HOSPITAL BEYOND BOUNDARIES (HBB)

Sis Lin
12
Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi semua sahabat. Sedang buat apa tu ? Lagi duduk bersarapan ke ? Bagi yang berpuasa, selamat berpuasa, tinggal beberapa hari saja lagi untuk yang nak ganti puasa bolehlah ganti puasa ye. Ramadhan bakal menjelma. jangan buat-buat lupa pulak ada puasa tinggal tu ya, nanti kena ganti dua kali ganda okay. Moga dipermudahkan urusan kalian semua.


Untuk pagi ini Sis nak kongsi satu artikel dan info mengenai satu sukarelawan anak muda Malaysia di Phnom Penh, Kemboja ke Hospital Beyond Boundaries (HBB) ni. 
Untuk makluman semua, HBB telah diasaskan pada tahun 2012 oleh dua orang anak muda melayu yang berpendidikan dalam bidang perubatan iaitu Dr Wan Abdul Hannan dan Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman. Apa yang membanggakan ialah sewaktu HBB ini ditubuhkan, mereka berdua masih lagi di dalam pengajian. Faham-faham lah belajar dalam bidang perubatan ini sememangnya sibuk tetapi mereka berdua memang ada azam yang kuat sehingga berjaya mencapai impian menubuhkan HBB ini yang bermula di Phnom Penh, Kemboja.


Pada asalnya, pasukan sukarelawan HBB ni hanya bermula dengan sebuah klinik bergerak sahaja. Tetapi, hasil usaha dan kegigihan mereka dan akhirnya HBB telah berkembang dengan mempunyai klinik mereka sendiri. Apa yang membanggakan dengan pasukan HBB ini ialah mereka bukan sahaja ada klinik tetapi kini mereka juga sudah ada sebuah hospital bersalin yang terletak di tepi klinik mereka sendiri untuk membantu masyarakat miskin di Phnom Penh ini..

Mereka bukan sekadar datang memberi bantuan dan kemudian pulang ke Malaysia. Dr Hannan sendiri memberitahu yang mereka tidak mahu memberi bantuan seperti itu kerana mereka tak mahu selepas habis bantuan diberi atau digunakan dan keadaan masyarakat sekeliling kembali sama seperti sedia kala. Jadi, pihak HBB telah melatih dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kemboja yang mempunyai kelayakan di dalam bidang perubatan untuk berkhidmat kepada masyarakat mereka sendiri dan secara tak langsung menjana ekonomi mereka.

Doktor-doktor di HBB ini merupakan anak jati Kemboja seperti Dr Kop Roly yang beragama Islam dan Dr Tauch Kimmaro yang bukan beragama Islam. Alhamdulillah walaupun berlainan bangsa dan agama namun kerjasama erat kesemua pekerja dan sukarelawan HBB ini menjadikan mereka lebih kuat untuk berbakti kepada seluruh masyarakat Kemboja.


Satu perkara menarik yang dikongsikan oleh Dr Hannan pada awal penubuhan HBB di Phnom Penh, Kemboja ialah daripada segi rawatan yang diberi. Di Malaysia serta hampir kebanyakan negara maju di seluruh dunia mempraktikkan amalan memberi pil sebagai ubat tetapi berbeza dengan amalan perubatan di Kemboja dimana masyarakat mereka percaya rawatan yang bagus apabila mereka diberi vitamin C serta dimasukkan air garam di dalam badan. 

Jadi, pada permulaannya HBB pernah menerima kritikan negatif daripada penduduk berdekatan yang mengatakan rawatan di HBB tidak bagus kerana mereka tidak diberi vitamin C dan badan mereka tidak dicucuk untuk memasukkan air garam. Kini HBB bergerak lebih hebat untuk cuba mengubah pandangan dan stigma masyarakat sekitar tentang amalan perubatan yang dipercayai mereka itu supaya menerima amalan perubatan yang dilakukan seperti di Malaysia dan kebanyakan negara dunia yang lain.

Hospitals Beyond Boundaries juga pernah mendapat pengiktirafan besar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas usaha mereka membantu penduduk Kemboja. Berpeluang tiba dan melihat sendiri kejayaan HBB di Phnom Penh, Kemboja ini memberikan satu perasaan bangga kerana melihat anak-anak Melayu ini sanggup bersusah payah membantu masyarakat yang memerlukan tanpa memikirkan langsung tentang keuntungan. Adakalanya mereka sendiri sanggup menggunakan duit simpanan mereka untuk merealisasikan segala usaha dan bentuk rawatan yang ingin diberikan kepada masyarakat disini. 
Tahniah buat semua yang terlibat di dalam HBB ini.

Untuk makluman semua juga, HBB bukan sahaja memberi bantuan kepada masyarakat Kemboja sahaja. Mereka juga turut membantu rakyat Malaysia terutamanya gelandangan di kawasan Medan Tuanku, Kuala Lumpur. HBB sememangnya mempunyai pelbagai lagi aktiviti dan perancangan untuk menambahkan lagi jenis dan bentuk bantuan kepada masyarakat.


1) Anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang HBB?
2) Anda berminat untuk menjadi sukarelawan HBB?
3) Anda berminat untuk memberi sumbangan dana dan sebagainya?
4) Anda berminat untuk menaja aktiviti-aktiviti HBB?

Sila lihat info dibawah sebagai rujukan anda untuk berhubung dengan pihak HBB.

Hospitals Beyond Boundaries (HBB)

Alamat:
9119, Jalan Kerdas 1,
Batu 6, Gombak,
53100 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Email:

Laman Facebook: HBB Facebok

Sebagai tanda sokongan kepada HBB, Kami dengan ini menyeru kepada semua pembaca supaya berkongsi tentang artikel ini di laman sosial masing-masing. Sebarkan agar usaha murni yang cukup baik ini mendapat sokongan lebih ramai pihak dan secara tidak langsung lebih banyak insan yang kurang bernasib baik dapat dibantu dan mendapat pembelaan yang sewajarnya. 

Artikel asal bole baca di Hans Hanis






P/S: Sekadar berkongsi artikel sebagai ntanda sokongan bersama . Jom kita ..


Tags

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah
    terima kasih sis Lin sudi kongsikan di blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama @Hans ..Moga terus berkhidmat untuk mereka yang memerlukan ya ..

      Delete
  2. Replies
    1. Oo ada ke Kak @SeriKandi, Saya dah lupa dah ..

      Delete
  3. Smoga niat murni hbb dpt dikembangkan lagi. Ini jugak fardhu kifayah. Hablunminnas.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum alhamdulillah.... Semoga Allah mengurniakan Rahmat dari sisinya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!