BERKURTA DI HARI RAYA BERSAMA KURTA #KACAX

Sis Lin
16
BERKURTA DI HARI RAYA BERSAMA KURTA #KACAX | Hari raya bakal menjelma, dah siap beli baju raya ke ? Macam pantun dua kerat pulak. Awal lagi ni, baru seminggu puasa, tapi sana sini dah mula dan banyak menjual persiapan raya kan? Bagi si Ayah, Suami atau anak Lelaki, apa pilihan mereka? Saamada Baju Melayu atau Kurta ?.

Kalau Suami dan anak bujang Sis, memang pagi raya kebiasaannya akan memakai baju melayu sepasang, masuk hari raya seterusnya, pilihan mereka kurta atau jenis kemeja juga tshirt sahaja. Senang simple mudah nak sarungkan. Yang pagi raya tu je memang jadi kemestian, sebab pakai sedondon anak beranak hehehe.

Korang pulak macam mana ?

Berkurta Di Hari Raya Bersama Kurta Kacax
Di hadapan kedai Kacax. 

Kalau di lihat sejak-sejak akhir ni, memang ramai anak muda mengayakan pemakaian kurta sahaja di pagi raya, di pakai dengan seluar slack atau jeans. Mungkin lebih simple atau fesyen terkini up to date. Betul tak? Dan juga pelbagai jenis fesyen kurta kalau kita lihat ada di jual. Dari yang harga beratus-ratus ringgit hingga ke harga yang mampu milik. 

Cuma kualiti kain aje yang membezakan harga. Ikut citarasa masing-masing. 

Berkurta Di Hari Raya Bersama Kurta Kacax

Owner En Nik (Duduk tengah) bersama isterinya Puan Jamilah (Duduk kanan) yang sangat peramah menyambut kami semua. Juga blogger Papa Amyzal, Acik dan juga En Padin. 

Sis semalam berkesempatan ke Butik Kacax bawa si anak bujang untuk memilih sepasang Kurta untuknya. Di sambut mesra penuh senyuman oleh tuan punya kedai, suami isteri yang keduanya sama-sama punya minat yang sama mengusahakan butik pakaian lelaki, wanita dan juga kanak-kanak.

Menurut kata En Nik (owner kedai), Butik Kacax ni baru beroperasi setahun lebih sahaja, sebelum ini hanya di gabungkan dengan Butik Busana Jamilah yang juga kepunyaan isteri En Nik, Puan Jamilah.

Berkurta Di Hari Raya Bersama Kurta Kacax
Antara pilihan warna terkini dan s=design terkini. 

Butik Kacax yang terletak di L3,41, tingkat 3 Angsana Mall, berhadapan dengan kedai buku Badan Cemerlang, menyediakan khas semua pakaian lelaki dewasa dan kanak-kanak. Bukan baju kurta sahaja, tapi terdapat juga kemeja dewasa dan juga kanak-kanak. Ini baru permulaan katanya, akan di tambah lagi kepelbagaian design untuk semua jenis pakaian lelaki dan kanak-kanak atas nama Kacax.

Berkurta Di Hari Raya Bersama Kurta Kacax
Sakan memilih dan cuba setiap design, dan tak tau yang mana nak di pilh, sampai gelak Puan Jamilah.

Semua jenis kurta yang di jual menggunakan material kain yang sangat berkualiti. Ada yang dari Malaysia dan ada juga di tempah kainnya dari Luar Negara. Menurut En Nik, setiap satu design kurta terdapat pelbagai pilihan warna dan setiap design juga di buat dari jenis kain dan harga yang berbeza. Tapi masih mementingkan kualiti pada setiap rekaannya. 

Sambung isterinya Puan Jamilah, setiap satu design akan di pakai sendiri oleh En Nik, sehingga suaminya sendiri mencapai kata keselesaan kepada setiap baju kurta itu, barulah mereka mula menjahit untuk tempahan dan di jual.

Berkurta Di Hari Raya Bersama Kurta Kacax
Butang khas yang diperbuat dari tempurung kelapa. Lain baju lain design butangnya.

Harga bagi setiap pilihan design bergantung pada kualiti kain dan aksesori yang di gunakan. Ada yang aksesori seperti butang baju, ianya di tempah khas dari luar negara, ianya menggunakan tempurung kelapa sebagai butang di baju kurta. Amat exklusif sekali. Sis semalam pun sempat membelek satu-satu, ternyata memang unik.

Berkurta Di Hari Raya Bersama Kurta Kacax
Antara pilihan kemeja lelaki yang terdapat di Butik Kacax.Semuanya dari jenis kain berkualiti, tidak mudah renyuk dan mudah di gosok.

Material yang di gunakan pun dari jenis tidak panas, serap peluh dan tidak cepat menetas dan lusuh warnanya. Kan dah kata dari jenis yang berkualiti, jadi korang jangan risau, kalau rasa tak puashati, sila buat aduan pada tuan punya kedai. Tiada masaalah. Yang penting kepuasan dan pelanggan puashati katanya. Setakat ini memang semua memuji design, color dan juga kualiti materialnya yang sangat bagus!

Pelanggan rata-rata puashati.

Berkurta Di Hari Raya Bersama Kurta Kacax
Kurta kanak-kanak juga ada sedondon dengan kurta dewasa. 

Dan juga, jika korang beli baju dari Kacax ni, dan rasa tidak selesa dengan saiz, labuh, atau panjang lengan, mereka boleh juga buat otter baju. Jangan risau. Tapi setakat ni, kalau korang beli betul ikut saiz, cuba dan pakai, comfirm terus ngam melekat kat badan. 

