HARI BAPA adalah hari untuk kita mengenang kembali jasa dan pengorbanan seorang insan yang dipanggil ayah,. Tak kisah apa pun gelarannya, mereka punya nilai yang mesti kita hargai, kita sanjungi dan kita ingati.
Pada hari ini , sekali lagi kita berpeluang menyambut hari yang cukup bermakna ini terutamanya kepada seseorang yang telah digelar "bapa". Jasa dan pengorbanan seorang bapa sangat besar terhadap anak-anak. Menyediakan berbagai keperluan, makanan, pakaian serta pendidikan sudah cukup untuk menggambarkan betapa besarnya pengorbanan seorang bapa.
Hari bapa merupakan peluang yang amat sesuai untuk anak-anak menunjukkan penghargaan serta sanjungan mereka terhadap seorang bapa yang telah banyak berkorban. Sudah menjadi kebiasaan pada hari ini anak-anak akan mengucapkan selamat hari bapa dan kemudiannya memberikan hadiah yang cukup bermakna kepada bapa mereka.
Bagi seorang bapa walaupun hadiah yang diberikan tidaklah seberapa harganya namun itu sudah mencukupi bagi mereka, kerana bagi golongan ini kasih sayang serta perhatian yang ditunjukkan anak-anak yang mereka mahukan.
Buat Suami Sis..
Selamat Hari Bapa kepada anak-anak kita. Moga Allah kuatkan kesabaran, kekuatan mencari rezeki dan sihatkan tubuh badan selagi nyawa di kandung badan ..
Buat Abah ..
Moga tenang, aman damai di sana bersama kalangan golongan orang-orang yang beriman..aamiinn
Al-Fatehah ..
“Mana-mana lelaki boleh menjadi seorang bapa. Ia mengambil seseorang yang istimewa untuk menjadi ayah.” ~ Author Unknown
P/S: Anak-anak sibuk nak surprisekan Ayahnya..hehehehe so tunggu..
Moga bapa kita sama ada yang masih ada atau yang telah tiada sentiasa dilindungi Allah SWT..di dunia mahupun di akhirat kelak.
ReplyDeleteAamiinn, insyaAllah mudah-mudahan yaaa @PC ..
DeleteKita sentiasa membawa nama bapa bersama2 nama kita
ReplyDeleteBenar @Warisan, sentiasa! ..
Delete