BERAKHIRNYA CABARAN MEMANCING MALAYSIAN SURFCASTING SIRI PERTAMA - PEMENANG UTAMA BAWA PULANG WANG TUNAI RM70,000

Sis Lin
10
BERAKHIRNYA CABARAN MEMANCING MALAYSIAN SURFCASTING SIRI PERTAMA - PEMENANG UTAMA BAWA PULANG WANG TUNAI RM70,000 | MELAKA Ahad 17hb Mac 2019 telah berlangsungnya pertandingan memancing siri pertama Tourism Malaysia Surfcasting Tour...A Journey To VMY2020, anjuran Tourism Malaysia bekerjasama dengan Wakjali Event Management, syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam menganjur dan mengendalikan pertandingan memancing di negara ini, di Pantai Puteri Melaka.

Pertandingan memancing telah bertapak di negara ini sejak puluhan tahun lalu. Namun, sejak kebelakangan ini, acara ini telah menjadi antara acara yang paling mendapat sambutan bagi rakyat negara ini. Berikutan sambutan menggalakkan masyarakat serta dorongan bagi mempromosikan lokasi baru pelancongan berasaskan aktiviti memancing, Tourism Malaysia mengambil langkah proaktif bagi menganjurkan Tourism Malaysia Surfcasting Tour…A Journey To VMY2020

Bagi mengendalikan acara ini, pihak Tourism Malaysia akan bekerjasama dengan Wakjali Event Management, syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam menganjur dan mengendalikan pertandingan memancing di negara ini. Wakjali Event Management yang ditubuhkan pada 2004, telah menganjurkan lebih 600 kali pertandingan memancing di seluruh negara dan memegang rekod dalam Malaysia Book Of Records sebagai Penganjur Pertandingan Memancing Paling Ramai Peserta pada 2007 dengan penyertaan sebanyak 3,986 peserta.

Sis berkesempatan semalam mengikuti acara ini buat kali pertamanya bersama rakan-rakan media yang lain, dan berkesempatan melihat aksi dan gaya tersendiri para pemancing beraksi. Walaupun dalam cuaca panas terik, semangat memancing dan minat itu, tidak menghalang mereka untuk datang dari jauh semata untuk sertai pertandingan ini. Ada antara mereka yang datang dari Pantai Timur dan juga Utara. Syabas buat semua!




MENARIK PELANCUNG LUAR NEGERI 

Selain dijangka menarik minat pemancing tempatan, acara ini juga dijangka menarik penyertaan daripada negara-negara Asean, khususnya Singapura, Thailand dan Indonesia. Penganjur mensasarkan sebanyak 2,000 peserta akan mengambil bahagian dalam setiap siri pertandingan. 

Para pemancing semua tetap setia menunggu umpan mereka di makan ikan dari awal hinggalah ke masa penamat. Bermacam aksi gelagat yang dapat Sis tengok semalam. Ada yang berkhemah dari malam semalamnya bersama anak dan juga isteri. Dan ada juga yang datang berkumpulan dan perseorangan. Sangat meriah. Peyertaan untuk siri pertama ini lebih dari 1000 orang. 

Sebanyak sepuluh lokasi dipilih bagi penganjuran acara ini, kebanyakannya adalah kawasan pantai. Dan semalam berakhirnya siri pertama dari sepuluh siri yang akan berlangsung. 




Majlis Perasmian - Siri Pertama

Untuk siri pertama yang berlangsung semalam, majlis telah di rasmikan oleh Datuk Ammar Abdul Ghafur (Senior Director, Domestic and Event Tourism Malaysia) di Pantai Puteri Melaka pada jam 8am. Sejauh lebih 2.5km sepanjang Pantai Puteri di penuhi oleh para pemancing yang mengambil bahagian. 

Menurut kata Datuk Ammar, acara seumpama ini dapat menarik ramai lagi penyertaan dari dalam dan luar negeri untuk turut serta juga sebagai satu daya tarikan pelancung luar untuk melihat acara memancing ini. Selain dari itu juga, sepanjang acara ini berlangsung, peniaga-peniaga umpan dan juga makanan dan minuman turut serta menjual sebagai menambah rezeki pada hari acara ini berlangsung. 

Bagi merealisasikan hasrat Tourism Malaysia supaya acara ini dapat disertai seluruh lapisan masyarakat, yuran penyertaan rendah dikenakan bagi setiap penyertaan iaitu RM80.00 untuk satu joran. Setiap peserta hanya dibenar menggunakan dua joran bagi setiap siri.

Di sepanjang pantai itulah pertandingan bermula. Pada mulanya Sis tertanya juga, 'ada ke ye ikan?', tak terfikir pulak ada ikan di pantai, tapi bila dapat melihat sendiri acara ini, oh baru tau, ada juga ikan yer. Tapi tidaklah banyak spesis, yang Sis nampak banyak ikan Daun Baru. Uii goreng pun sodap weii.. hehehehe




Hadiah Lumayan Para Peserta Dan Hadiah Cabutan Bertuah 
- 10 Pusingan -

Pertandingan ini bakal menjadi acara memancing terbesar pernah diadakan di negara ini dengan menawarkan hadiah keseluruhan bagi sepuluh pusingan bernilai RM1,449,500.00. Selain hadiah wang tunai yang ditawarkan, penganjur turut menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk televisyen LED 60’, enam televisyen LED 32 inci, barangan memancing dan hamper. Setiap penyertaan akan menerima satu resit hadiah cabutan bertuah.

