Assalamualaikum wbt..
Secara ringkasnya di petik dari Bernama.
Meraikan sambutan Hari Ibu pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun bagi umat Islam adalah harus, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Beliau berkata tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak meraikan Hari Ibu bagi menghargai jasa insan istimewa itu yang banyak berkorban jiwa dan raga dalam mendidik serta membesarkan anak-anak.
"Mengucapkan Selamat Hari Ibu dan meraikan ibu yang melahirkan kita dan bersusah-payah membesarkan kita, mandikan kita dan membersihkan najis kita semasa kecil, adakah ia satu kesalahan?
"Perkara yang dilarang dalam Islam adalah menderhaka kepada ibu.
"Kalau kita lakukan sesuatu yang 'harus' dan dapat memberi kegembiraan kepada orang lain termasuk ibu sendiri ia merupakan sedekah dan dikira mendapat pahala," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan haram untuk umat Islam menyambut hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari 'Mother of Church'.
Sambutan Hari Ibu tahun ini jatuh pada hari ini.
Mohamad Shukri berkata Islam tidak pernah melarang umatnya mencontohi kebaikan orang lain termasuk Barat, namun sebarang perbuatan yang menyerupai upacara keagamaan lain serta bertentangan dengan syariat Islam amat ditegah.
Begitu juga menyambut Hari Ibu, beliau berkata umat Islam perlu memastikan pengisian sambutan itu berlandaskan syariat Islam sebenar, katanya.
"Macam hendak sambut Hari Ibu pun perlu dengan cara yang dibenarkan syarak jangan langgar batas-batas dalam Islam termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan, ini tidak boleh," katanya.
Mohamad Shukri berkata walaupun tiada suruhan untuk meraikan Hari Ibu di dalam Al-Quran, namun terdapat ayat yang menekankan perlunya umat Islam berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
Katanya, Islam meletakkan ibu pada kedudukan tertinggi malah Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud:
"Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik?, jawab Rasulullah SAW: Ibumu.
"Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? ujar Baginda: Ibumu.
"Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu.
"Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu".
Terima kasih Emak, Puan Rosnah Wong Bt Abdullah. Yang telah melahirkan yang telah membesarkan dan yang telah mendidik Sis menjadi seorang anak, wanita dan juga seorang isteri . Hanya Allah sahaja yang dapat menbalas semua pengorbanan Emak dan moga Allah berikan Emak kesiahatn yang berpajangan..
Aamiinn..
#Throwback #JDTblogger #TeaWithHilton #DoubleTreeByHilton
Selamat hari ibu buat semua yang bergelar wanita juga Ibu, Emak, Umi, Mama, Bonda, dan apa-apa ajalah panggilannya.
Moga kalian (semua ibu-ibu) semua dapat menunaikan amanah Allah hingga ke Jannah.
Hari ini Suami ajak dating, macam tahun-tahun sudah, belanja makan dan special hadiah darinya. Agak-agak apa lah yang Suami nak bagi tahun ni ya he he he he.Tak minta tapi Suami amat menghargai. Terima kasih Suamiku.
P/S: Dapat bunga dan cokelat macam tahun-tahun lepas dah cukup bahagia dah, tidur senyum sepanjang malam hehehe..
Moga diberikan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup yang berpanjangan buat ibu. 😍
ReplyDeleteAaamiinn..Makaseh @CikguAyu..moga doanya berbalik juga buatmu...aamiinn
DeleteBegitu tinggi Islam meletakkan martabat seorang ibu. Sesungguhnya syurga terletak dibawah kaki ibu. Semoga Allah sentiasa memberkati ibu Sis Lin juga buat kaum ibu semuanya.. aamiin.
ReplyDeleteAllahukakbar..Aamiinn..Moga kami semua sebagai ibu dpt jalankan tanggungjawab hingga ke akhir hayat @KhirKhalid ..
Deleteselamat hari ibu...done follow back..:)
ReplyDeleteSelamat Hari Ibu juga @Normi ..Thank YOu..
Deletemacam nak pi repeat lagi je...hahahahaselamat hari ibu sis lin
ReplyDeleteKann kannn, tunggu Hari Bapa plak @SitiRohaida he he he
Delete