Assalamualaikum wbt.
KISAH BARBER DAN USTAZ | Seorang Ustaz ke Barber Shop untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan 1 soalan kepada si Ustaz.
BARBER: Saya nak tanya 1 soalan.
USTAZ: "Ya, silakan."
BARBER: Benarkah Tuhan itu wujud?
USTAZ: "Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni."
BARBER: Kalau betul Tuhan itu wujud, kenapa ketika manusia dalam kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dalam kesusahan di dunia ini.
USTAZ: "Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala".
BARBER: Kenapa Ustaz diam??
USTAZ: "Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu, dan saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai."
Si tukang gunting ni pun dengan segera siapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapan Ustaz itu. Akhirnya siap.
BARBER: Ok dah siap Ustaz. Apa jawapannya Ustaz?
USTAZ: "Berapa harga?"
Barber: RM10 sahaja. (masih menunggu jawapan)
USTAZ: "Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata".
Setelah membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan Ustaz yang agak pelik.
Tiba² Ustaz masuk kembali ke kedai tersebut dengan membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis jalanan.
USTAZ: "Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dalam dunia ni??"
BARBER: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting.
USTAZ: "Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yang rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus."
BARBER: Dia yang tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.
USTAZ: "Jadi, itulah jawapan saya untuk soalan kamu tadi."
BARBER: Terdiam seketika.
USTAZ: "Manusia yang tidak mencari Tuhan, sombong dengan Tuhan. Tuhan itu sentiasa ada dengan kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti rambut yang dijaga."
BARBER: Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Ustaz itu dalam keadaan menitis air mata.
Moral dari cerita:
Hidup kita semua bergantung pertolongan dari ALLAH. Jangan sesekali kamu anggap kamu boleh hidup tanpa bantuan ALLAH. Sebenarnya ALLAH tidak memerlukan manusia. Tetapi manusia yang memerlukan ALLAH.
Wallahu A'lam.
Semoga bermanfaat buat semua.
Sumber : Aku Mencintai Mu Ya Rasulluallah
P/S: Sekadar perkongsian bersama. Walau hanya copy and paste.
soalan logik akal jawab dengan logik akal..begitulah..alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ni sis..dah naik dah blog sis kat bloglist..tadi da update lagi sekali..hihihi
ReplyDeleteAlhamdulilah moga bermanfaat buat kita semua kan @Sunah..
DeleteOo dh okay ek hehe
Allahu! Sungguh benar kata ustaz
ReplyDeleteKann Kak @SeriKandi..peringatan buat kita semua..
Deletekisah yang biasa tapi mengandungi sejuta keinsafan.
ReplyDeleteBenar @MarMansor, sebab tu laa Sis kongsikan..peringatan bersama..
Delete