Bagi memastikan acara yang dilangsungkan ini patuh syariah, pihak Tourism Malaysia telah memutuskan bahawa semua hadiah yang ditawarkan pada hari pertandingan tidak akan menggunakan duit penyertaan. Ini bermakna, hadiah wang tunai sebanyak RM117,950.00 telah disediakan terlebih dahulu oleh penganjur sebelum sebarang bayaran penyertaan dikutip oleh penganjur.

Sebaliknya semua hadiah telah disediakan terlebih dahulu oleh penganjur demi memastikan acara yang dilangsungkan ini tidak tergelincir daripada matlamat asal pertandingan.

Hadiah Pusingan 

Bagi setiap pusingan, juara akan membawa pulang wang tunai RM70,000.00, naib juara RM12,000.00 dan ketiga RM5,000.00. Pemenang keempat pula menerima RM1,000, kelima (RM700), keenam hingga sepuluh (RM450.00) manakala pemenang ke-11 hingga 100 akan menerima RM300.00.

Hadiah bagi setiap pusingan adalah seperti berikut:

1: Hadiah wang tunai : RM117,950.00
2: TV LED 60’ (1 unit) : RM4,000.00
3: TV LED 32’ (6 unit) : RM4,800.00
3: Hamper (50 unit) : RM4,000.00
4: Peralatan memancing : RM2,000.00

Jumlah : RM132,750.00
Jumlah bagi 10 pusingan : RM1,327,500.00


Hadiah Grand Slam:

1: Juara Perodua Myvi : RM46,000.00
2: Naib Juara Perodua Bezza : RM44,000.00
3: Ketiga Perodua Axia : RM32,000.00

Jumlah : RM122,000.00




Pengiraan Mata / Markah 

Peserta yang mengumpul mata tertinggi daripada sepuluh pusingan akan ditabalkan juara dengan membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi, naib juara menerima Perodua Bezza manakala pemenang ketiga menerima Perodua Axia.

Bagi menggalakkan pemancing menyertai semua acara di seluruh negara, penganjur menetapkan mata bonus 2 mata bagi setiap penyertaan. Ini bermakna, setiap kali peserta mengambil bahagian di lokasi yang telah ditetapkan, peserta berkenaan akan menerima 2 mata Grand Prix secara automatik.
Sistem ini boleh menggerakkan pemancing untuk hadir ke semua acara yang dilangsungkan di seluruh negara. Ini bagi mengejar mata yang ditawarkan untuk menjuarai kejohanan.

Berikutan acara ini adalah berkonsepkan Grand Prix, pihak penganjur menggunakan sistem mata seperti berikut:

CADANGAN MATA BAGI SETIAP SIRI

Kedudukan Mata

Juara 25
N Juara 24
Ketiga 23
Keempat 22
Kelima 21
Keenam 20
Ketujuh 19
Kelapan 18
Kesembilan 17
Ke - 10 16
Ke - 11 15
Ke - 12 14
Ke - 13 13
Ke - 14 12
Ke - 15 11
Ke - 16 10
Ke - 17 9
Ke - 18 8
Ke - 19 7
Ke - 20 6
Ke - 21 - 100 5
Ke - 101 - 200 4




Pemenang Malaysian Surfcasting siri pertama Tourism Malaysia Surfcasting Tour...A Journey To VMY2020, anjuran Tourism Malaysia

Juara tempat pertama membawa pulang RM 70,000 wang tunai dab juga hamper. Manakala tempat kedua dan ketiga membawa pulang wang tunai Rm 12,000 dan juga RM 5,000 beserta hamper. Tuah ayam nampak di kaki, tuah mereka nampak di batang kali, waaa pantun dua kerat Sis menjadi hehehe. 

Tahniah juga buat semua pemenang-pemenang tempat ke-4 hingga ke 100, juga pemenang cabutan bertuah. Tak pasal-pasal dapat rezeki bawa balik tv 60'inci kan..rezeki rezeki.. Siri berikutnya nak suruh Suami Sis join juga hahahaha. 

Dan selepas berakhirnya siri pertama ini, Tourism Malaysia Surfcasting Tour...A Journey To VMY2020 siri seterusnya akan berlangsung di lokasi lain pula. Para pemancing yang ingin mendaftar bolehlah mendaftar ikuti info dan perkembangan seterusnya. 


Cabaran memancing Tourism Malaysia Tour - A Journey To VM2020 tawar RM1,449,500.00

Tarikh Lokasi Pantai Dan Masa -  Siri Seterusnya. 

