SETELAH 25 TAHUN AKHIRNYA KRU DI BUBARKAN

Sis Lin
12
Assalamualaikum wbt .


1992 - 2018 | Setelah 25 tahun akhirnya KRU di bubarkan. 
Siapa yang tidak kenal kumpulan penyanyi dianggotai oleh tiga beradik yang popular dengan lagu Awas, Ooh! La! La! dan Jangan Lafazkan.
Pertamanya sedih bila mendapat tahu yang Kumpulan tiga beradik ini akan di bubarkan. Masa Sis dapat tahu pun terbaca di twitter, yang mereka akan mengadakan konsert terakhir selama 3 hari di Istana Budaya bermula (4/5/2018) dan setelah itu pada 6/5/2018 hari ini, KRU akan di bubarkan. 
25tahun, Sis kahwin pun dah 25tahun, memang perjalanan masa tu dengan lagu-lagu dia. Dari awal kemunculannya hinggalah ke hari ini. Tapi betul juga bak kata Norman, mereka juga ada tanggungjawab dan keluarga, tiba masanya mereka tumpukan perhatian kepada anak-anak dan juga keluarga, 
Tak dia, tak kita jugakan. 
Family is everything. Family come first!

KRU yang telah menampa nama dalam industri hiburan sejak tahun 1992 itu akan dibubarkan secara rasmi selepas Konsert Gergasi KRU 25 yang akan menjadi konsert terakhir mereka.
KRU yang mula ditubuhkan sejak 1992 dianggotai oleh Norman Abdul Halim,Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim membuat kenyataan tersebut sewaktu sidang media khas yang diadakan di Impiana Hotel, pada bulan lepas. Menurut Norman, keputusan ini dibuat kerana masing-masing sudah mempunyai perancangan tersendiri dalam meneruskan kerjaya dalam industri seni tempatan.


KRU (singkatan bagi Kumpulan Rap Unik) merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang ditubuhkan pada 1992. Ia dianggotai oleh tiga bersaudara Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim. Menurut Wikipedia, ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang emak saudara mereka membeli papan nada mainan untuk Norman sempena hari jadinya yang turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.

Menjelaskan mengenai pembubaran kumpulan ini, antara sebab lain adalah kerana Edry mahu ke luar negara untuk memberi perhatian kepada anaknya yang merupakan anak autisme, lapor Astro Awani.

"Malaysia tiada sekolah khas untuk autisme dan anak ketiga saya itu sudah nak masuk 11 tahun namun masih belum boleh bercakap. Cikgu di sekolahnya suruh kami hantar ke sekolah lain.
“Perkara itu buat saya berfikir bahawa saya gunakan banyak masa ajar orang menyanyi tapi anak sendiri masih tak boleh bercakap.
“Penghijrahan itu untuk anak-anak,” ujarnya.

Mengikut perancangan, mereka sekeluarga akan ke Eropah selepas hari raya Aidilfitri.
Edry berkahwin dengan Mulia Mohammed pada November 1999. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Emil, Edylia, Emery dan Elya. 

Sepanjang pembabitan dalam dunia muzik, KRU meledak dengan deretan lagu seperti Awas, Mengerti, Ooh! La! La!, Apa Saja, Jangan Lafazkan, Janji Tinggal Janji, Fanatik, Impak Maksima, Di Dalam Dilema, Salah Siapa, Semuanya OK dan Babe. Sementara itu, mereka juga mengumumkan penerbitan album kompilasi yang memuatkan 29 lagu popular dan sebuah single bonus berjudul Tahan Lama, yang turut menampilkan Joe Flizzow.
Dalam masa sama, KRU sebagai sebuah syarikat media dan hiburan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.

Kini tiada lagi lagu-lagu terbaru dari kumpulan KRU, apa-apa pun terima kasih kerana menghiburkan kami semua selama ini.







P/S: Ikut hati hari tu nak pergi tengok Konsertnya, tapi ...sudah ada event yang menunggu..


Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. kita membesar dengan lagu2 dorang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn sama kita, tapi kita membesarkan anak dengan lagu-lagu dia @Hernee..hehehe tidurkan anak pun bukak lagu KRU ..

      Delete
  2. Assalamualaikum lin...lama mereka bertahan...semoga mereka berjaya dlm kerjaya masing2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull...Betul Maa..masing-masing dah berusia, tiba masa luangkan masa dn perhatian kepada keluarga masing-masing .

      Delete
  3. Kalau dibubarkan pun nama mereka tetap gah di hati kita sebab lagu2 dia masih dikenali .. lepas ni mesti dapat anugerah apa2 untuk memperingati kegigihan diorang selsma ni dalam industri muzik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul @TenkuButang..Nama mereka akan terpahat sebagai sejarah dan masuk dah dalam wikipedia..Kump anak muda tiga beradik yang sungguh berbakat ..

      Delete
  4. baru tahu ap mksud kru sbnrnya. tapi betul tindakan edry tu. masa untuk anak pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Ayunie..kalau tak memang tak tau kan..Sedih rasa..

      Delete
  5. patutlah dalam radio keluar lagi kru je.
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Mar..nostalgia betul laaa.
      Memang akan jadi ingatan sampai bila-bila..
      Banyak kenangan Sis dengan setiap lagu dia huhuhu..

      Delete
  6. Fanatik
    Fanatik
    Fanatik...
    Fanatik nya duniaku ... :p

    Hari2 layan cd ni...jom karoks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboii kemain awak ye @REtna hohohoh...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!