Assalamualaikum wbt..
Selamat petang semua. Dah makan tengah hari ke ? Hari ini ada kerajinan mengupdate blog, saje duduk-duduk belek-belek web, tetiba terbaca satu artikel ni mengenai Makcik Bawang.
Seriously pada mulanya Sis memang terpinga dan blur, apa dia Makcik Bawang tu? Makcik jual bawang ke ? Badan bau bawang ke ? Memang tak tau apa, ye laa tiba-tiba viral sana sini bercerita dan tag Makcik Bawang. Sampaikan Sis tukar gambar pic profile kat FB tu ada yang unfren Sis ha ha ha ha.
Kaji pun kaji, rupanya Makcik Bawang ni sejenis kait mengait dengan molot ye. Bahasa pasarnya 'Molot Longkang'. Suka kepoh, fitnah, mengata, dan suka amik tau hal orang. Haa macamtulah istilah Makcik Bawang yang Sis kaji. ha ha ha
Entahlah dari mana dan kenapa di kaitkan dengan Makcik Bawang tu. Sis pun tak kowser nak amik tau, janji ko jangan kacau Sis sudah. Silap-silap Sis jadi Makcik Cili kang ha ha ha.
Nak bercerita hal orang kena ingat, yang di atas tu sentiasa memerhati ya. Esok-esok mati semua di timbang. Selagi tak minta ampun pada empunya badan, merangkak mencari keampunan nanti Makck oiii..
*Peringatan buat diri sendiri .
Bagaimana nak handle makcik bawang mulut longkang ni ?
Secara jujur nak membendung secara total memang susah tetapi kita boleh mulakan dengan individu.
Iaitu kita sendiri. Kita pun kadang-kadang laju jer jari ni nak membawang kat media sosial kan.
Ini antara langkah yang kita boleh cuba untuk mengelakkan jadi Netizen Makcik bawang bermulut longkang.
1) Meneliti sepenuhnya tentang perkara yang di dengari dan di baca sebelum laju je melontarkan kata-kata
2) Jaga bahasa dan elakkan provokasi
3) Sebelum berbicara lihat dari segi perspektif orang lain.Ini kerana ianya dapat membantu kita dalam meluahkan sesuatu dengan lebih baik dan memahami.
4) Positifkan diri agar hati sentiasa tenang dan bersangka baik.
5) Sentiasa berdoa akan kesejahteraan dan sentiasa memaafkan orang lain
Kesan kepada diri sendiri
1) Melemahkan kekuatan dalaman dan keyakinan diri kerana terlalu asyik menanamkan perasaan benci dan sentiasa mencari kelemahan dan kesalahan orang lain.
2) Akan mula dibenci orang ramai dan rakan-rakan semakin menjauhi daripada mereka yang terlalu negatif ini.
3) Kata-kata dan komen seolah-olah menjadi Profil Diri dan ini menggambarkan karaktor diri masing-masing. Jika elok kata-katanya, maka eloklah peribadinya, begitu juga sebaliknya.
4) Memperlihatkan betapa rendahnya tahap pemikiran seseorang jika mudah memberi komen tanpa mengetahui atau meneliti sepenuhnya sesuatu fakta itu.
5) Juga memperlihatkan tahap rendahnya kematangan seseorang apabila mudah menghentam bicara seseorang tanpa soal selidik.
Kesan kepada masyarakat
1) Membantutkan penyatuan masyarakat secara sempurna.
2) Membentuk masyarakat yang padat dengan fitnah dan kebencian
3) Kerendahan moral semakin menjadi-jadi.
4) Generasi muda semakin galak mengkritik dan tidak menghormati orang lain.
Namun netizen tetap netizen. Walau apapun cara mereka tetap berani meluahkan kata-kata yang ingin di luahkan. Kerana tidak perlu berdepan dengan situasi yang sebenar. Ibarat melempar batu sembunyi tangan. Gittew...
Firman Allah swt: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr: 19)
P/S: Rimas kadang perangai manusia jenis 'Makcik Bawang' ni, tapi jangan di layan laa, lagi layan lagi meroyan . Buat sakit kepala kita jer .JOM MASAK!!
Terima kasih atas tips yang sangat baik.
ReplyDeleteAlhamdulilah sama-sama kita @Suhailah ...
DeleteTak lengkap bawang tanpa serai dan lengkuas hehehe
ReplyDeleteHa ha ha ngek ko @anakomak, cite serai lengkuas lain kali ha ha ha
Deletekemain tip dia ni. berguna sungguh.
ReplyDeleteKe ke ke kann duk scroll web, tercetus idea makcik bawang ni @Mar ha ha ha
Deletebetul tu sis..setuju sesangat
ReplyDeleteKannn @Hernee, kalau tak kita pun sama juga jadi makcik bawang ha ha ha
DeleteRambut sama hitam hati laen2 kan? ;(
ReplyDeleteSangat setuju! Hati masing-masing siapa yang tahu kan @Irsah ..
DeleteHaha. Please kak lin tak mahu jadi mak cik cili 😂😂 Siqah pun tak tahu dari mana usulnya mak cik bawang. Sedar2 dah popular dan ramai yang guna perkataan tu. siqah guna jela. Hihi
ReplyDeleteHahahaha ngeri ek jadi makcik Cili @Siqah, pedas pijor kang..
DeleteKann Siqah, sama Sis juga tak tau apa dan kenapa guna nama Makcik Bawang tu..benda viral kita layankan aje..
Yup positifkan diri tu memang berkesan. Tapi, jangan terlalu positif. Hihihi.. nanti kena pihak.. opsss. Hihihi
ReplyDeleteKannn @CikRose, bermula dari diri sendiri dulu sebenarnya..lain-lain tu jangan peduli cakap orang ...
Deleteheheh
ReplyDeletetips menarik
Hehehehe TQ @Hans ..
Deletewahhh.. bagus tips ni.. terkesan ke sanubari...
ReplyDeleteKannn @MiaLiana..keep in positif gitu..abaikan kata-kata dan aura negetif..hidup lebih tenang ..
Deletefollow sini! sekarang sha persetankan ja apa yang orang nak cakap. penat dengar
ReplyDeleteHaii @Shafyqah ..Kan Sha buang masa layan molot puaka macamtu..habis aura positif kita ..
Deletethanks nice tips.... bawang juga yg jd mangsa.... hehehe
ReplyDeleteHehehehe @Sheila..pedih bawang tu kan, makan hati hahahaha
Delete