17 Mac 2019 Pantai Puteri, Melaka 1.8m/7.02pg
13 April 2019 (Sabtu) Pantai Bisikan Bayu, Kelantan 1.3m/9.07pg (akan datang)
28 April 2019 Pantai Remis, Selangor 2.8m/11.00pg
29 Jun 2019 (Sabtu) Pantai Telik Lipat, Dungun, Trg 2.6m/1.30ptg
28 Julai 2019 Pantai Marina Island, Perak 2.5m/1.01ptg
11 Ogos 2019 Pantai Sepat, Pahang 2.5m/7.12 pg
22 Sept 2019 Port Dickson, N Sembilan 2.2m/11.16pg
9 Nov 2019 Pantai Pontian, Johor 1.8m/12.44tgh
7 Dis 2019 (Sabtu) Pantai Kuala Perlis 2.0m/9.27pg
29 Disember 2019 Tasik Titiwangsa/Tasik Putrajaya. Tasik

Bagi menggalakkan pemancing menyertai semua acara di seluruh negara, penganjur menetapkan mata bonus 2 mata bagi setiap penyertaan. Ini bermakna, setiap kali peserta mengambil bahagian di lokasi yang telah ditetapkan, peserta berkenaan akan menerima 2 mata Grand Prix secara automatik.
Sistem ini boleh menggerakkan pemancing untuk hadir ke semua acara yang dilangsungkan di seluruh negara. Ini bagi mengejar mata yang ditawarkan untuk menjuarai kejohanan.

Bagi penyertaan awal pula, peserta boleh membuat pendaftaran menerusi akaun Maybank yang akan dimaklumkan seminggu sebelum pertandingan. Penganjur menawarkan 1,200 kemeja T bagi peserta yang mendaftar awal. Setiap peserta dibenarkan mendaftar dua joran (maksimum) bagi setiap siri. Ini bagi mengelakkan manipulasi pertandingan bagi mengejar kejuaraan keseluruhan.


Syarat Pendaftaran 

Bagi memastikan semua peserta mematuhi syarat dan peraturan pertandingan yang diguna pakai dalam pertandingan ini, penganjur akan menggunakan pendaftaran berkomputer bagi mengesan sebarang cubaan pendaftaran yang lebih daripada had ditetapkan. Berbanding dengan sistem pendaftaran yang selalu diguna pakai dalam mana- mana pertandingan sebelum ini, penganjur menetapkan semua maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat, nombor telefon perlu dinyatakan dengan jelas di dalam borang pendaftaran.

Borang pendaftaran boleh didapati di laman web www.wakjalitour.my atau peserta boleh mendapatkannya di kaunter pendafataran. Pendaftaran menggunakan nama samaran adalah tidak dibenarkan.

Peserta juga perlu memastikan semua maklumat yang dicatat pada resit pendaftaran adalah tepat bagi mengelak sebarang masalah pada sistem penghakiman berkomputer atau ketika pengumpulan mata Grand Slam. Bagi memudahkan peserta memahami syarat dan peraturan acara ini, pihak penganjur akan menyediakan satu set buku Syarat Dan Peraturan Pertandingan di kaunter pendaftaran. Peserta juga boleh mendapatkan set syarat berkenaan di laman web di atas.

Ini berikutan, beberapa spesis ikan tidak akan dipertandingakan dalam pertandingan ini, yang berbeza dengan pertandingan anjuran penganjur lain. Justeru bagi mengelak sebarang masalah, penganjur mengharapkan setiap peserta yang mengambil bahagian dapat membaca dan memahami syarat dan
peraturan yang disediakan.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi urusetia di talian 019-6203040, 012-2141401,
013-3838655 dan 012-6823479.


Terima kasih Tourism malaysia 💓


P/S: Pengalaman yang tak akan dapat Sis lupakan. Rasa macam Sis nak daftar sekali hohoho ..

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. hahahaahhaa tulerrr dftarr je.. mne tauu sangkutt ikan ke kan.hahahaha xpun menang cabutan bertuah.. 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bagitau Suami, suruh dia join nanti yang kat Trengganu, manalah tau rezeki kann @Farahain hehehehe jom le join sekali hahahaha untung-untung dapat belut hahahahaha

      Delete
  2. kagum sebenarnya dengan peserta2 ni..gigih dan bersabar tunggu umpan dimakan ikan..dalam panas terik lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, kita yang bawah khemah pun tak larat menunggu kan @Sunah..panas dia terik gilerr...

      Delete
  3. wahhh.. meriah betul.. hadiah pun lumayan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr @Dilah, meriah, lebih dari 1000 orang sertai pertandingan ni...

      Delete
  4. lumayan betul hadiah yang ditawarkan,,kaki pancing memang wajib join ni

    ReplyDelete
  5. Sis..suruh husband daftar la..dia kan boleh memancing? bestnya hadiah...memancing je dapat duit banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bagitau dia dah, macam menarikkan @Suria kann..heheheh tapi ni mancing pantai, Suami tak berapa gemor ...heheheh

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!