Persoalan mereka "Patutkah kita memuji-muji doktor tersebut sedangkan beliau tidak bertudung kepala dan agak seksi?".
Walaupun kita rasa persoalan seperti itu tidak wajar, namun itulah persoalan yang bermain dalam fikiran sebahagian mereka yang terkena versi kefahaman Islam yang bersifat punitif. Kadang-kala bukanlah salah mereka, sebab mereka telah dididik dalam versi kefahaman agama seperti itu.
Kefahaman agama mereka bersifat begitu menghukum sesuatu kekurangan yang mereka lihat pada seseorang dan gagal melihat kebaikan-kebaikan lain yang ada pada individu yang sama. Versi kefahaman atau cara fikir seperti itu menjadikan mereka memilih satu amalan yang menjadi satu ukuran utama mereka seperti bertudung, atau menyokong perjuangan mereka atau seumpamanya.
Itu dijadikan penentu tunggal bagi kebaikan dan keburukan seseorang. Segala amalan baik akan dinafikan jika tidak mempunyai ciri yang mereka pilih itu.
Mereka itu lupa bahawa di akhirat kelak, ALLAH menimbang dengan adil setiap kebaikan dan kejahatan seperti yang ALLAH nyatakan dalam Surah al-Zalzalah.
Mereka juga lupa al-Quran dalam Surah al-Qari'ah menyatakan bahawa sesiapa yang pahalanya mengatasi dosanya maka dia akan ke syurga. Sesiapa yang sebaliknya, maka dia ke neraka.
Ertinya, penilaian ke syurga bukan dibuat atas siapa yang tidak mempunyai dosa, tetapi siapa yang pahalanya mengatasi dosanya.
Mereka lupa dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan selainnya Nabi s. a. w. memberitahu bagaimana diampun dosa pelacur kerana memberi minum kepada anjing yang kehausan hampir mati. Tentulah betapa lebih layak untuk mendapat keampunan seseorang yang memberi minum atau menyelamatkan nyawa manusia yang terancam jika dilakukan dengan jiwa yang kudus.
Ya, dosa tetap dosa.
Kita tidak menghalalkan dosa disebabkan sesuatu kebaikan yang lain. Namun, kita tidak boleh menafikan kebaikan seseorang disebabkan satu dosa yang lain.
Boleh jadi orang yang kita lihat melakukan sesuatu dosa itu, dia lebih baik di sisi ALLAH disebabkan pahalanya yang lain atau kemurnian niatnya yang kita mungkin tidak tahu.
Boleh jadi kita yang tidak melakukan dosa tertentu ini, lebih buruk di sisi ALLAH disebabkan dosa yang lain.
Justeru, janganlah kita cuba menentu syurga dan neraka sesiapapun. Tugasan kita hanya memberitahu bahawa itu dosa, ini pahala. Pahala boleh membawa ke syurga, sementara dosa boleh membawa ke neraka. Beritahu apa yang ALLAH suruh dan apa DIA larang.
Adapun kedudukan pelaku dosa dan pahala di sisi ALLAH, hanya DIA yang maha tahu. Dia Yang Maha Mengetahui hakikat keseluruhan hidup seseorang zahir dan batin. DIA yang mengetahui timbangan antara dosa dan pahala seseorang.
Kemudian kita hendaklah kita tahu di sana ada dosa peribadi hanya antara hamba dengan TuhanNYA tanpa membabitkan hamba-hamba ALLAH yang lain. Dosa jenis ini mudah diampunkan oleh ALLAH. Di sana pula ada dosa yang membabitkan kezaliman antara kita dengan hamba-hamba ALLAH yang lain.
Dosa ini tidak diampuni sehingga kita memohon kemaafan atau membayar pahala kita di akhirat kelak. Jika tidak, kita mesti menanggung dosa orang yang kita zalimi. Inilah yang Nabi s. a.w tegaskan dalam hadis riwayat Muslim.
Maka, boleh jadi ada orang yang di mata kita lekeh disebabkan dosa peribadi seperti tidak menutup aurat, namun dia kurang melakukan dosa dengan hamba-hamba ALLAH yang lain.
