Assalamualaikum wbt.
SAMBAL CILI IKAN BILIS JERING/JENGKOL | Salam Ramadhan yang ke 14 buat semua pembaca blog Sis. Baik yang terang-terangan ataupun yang gelap-gelapan hahaha. Terima kasihlah sudi datang singgah membaca di sini. Bukannya apa, kadang apa yang Sis update hanya sekadar rutin harian dan cerita biasa-biasa aje. Kadang ada pun copy and paste, janji apa yang nak Sis sampaikan tu, dapat di kongsi bersama. Ye dak? Ini pun kirarajin update, kalau tidak, berhabuk le blog ni.
Dah siap memasak ke tu? Harini masak apa? Korang mesti meriahkan, sekali tayang gambar, kus semangat, penuh satu meja, macam makan buffet hotel kekekeke. Harini Sis relax-relax sikit, sebabnya hari ini nak masak Spageti Cabonara Meatball, permintaan anak-anak. Oleh kerana Suami harini tidak ada, jadi kita makan western. Nasi esok-esok pulak la ye, hari-hari makan nasi, sampai dah naik bosan gak kan.
Untuk hari ni Sis nak kongsi resepi seperti tajuk di atas. Menu ni Sis masak semalam. Kebetulan jering yang Suami beli pun agak tua, jadi Sis masakkan jering tu, jadikan ianya lembut dan tambah sedap di makan. Kalau makan macamtu aje, mau patah gigi kang, sebab jering tua, ianya keras. Mau terberot-berot mulut nak menggigit. Korang boleh cuba respi ni, memang sedap! hehehe
SAMBAL CILI IKAN BILIS JERING/JENGKOL
Bahan-bahannya:
20 ketul jering (di potong panjang-panjang)
Bawang besar selabu (di hiris)
Bawang putih 4 biji,
Lada merah (di hiris)
Cili padi segenggam (ikut pedas masing-masing)
Ikan bilis (di goreng - ikut suka banyak mana korang nak letak)
Belacan sedikit.
Serbuk perasa, garam dan gula
Cara memasaknya:
Jering yang sudah di potong, di cuci dan di toskan,
Tumbuk bawang putih, cili padi, belacan hingga lumut
Panaskan kuali, dan letak sedikit minyak.
Goreng jering , jangan terlalu lama, agak-agak aje, untuk melembutkannya.Dah masak, angkat dan ketepikan.
Tumis bawang besar, lada merah dan bahan yang telah di tumbuk, sehingga naik bau dan kering.
Setelah itu, masukkan jering dan ikan bilis yang telah di goreng.
Gaul-gaulkannya, dan masukkan serbuk perasa, garam atau gula, biarkan seketika,
Tutup api dan hidang.
Siap!
Selamat mencuba! .
P/S: Kadang masak menu ni, bila masak bubur nasi, sedap sangat! Ada baki malam tadi, Suami makan Sahur sampai bertambah hehehe.
Ni satu lagi menu yg akk tak pnah masak Lin, makan pun tak pnah tapi pnah mkn jering lemak masa gi Ganu. Sedap gak jering ni kan
ReplyDeleteOo ye ke Kak @SeriKandi? Lin semua segala Lin makan, memang dari atuk Mak Abah memang dah ajor makan, pastu Suami plak makan hehehe
Deleteamboi menu dia.. tapi saya tak makan jering.
ReplyDeleteHehehe cubalah @MarMansor, sedap, lagi sedap dari petai hehehe
Deletesdap ni..:)
ReplyDeleteMemang sedap Kak @Normi..makan boleh bertambah.
DeleteWiken cuti 4 hari..
ReplyDeleteDah lama x masuk dapur masak weii... Simple janji bdk2 makan licin haha
Hahaha ko masak ek @Retna..aku cuti ni minggu ni insyaAllah nak ke KL hehehe
Deletepeh...menu dia,mkan nasi panas2 weh...mau bertambah..
ReplyDeleteOoo ko pandai makan jering ye @SitiRohaida, macam yang dua org atas tu tak pandai makan hahaha
Deleteini punca bertambah2 nasi ni..
ReplyDeleteEh ko pandai makan juga ye @Hernee, nanti kalau potluck boleh la Sis masak menu ni hahahaha
Delete