SEPASANG BAJU RAYA HARGA MENCECAH SEHINGGA RATUSAN RINGGIT, BERBALOI KE?

Sis Lin
8
SEPASANG BAJU RAYA HARGA MENCECAH SEHINGGA RATUSAN RINGGIT, BERBALOI KE? | Sebelum nak tulis panjang-panjang lagi, nak minta maaf dan bagitau dulu. Ini bukan post kecaman atau berkaitan sesiapa ye, ini hanya sebagai luahan dan pendapat peribadi Sis sahaja. Ampun maaf jika ada yang terasa.

Siapa makan cili takde sini, sini hanya makan nasi aje. hahahaha.

Berbalik pada tajuk, korang rasa berbaloi ke beli baju raya beratus-ratus harganya? Sehinggakan sehelai di jual harga rm300 hingga ke rm600 sepasang. Baik di IG, Facebook mahupun secara live depan mata di kedai dan shopping mall terkemuka.

Sejujurnya Sis belum pernah lagi pakai baju raya yang harganya melebihi dari rm200 sebelum-sebelum ni. Bukan tak mampu nak beli, tapi sebelum ni, bila mata nampak je yang berkenan, itu yang cantik dan terus beli dan harga pun tak mahal.

 Cuma pada tahun ni boleh Suami pilih dan belikan dan harganya rm250. Terbeliak mata Sis ko masa Suami nak bayar. Sis kata tak payah ler, nanti pakainya sekali dua aje, tapi Suami kata takpe, cantik dia suka, huhuhu. Haaa tu mata dia.

Berbaloi?

Entahlah, kalau yang kenal Sis memang akan taulah, makanya akan di pakai sekali dua ajelah, nanti selepas tu memang jarang sekali Sis pakai baju kurung, melainkan ada event tertentu sahaja, baru Sis pakai. Ada separuh tu dah di bagi orang baju tahun-tahun sudah, masih elok lagi. Sebab pakainya memang sekali dua aje.

Kenapa ye harga baju raya mahal dan semakin mahal?

Memang jauh beza dulu dengan sekarang punya harga. Sekarang memang susah nak cari baju harganya rm100 dengan design yang cantik dan puashati. Kalau ada pun hanya kurung biasa aje. Kalau nak cantik lagi, haa harga dah lain dah, dah cecah lebih rm150 pulak. Ermmm...

Tu belum lagi ikut fesyen terkini ke, lagi harga mahal.

Sis tenung-tenung baju yang Suami belikan, kenapalah mahal kedaung ni. Agaknya sebab kainnya ke? Design dia ke? Belinya pun bukanlah dalam butik, hanya di Pasar Smart tu jer, pun harga mahal oii. Lainlah kalau dalam butik ekon, ye le mahal, ni kedai dalam pasar aje..ermmmmm so korang fahamlah kan, harga butik dengan harga di jual di bazar ke, sama jerr.

Yang beza, korang boleh minta tawar kalau beli di bazar, kalau di butik harga dah muktamad. Tiada talian hayat. Hahahaha

Dan mungkin ada sebab tersendiri yang kita tak perlu tau kenapa di jual mahal.Tak payah fikirlah, buat pening head ajer.

Nak malu apa boskurrr beli baju di pasar, apa...berdosa ke? Haram ke? Sis ko jenis tak kisahlah beli baju di mana. Bazar raya pun Sis layan, lagi kalau bazar Kota Tinggi tu, perghh best gile oii, takdenya nak ke butik-butik besar ke apa ke. Janji syukur ada baju raya ye sudah.

TAPI ...

Anak-anak muda sekarang punya pilihan, kuss semangat...kalah Sis ko zaman muda oii..semua nak ada 'kelass', nak ada nama branded nak yang retis-retis atau yang viral...tak payah cakap anak orang, anak Sis ye sudah contohnya hahahaha..

Beli kemain cerewet, kalau merayap, sampai lenguh kaki oiii, macam nak demam Emaknya kalau teman. Kalau Johor ni rasanya boleh habis semua kedai masuk, belinya nasib le kalau jumpa, kalau tak jumpa, esok-esok sambung lagi cari.

