Assalamualaikum wbt ..
PERKAHWINAN DI RAJA PUTERA HARRY DAN MEGHAN MARKLE | Putera Harry dan buah hatinya, aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle akhirnya mengikat tali percintaan mereka dengan perkahwinan di Gereja St George yang terletak di Istana Windsor, di sini sekitar jam 7.30 malam (waktu Malaysia) semalam.
Pewaris takhta British, Putera Charles mengiringi Markle selepas bapa Meghan terpaksa menarik diri atas masalah kesihatan.
Manakala, Putera Harry pula diapit oleh abangnya, Putera William.
Meghan Markle diihat menggayakan gaun pengantin hasil sentuhan pereka Britain, Clare Waight Keller.
Pasangan itu - Duke dan Duchess of Sussex kemudiannya diarak dengan menaiki kereta kuda melalui semua jalan di Windsor. Majlis perkahwinan diraja anak bongsu kepada mendiang Puteri Diana dan Putera Charles itu berlangsung dengan sempurna dan dipancarkan di seluruh dunia.
Dianggarkan sekitar 600 tetamu sebelum itu tiba di Istana Windsor Castle untuk menyaksikan perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle. Beberapa selebriti terkenal juga dilihat menghadiri perkahwinan bersejarah itu.
Antaranya ialah pengacara televisyen terkenal Oprah Winfrey, pelakon Bollywood Priyanka Chopra, pasangan selebriti David dan Victoria Beckham serta George Clooney dan isterinya, Amal Clooney.
Selain itu, seramai 2,640 orang awam telah dipilih untuk menyaksikan majlis itu dari luar halaman Istana Windsor.
Selepas perkahwinan, mereka akan tinggal bersama di Nottingham Cottage di London, di bawah Istana Kensington
Secara tradisional, putera-putera diraja telah dianugerahkan gelaran sebelum perkahwinan mereka; ini berlaku dengan kedua-dua ayahanda saudara Putera Harry, Duke York dan Earl Wessex, serta paduka kakandanya Duke Cambridge. Sekiranya Putera Harry dianugerahi gelaran, isterinya secara automatik akan menerima gelaran yang sesuai dengan isteri pemegang gelaran itu (iaitu jika baginda dijadikan duke, maka ia secara automatik akan menjadi duchess setelah perkahwinan mereka). Sekiranya tiada gelaran yang diberikan, maka Meghan Markle akan memegang gelaran YTM Puteri Henry dari Wales (HRH Princess Henry of Wales).
Sumber sana sini. Gambar carian google.
P/S: Manis sangat senyuman keduanya. Tengok live semalam, sampai Sis menangis hahaha. Selamat Pengantin Baru :) .
adoi sis lin.. kenapa boleh nangis pulak..
ReplyDeleteSebabnya sepanjang majlis perkahwinan tu Putera Harry asyik menangis @Zizie, tak tau kenapa syahdu benar hahaha
DeleteAmboii fefeling lak dier 😁
ReplyDeleteYee @Retna, duk tengok Putera Harry tu asyiklah menangis, dengan aku sekali jadi sedih hahahaa
Deleteanak mendiang puteri diana ye. patutlah glamer..penuh timeline.
ReplyDeleteIyeee @Mar, lor ko baru tau ke ? Hehehehe
Deletesentiasa vote for william..kikikikiki
ReplyDeleteHuhuhuhu @Julia Harry pun encemm hahahaa
Delete