Semalam pun anak Sis pakai, sampai kata, sedap pakai dan nak beli lagi sepasang, katanya pakai selesa dan fit kat badan. Tidak gedoboh bak kata bahasa orang Johor hehehe.

Berkurta Di Hari Raya Bersama Kurta Kacax
Bila mereka bergaya bersama kurta kacax memasing. Semua nampak kacak hehehe

Untuk pembelian, korang boleh beli secara online atau pun offline. 
Dan yang paling BEST korang boleh buat tempahan secara atas talian (wahtsapp) dan gunakan 'Promo Code BG01/KACAX' untuk dapatkan diskaun sebanyak 20% .

Macam mana nak dapatkan DISKAUN 20% ? 

Hanya print skrin sahaja post ini atau di mana yang korang nampak promo code Kacax tu (di IG/FB Sis), dan tunjukkan gambarnya semasa korang membuat pembayaran di kaunter .
Untung tak untung haa? Dah le pakai kacak, dapat diskaun lagi. bestnyaaa kann..

Berkurta Di Hari Raya Bersama Kurta Kacax

Korang boleh lah lawat FB Page Kacax dan juga official IG Kacax untuk lihat pelbagai pilihan design dan warna. Yang pasti kena datang, cuba, pakai dan rasai keselesaannya sendiri, Cakap banyak pun tak guna bro! kena cuba dulu okay, Sis boleh jamin, mesti TERsuka nanti berpasang-pasang hehehe.

Like dan Follow : 

Atau wahtsapp terus ke :

Berkurta Di Hari Raya Bersama Kurta Kacax
Ini pilihan warna dan design yang anak bujang Sis pilih semalam. Kacak tak ? hehehe

Anak bujang Sis semalam cuba hampir semua warna, jadi rambang katanya, semua cantik dan selesa. Tapi dia berkenan dengan design terbaru ini Kacax Vero. Dari jenis swiss cotton. Sangat selesa anak kata. Sekali sarung ngam pakai kat badan, tidak panas dan tidak melekat. Sis pun tak tau le bahasa anak Sis cakap, dah itu dia kata semalam, Sis tulis gitu juga hahaha.

Berkurta Di Hari Raya Bersama Kurta Kacax
Terima kasih En Nik dan Puan Jamilah . MOga di tambah dan di murahkan rezkinya selalu, maju dalam apa jua bisness. 

Sekali lagi Sis bagitau..
Buat tempahan secara atas talian (wahtsapp) dan gunakan 'Promo Code BG01/KACAX' untuk dapatkan diskaun sebanyak 20% .
Jadi jangan lepaskan peluang ini. Print skrin promo code tu dan dapatkan diskaun sebanyak 20% ya,
Korang boleh beli secara online atau offline . 
Cepat !!! Gunakan Promo Code di atas sebelum 10 Jun 2018 sehinga jam 11.59mlm .

Dan juga dengan setiap pembelian rm150 ke atas, korang akan dapat FREE GIFT istimewa dari Butik Kacax. Bestkann..

Butik KACAX
L3.41, Level 3
Angsana JB Mall
Johor Bahru .
(Berdepan dengan kedai buku Badan)

#kurta #kurtakacax #kurtamurah #kurtalelaki #kurtamoden #kurtaraya #kurtaslimfit#kurtabudak #kurtacantik #kurtababy #kurtacotton #kurta2018 #kurtakids#kurtaonline #kurtadewasa #kurtaborong #kurtastylo #guruyaya #kbba9 #bloggerlife #bloggerstyle #johorblogger #followme #jomberaya #kacax


P/S: Kalau korang tak reti nak print skrin ke , korang save je le muka Sis ko yang cantik tu dengan owner kedai tu, ko tunjuk kat owner tu, mana tau dapat diskaun juga hahahahaha ..

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wah..semakin bergaya ler kan dengan kurta Kacax ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kannn, dalam seminggu dua ni nak terjah lagi @SitiRohada, anak bujang dah berkenan ..hehehe

      Delete
  2. memang cantik banyak pilihan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @Hernee, pilihan design dan juga warna, semua menarik tertarik deboom!

      Delete
  3. assalamualaikum lin...rambang mata nak memilih yg mana satu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Maaa..Kann Mama @Maszull, semua nak kalau boleh, anak Lin dh terpikat dah design dan kain dia hehehe

      Delete
  4. sissssssssssss...hahahahaha! saya baca sampai p/s lagi..hahahahahah..kelakar betul p/s tu XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha @Sunah, betul tak, ada yang tanya macam mana nak print skrin segala, haa Sis bagi ayat macamtu haaa hahahaa

      Delete
  5. rambang mata bila ke butik kacax. rekaan yang cantik kacax dan bergaya. pilihan warna pun banyak.
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @Mar, semua berkenan, color cantik dan design pun lawaa..

      Delete
  6. Kalau dah masuk Butik Kacax ni setakat 2-3 jam memang masih tak cukup masa nak cuba semua design kurta yang ada. Semuanya cantik, semuanya tertarik dan semuanya DaBoom. Sangat ekslusif dan Limited Edition

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @PapaAmyzal, kena cuba semua color kalau boleh, sebab nak sesuaikan dengan kulit dan design yang ada. Anak pun dah ada berkenan 2-3 helai lagi hehehe

      Delete
  7. Cantik semua kurta tu
    bab memilih pula , memang rambang mata la nak pilih yang berkenan di hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @WanZawawi, rambang mata, kena cuba satu-satu baru puashati ..

      Delete
  8. suami ciktom pun datang ke butik kacax ni sampai rambang mata nak pilih mana satu berkenan..kalau ikut semua nak borong..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat @CikTom, anak Lin si bujang tu pun dah tersangkut banyak color. Nanti akan ke sana juga lagi nak beli lagi..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!