Entahlah kenapa, mungkin peredaran zaman, up to date katanya, atau mungkin sejak ada jualan online di IG, FB, so banyak terdedah di situ. Sis ko ni je jakun kolot ke entahlah...tapi bagi Sis kalau baju raya beratus ringgit tu, memang MAHAL, dan sampai jadi fikiran dalam otak berhari-hari duk mikir dan tenung baju 'apsal le baju aku ni mahal sangat' hahahahaha...adeiii

Yer itu Aku Sis Lin...

Kalau korang mungkin berbeza pendapat dan citarasanya. Ikutlah suka dan pilihan masing-masing yer nak bergaya. Kalau mampu, ye beli, satu kepuasan buat diri sendiri...cuma jangan beli dalam keadaan riak, lain jadinya yer..


Dewi Sambi Tenun.

Dan nak kongsi dengan korang semua. Apa erti berbaloi dan puashati kalau bagi Sis beli mahal-mahal hahahaha..

Puashati dan berbaloi beli sebab 1 pasang 1 design [HANYA sepasang aje untuk satu design dan saiz]. Maksudnya di sini, kalau korang beli, hanya korang sahaja seorang yang pakai hehehehe. Haaa tu tu baru betul puashati! Hehehehe..

Ko pakai akan selamat dan takkan sama dengan orang lain, gituuu...

Harga sepsang? Duit rupiahnya dalam 1 juta sahaja. Tu pun suka sebab dia fesyen ala kebaya labuh dan berseluar ala palazo, bukan kain. So bolehlah buat lasak pakai kemana-mana.

Yerr, dan yang ini Sis mengaku, Sis beli sendiri untuk reward diri sendiri menggunakan duit sendiri. Lama nak beli. Alhamdulilah dapat beli juga akhirnya. Kira berbaloilah Sis beli dengan duit hasil titip peluh jari menaip blog ni haa hehehehe..

Kalau korang nak tengok koleksinya, korang boleh datang terus walk in di boothnya di Jusco Bukit Indah.

Apa yang korang nengok kat boothnya, akan hanya ada satu design, satu pasang dan satu saiz sahaja.

Silap-silap esok Sis ko dah pakai nak pergi berbuka puasa hahahaha...opsss





P/S: Saiz XL bukan sebab Sis ko ni besar sangat tak mengaku gemuk tapi Dewi Sambi hanya ada dua saiz sahaja yang mereka design dan buat. Medium dan Xtra Large sahaja.
Tags

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tak salah sekali sekala encik suami,belikan baju yang memahal macam utk isteri . Janji dia,mampu & tengok isteri dia cantik bila,pakai baju yang dia pilih . Memang baju2 sekarang harganya lebih jauh mahal berbanding dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr begitulah Cik @Cappuccino, tahun ini pakai baju agak mahal sedikit, walaupun banyak kali fikir, kenapa mahal sangat huhuhu...

      Delete
  2. Takde masalah bagi yang beruang.
    Eh berwang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar @Warisan, tapi kena beringatlah, perlu atau tidak kan...

      Delete
  3. Sy rasa tak berbaloi ..ye lah pakai raya je...lepas raya simpan dlm almari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama pendapat dengan Sya @Cikguzim..Saya sendiri pun gitu...hehehehe

      Delete
  4. atas pilihan masing- masing. ukur baju di badan sendiri, kalau mampu beli x mampu jangan tanggung :D. bagi saya 250 tu kira mahal dah huu,jangok dooh ore kelate cakap :D.. kadang2 yang terlalu mahal kain terlalu berat dan macam panas nak dipakai dengan bunga2 timbul n labuci2 huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Wani, contoh tahun ni, design lace, itu agaknya yang buatnya mahal mungkin..
      Kalau mampu pun fikir aje lah perlu ke tidak nak beli hehehehe...dari beli tergantung aje nanti dalam lemari ....*Itu Sis ler...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!