Assalamualaikum wbt.
TIPS MINUM AIR SECUKUPNYA DI BULAN PUASA | Alhamdulilah, sudah masuk kita ke bulan Ramadhan dan hari ini hari pertama 1 Ramadhan 1439H. Syukur alhamdulilah di berikan kesempatan menemui bulan Ramadhan lagi. Macam mana semalam? Sempat dan dapat Terawikh di Mesjid/Surau ? Alhamdulilah, seronok mendengarnya. Tak kisah di Mesjid ke di rumah ke, janji ada niat dan dapat laksanakannya hingga selesai.
Sahur macam mana? Sahur apa pagi tadi? Biasalah kalau hari pertama ni mesti meriahkan menunya. Sama juga macam kat rumah ni. Tiap-tiap tahun kalau puasa, menu pertama bersahur memang beriye orang kata, kasi pembuka selera. esok-esok nengok nasi pun dah taknak kan?. Permintaan Suami macam biasa, 6 ketul ayam tua masak ungkep, ikan siakap goreng 2 ketul, kobis masak bening air. Tu menu memang tiap-tiap tahun, tiap kali Sahur pertama. Beriyekan ? Tapi meriah, makan waktu pagi, dengan mengantuknya masing-masing, tapi alhamdulilah bertambah nasi semua he he he. Licin lauk semua.
Time puasa ni memanglah tak bole minum air kan? Memang kalau time puasa, kita akan kekurangan air, hanya minum waktu Sahur dan berbuka, itupun korang minum air maniskan? Betul tak? Jadi bila masanya korang nak cukupkan minum air kosong sekurangnya 8 gelas sehari tu? Sebab tu kita rasa lemah badan time puasa, sebab kurang air. Time Sahur tu, elakkan kalau boleh minum air ais, memang akan rasa haus di siang hari. Dulu Sis pun tak tau, tapi ada terbaca satu artikel, dia kata macam tu, terus Sis dah tak minum ais. Kalau tak, selesai je makan Sahur, mesti nak minum ais sejuk. Melampaukan he he he.
Gambar carian google. |
Haa tengok tu, tu tips untuk kita minum air cukup lapan gelas sehari. Cuba malakan dan praktikkan sepanjang puasa ni, biar badan tu cergas, sihat dan tidak lembik. Kalau tak jangan kata badan je lembik, sistem pembuangan pun jadi susah juga, sebabnya kurang minum air. Betul tak?
Kalau tak puasa, bolehlah kita minum aje, tapi kalau dah puasa, haa time bila nak minum dan cukup minum airnya kan? Jadi cubalah minum pada waktu-waktu yang di atas. Mesti cukup lapan segelas sehari kan.
1 gelas selepas azan Maghrib
1 gelas selepas solat Maghrib
1 gelas selepas makan
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas Tarawikh
1 gelas sebelum tidur
1 gelas selepas bangun sahur
1 gelas selepas makan sahur
Total: 8 gelas sehari.
Bagi seseorang yang kurang minum air, ia akan meningkatkan risiko terkena penyakit seperti batu karang, sakit kepala, sakit sendi dan otot, lesu pada wajah dan kehausan. Air kencing juga akan berbau kuat dan berwarna kuning pekat yang menandakan seseorang itu mengalami hidrasi.
70 peratus daripada badan kita adalah air. Tubuh badan kita amat memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan. Selain ia diperlukan untuk membekalkan nutrien kepada organ tubuh badan, ia juga bertidak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh, menjadi agen pembuang bahan toksik dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ badan.
Jadi..minumlah air secukupnya walaupun korang berpuasa. ok!
P/S: Tetiber terbayang cendol ha ha ha..Opssss.. :p
Wahhhh.. Kagum giler baca menu sahur Lin sekeluarga. Kalau kita msk mcm tu alamatnya jadi phiasan atas meja ajelah Lin.. Hihi
ReplyDeleteHahaha setahun sekali dan hanya pada awal puasa aje, mesti menu yang itu Kak @Seri hehehe
Deleterasa kembung perut minum air waktu malam je..tapi kalau tak ckup air nanti badan letih pulak..
ReplyDeleteKann @SitiRohaida, Sis pulak memang kuat minum air, tapi suka minum waktu malam..siap le bangun dua tga kali kencing huhuhu
DeleteAssalamualaikum lin...mmg kena juga minum walau rasa mcm byk sgt minum air tu...bukan apa utk kesihatan kita kn..
ReplyDeleteWaalaikumussalam Mama @Maszull..Ye Maa, kalau tak minum cukup air jd lesu lembik badan..
Deletefuh..rasa mengah nak minu.
ReplyDeleteAlaaa cubalah dulu @Mar hehehe tengok mengah ke tak mengah, kadang lepas terawikh haus gak hehehe
Deleteuyul tak cukup kot 8 gelas.
ReplyDeleteUyul Rosli | JDTBlogger
Tak cukup, sila cukup mencukupikannya ye @Uyul hehehe
Delete