan kisar yang pertama, pastu korang tumis sampai garing naik minyak, kemudian masukkan air secawan kecil, kemudian tumis lagi sampai garing lagi, dan masukkan air lagi, dan tumis lagi..buatlah sampai 5 ke 6 ke 10 kali pun. hehehe lagi lama lagi sedap!..lepas tu baru masukkan ikan, air asam dan air secukup untuk kuahnya.
Dah siap masak korang rasa, pergh memang lain dari yang lain. Tak caya cuba! .
Bahan-bahan asam pedas tu macam biasa je resepinya. Korang dah biasa kan masak asam pedas, takkan le tak reti. Kalau tak reti, sila google, Sis malas nak bagi resepi sebab dah banyak kali kongsi resepi asam pedas hehehe.
CUMA kali ni korang buat ikut macam Sis tulis tu, tumis 5 kali. Cuba dulu, pastu rasa. Kalau nak tau lagi macam mana, korang gi IG Kak Yatie Kitchen tu, dia ada tunjuk videonya.
Menu ni minggu lepas punya, tapi nak update asyik la tersekat-sekat, banyak benda lain yang kena dulukan, jadi baru harini Sis masukkan.
Rasa memang lain dari lain, warna pun agak lain, lebih nampak pecah minyak dan berserilah bak kata orang hehehe. Tak reti nak cakap macam mana hehehe.
Tak sampai hati plak tak bagi resepi hahaha oklah Sis bagi gak resepinya.
ASAM PEDAS IKAN PARI TUMIS 5 KALI
Bahan-bahannya:
Bawang merah 4 biji
Bawang putih 3 ulas
Kunyit Hidup sebesar ibu jari
Belacan
Cili kering
*semua bahan di kisar*
Cara-caranya:
Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak (bila kering ulang masuk air sebanyak 4-5 kali, lagi lama lagi sedap)
Masuk asam jawa paste.
Masuk ikan
Masuk air (ikut suka berapa banyak kuahnya)
Masuk serbuk perasa, garam dan gula jika mahu.
Masukkan daun kesum
Biarkan mendidih,
Masukkan bendi dan sayuran yang hendak di letak.
Biarkan mendidih sekejap, kemudian tutup api.
Dah masak ye makan. hehehe.
Cubalah! Mesti rasa lain dari yang lain.
Okay, selamat mencuba. Selamat berbuka.
P/S: Buka mee udang pun sedap kann..yumssss..
ok nanti nak try..tumis 5x jangan sampai tertidur kat dapur sudah hahaha
ReplyDeleteHahaha kalau sampai tertido, melampau beno ko masak tu @hernee...
DeleteOoo..macam ni sis bole cuba juga untuk makanan2 lain..hihihi..memang lagi berasa rempahnya..
ReplyDeleteYee @Sunah, lepas ni bole try masak kari ke lomak ke hehehe
DeleteOooo.. Kita masak asam pedas mmg style mcm tu. Tatawlah yg tu dikira sbagai tumis 5x... Hihihi
ReplyDeleteBetul laa tu, ianya di panggil tumis 5x Kak @SeriKandi hehehe
Deleteoo.. baru faham maksudnya. ingat ttp api kasi sejuk baru tumis balik..hihi
ReplyDeleteYe kak @Normi, tumis banyak kali, tumis masuk air tumis masuk air hehehe
Deleteharus kena buat ni...
ReplyDeleteSeharusnyaa cuba nanti @SitiRohaida ...
Delete