KERABU MENTAH PERIA KATAK IKAN BILIS

Sis Lin
8
Assalamualaikum wbt

KERABU MENTAH PERIA KATAK IKAN BILIS | Salam 8 Ramadhan buat semua. Apa khabar semua? Harap sihat dan sentiasa ceria selalu ya. Puasa-puasa ni jangan masam muka, nanti aura positif tu lari. Tak elok juga untuk kesihatan. Kalau nak marah ke, nak meroyan ke, istighfar bebanyak ye. Marah memang marah tapi kawal diri. InsyaAllah Allah bantu kita. 
Sis kalau rasa nak marah, rasa nak serang orang, Sis bawak tidur je, hilang semua masaalah. 
Kejar orang? Haah kejar orang, tunggu masa je nak serang, dapat je orangnya, Sis ganyang, sumbat dengan peria katak, kasi viral semua WANTED!  kakakakakah! Nak follow tak ? hahahaha.

Dah dah off topik, bulan puasa ni tak baik, kasi relax-relax, kemain pantang eh korang kalau bukak gossip, cepat benau nak membawangnya.
Plan masak apa harini ? Harini Khamis sekejap aje kan. Masa mengejar kita. Ada yang dah mula buat biskut, buat kerepek. Sis ? Kuih dan kerepek semua macam biasa, Suami yang handle, tau-tau dah bawak balik. Cuma kali ni dah pesan, jangan beli banyak sangat, sebabnya cadang tahun ni raya, nak bercuti hehehe. Raya kedua dah pergi,insyaAllah. So raya pertama beraya uma Mak aje. Harap apa yang Suami rancang dipermudahkan. Aamiinn. 


Harini Sis kongsi resepi kerabu senang dan mudah. Tak payah masak, cuma gaul-gaul aje siap. Ada yang tak makan peria ke? Kenapa ? Pahit ? Sebab tu kena rendam dalam air garam dulu, bagi hilamg pahit. Cubalah, bagus makan peria ni, elok untuk elak tekanan darah tinggi. Tak caya ye google.
Okay meh tengok resepi.


Bahan-bahannya : 

5 biji peria katak (di hiris nipis)
1 biji labu bawang besar (di hiris)
5-7 biji cili padi (di cincang) *Ikut kepedasan masing-masing.
Ikan bilis (di goreng garing)
Asam limau
Garam+gula secukup rasa


Cara-caranya:

Peria yg telah di hiris nipis di basuh kemudian di rendam sekejap ke dalam air garam.(untuk hilangkan pahit peria).
Setelah itu di toskan.
Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Masukkan peria tadi ke dalam mangkuk, dan kemudian masukkan bawang besar, cili padi juga perahkan air asam limau kemudian di gaul rata,
Setelah itu, masukkan serbuk perasa, garam dan akhir sekali ikan bilis yang telag di goreng garing.
Gaul-gaulkan perlahan.
Cukup masam, masin, bolehlah di hidangkan. Mudah kan. 
Sila cuba.

Selamat mencuba.






P/S: Sis gan Suami kalau makan ni, meratah aje, suka sangat,sedap!


Tags

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. mak aii..sedap bangat ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Kak @Normi, boleh cuba nanti hehehe

      Delete
  2. Dah lama nak cuba tp takut tak mampu telan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendam dengan air garam dulu @Qaseh, nanti ilang pahit tu...

      Delete
  3. ngeri nak makan peria ni sebab pahit..tapi baguskan sesekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha engko ni orang muda zaman moden laa @SitiRohaida, Sis ni dari kecik Emak dah ajar makan ulam hehehe

      Delete
  4. saya tak tertelan peria ni.apatah lagi peria katak.
    JanjiKita

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!