Boleh jadi orang yang kita pandang tinggi dengan penampilannya, tapi betapa banyak dosanya dengan hamba-hamba ALLAH yang lain.
Justeru, janganlah kita menafikan kebaikan orang lain disebabkan sesuatu kekurangan yang kita lihat. Ini tidaklah bererti menjustifikasi dosa yang dia lakukan, tapi kita dituntut untuk adil dalam menilai orang lain.
Dosa dinilai dosa, baik dinilai baik.
Ada dosa tidak semestinya tiada kebaikan.
Ada pahala tidak semestinya tiada dosa.
Akhirnya, hendaklah kita sedar, kita semua sebenarnya pendosa.
Cumanya, antara yang diketahui orang dan tidak ketahui oleh orang lain. Seperti mana kita mahu orang adil kepada kita, maka adillah kita terhadap setiap orang. Apa yang salah ia tetap salah tetapi tidak bererti menafikan kebaikan yang lain jika ada. Apa yang baik tetap baik, tetapi tidaklah menjustifikasi dosa yang lain.
'Don't Judge a Book by its Cover' ..
#SisSharing
P/S: Kenapa masih ada orang yang sibuk atas kebaikan orang? Sedangkan cuba tanya diri sendiri, apa yang kau dah buat untuk diri sendiri kepada orang lain? ...
siapa lah kita ni untuk pandai2 jatuhkan hukum pd org lain, benda yg salah dia buat tu kita jgnla ikut, tp yg baik kita jadikan ikutan...
ReplyDeletetp kadang mentaliti org kita kak, yg tak bertudung tu jahat, yg bertudung litup tu ahli syurga... huhuhu
suka ayat last tu, kita semua adalah pendosa
Benar @Norhidana..
DeleteKita semua pendosa...lebih baik kita fokus untuk tingkatkan amalan kita dari kita terus menghukum amal orang ..
Bersangka baik, fikir yang baik2, doakan yang baik2
ReplyDeleteBenar, insyaAllah semuanya akan baik-baik aja..
DeleteSebab tu elok diam dari dari keluarkan kata-kata yg x sepatutnya..apa amal kebaikkan dan dan keburukkan bukan kita yg menilai..elok bersangka baik..doakan yang terbaik..SA pun blom bertudung..mana tau akan datng lebih istiqomah...
ReplyDeleteYerr @Suria, tak berani nak komen apa-apa, ni pun share sekadar setuju apa yang Dr Maza tu huraikan..
DeleteKita semua pendosa...
Manusia suka lihat keburukan berbanding kebaikan..
ReplyDeleteMemang benar tidak bertudung itu dosa..tetapi itu urusan dia dengan Allah SWT.
Mana tahu lepas kawin insaf dan.jadi muslimah sejati..
Yang terbaik doakan hidayah untuk dia dan untuk.saya
Aamiin
Setuju Tuan @Hanafi, saya dulu pun dah berumahtangga dan anak 3 baru bertudung..alhamdulilah hidayah Allah tu bila-bila masa akan ada untuk sesaorang ...
Deletekita yg buat baik bertudung litup pun belum tentu Allah nk terima amal kita. kita tak tahu mcm mn pengakhiran hidup kita dan dia... even dlm hadis pun nabi pernah ckp, ada pelacur yg beri minum anjing dan meninggal dunia. then Allah letakkannya dalam syurga. sama2 berdoa agar dia, kita dan yg lain sama2 diberkati hingga ke nafas terakhir...
ReplyDeleteBetul Dear @Anies...kadang belum tentu apa yang kita buat di terima atau tidak oleh Allah..mungkin juga mereka itu lebih baik dari kita...
DeleteKita kena fokus pada amal kita aje, dan banyak-banyak berdoa sesama kita.. Tidak ada manusia yang sempurna ...
Setiap kebaikkan atau keburukkan yang dilakukan ada alasannya dan ganjarannya. Itu semua biar Allah SWT yang tentukan. Kita ni masing-masing kena terus perbaiki diri.
ReplyDeleteYerr @PC ...kita yang akan dan bakal menghadap Allah, bukan orang lain yang menimbang pahala dosa kita kan... :(
Delete