MENU RAYA DI PAGI SYAWAL

Sis Lin
12
MENU RAYA DI PAGI SYAWAL | Hai korang! Selamat menjalankan tugas dan selamat kembali ke sekolah buat warga Johor dan juga negeri yang sewaktu dengannya. Untuk negeri-negeri lain, esok baru mula sekolahkan.

So? Amacam raya?

Alhamdulilah harini dah masuk hari yang ke-6 kita berhari raya. Pejam celik sekejap dah hampir seminggu berhari rayakan. Ada juga tu masih bercuti dan beraya lagi di kampung. Mesti meriah dan seronokkan.

Sis? Seperti tahun-tahun sudah, beraya di rumah Emak di Kampung Melayu dan setiap tahun juga beraya di Johor. Kami sekeluarga #TeamRayaJohor hehehehe. Suami pula memang dari dulu suka beraya di rumah Emak Sis dari nak meredah jem nak balik kampung Sabak Bernam dan KL sana. Lagipun Sis dah tak MIL and FIL pun. Nanti dah banyak raya baru kami ke sana.

Kebetulan pula rumah Emak betul depan Mesjid, jadi kalau malam raya dan pagi raya, memang meriah.

Korang masak apa pagi raya?

Untuk beberapa tahun lepas ni, Sis raya pertama dah tak masak di rumah sendiri. Sebabnya ikut cadangan Suami, katanya raya pertama kita duduk seharian rumah Emak, nanti esoknya raya kedua baru kita masak dan panggil Emak dan juga adik-adik semua datang ke rumah.

Makanya raya pertama tu memang lepak, makan dan beraya di rumah Emak aje, tunggu sedara sepupu semua datang. Dan kalau di rumah Emak, memang menunya dari dulu hingga sekarang, menjadi pujaan hati kami semua. Memang Emak akan anyam ketupat dan rebus sendiri, dan masak semua lauk-lauk yang biasa orang Johor masak di Subuh pagi raya.

Belum pernah lagi Emak masak Laksa Johor ke, Nasi Beryani ke Nasi Minyak ke atau apa-apa menu lainlah di pagi raya. Memang sepanjang raya dari dulu hingga kini, dan kalau kata raya, memang Emak masak menu raya. Bak kata arwah Abah Sis, 'ni baru betul raya' katanya hehehehe..

Antara menu yang di masak Emak..


Semestinya Lepat dan Palas (Beli), Ketupat, Kari Ayam Kerisik, Sayur Lodeh, Rendang Daging dan menu wajib mesti ada, iaitu Sambal Kacang Emak. Memang sambal kacang Emak tiada tandingannya, memang paling sedap setakat Sis makan di dunia ini hehehehe..

Kesemua lauk ini kalau takde pagi raya, memang bukan rayalah namanya. Dari anak, menantu dan cucu, memasing akan mencari semua menu Emak Sis ni. Dan masak bukan sikit-sikit punya, seperiuk bagai, biar puas semua makan.

Sebelum Solat raya memasing dah makan, nanti balik solat, makan lagi hahahaha..


Bukannya apa, ada juga Sis tau, sesetengah orang kalau raya, mereka tak masak menu ni semua, mereka masak Nasi Beryani, Nasi Minyak, Soto, Laksa dan lain-lain menu selain menu di atas. Bagi Sis dan keluarga Sis memang tak pandai dan tak reti. Baik raya puasa ataupun raya haji, menu raya tetap sama macam ni. 

Kalau tetamu datang pagi Syawal tu, ada rezeki mereka, kami jamu mereka makan menu ni semua. Barulah betul raya kan. Kalau di rumah Sis waktu Sis masak pagi raya dulu, Kari Ayam tu Sis tukar ke Ungkep Ayam atau Semur Ayam, kadang Ayam Masak Merah, lain-lain tetap sama. Tapi tetap sedap menu rumah Emak juga hehehehe.

Ikutlah kan masing-masing punya citarasa. Kadang sebab takde sapa nak makan, nak menolong, jadi masak aje yang simple. Ini pun selagi Emak Sis ada, meriahlah menu raya, esok-esok tak taulah, moga Allah lanjutkan usia Emak dan Emak sihat selalu. 

Korang pulak masak menu raya apa? Sama ke? Atau lain pula menunya?
Share lerr sini ..





P/S: Harini nak masak asam rebus atas permintaa Suami ..sedap jugakan...

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ketupat..kari ayam.sambal goreng..ikan atau daging msak kicap..menu wajib keluarga PC..dari PC kecik(umur) sampai sekarang besar tak kecik-kecik(saiz badan) Sis..kikikiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @PC sama juga menu di atas ni, dari Sis kecik sampai ke harini, menu tetap sama, inilah baru raya katanya ...

      Delete
  2. Betul3 Lin, ini baru raya. Samalah dengan menu di rumah mak kita, tapi kita ada tambah burasak & ketupat loi serta lemang. Lodeh dan sambal kacang adalah wajib dan sambal kacang mak memang tiada tandingan, kan. Cuma kami tak panggil sambal kacang, tapi sambal cengeng.

    Tapi, sebab tahun ni kita beraya di Kedah tak adalah lodeh dan sambal kacang di sana pesen lain. Kita tak maulah pandai2 ubah stail sambal kacang dorang, bersyukur saja pa yang ada tahun ni, kalau dulu2 rajin juga masak lodeh sekarang dah malas, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Kak @Seri, kalau Lin beraya di Sabak Bernam, tak jumpa menu ni semua, mereka tukar ke lontong kering, siap laksa penang, soto, dan juga lauk ayam kicap, tu jer...

      Best lagi menu orang Johor kan hehehe

      Delete
  3. Selamat hari raya sis!
    Menu di tempat kita kedah nun pelbagai tapi yang wajibnya ketupat palas. Regunya rendang ke, kari ke... Nasi2 pun ada tapi kira extralah. Lagi satu bihun sup, mee kuah atau laksa pun kira menu special hari raya juga even hari2 biasa pun ada. Cuma occasion tu (hari raya) menjadikan menu2 ni lebih istimewa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Puan @Hazel ...
      Sana palas semestinya kan...lauknya pun beza juga kan, dan mereka kebanyakkannya pun masak mee sup utara tu laaa...

      Citarasa masing-masing gitu ..

      Delete
  4. Lemang, rendang itik, rendang daging,nasi impit kuah kacang,rendang udang, lodeh...itu je ada..mlm tu masak sup gearbox

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendang itik tu yang tak tahan tu, sedapkan @Suria...dan gearbox tu sebagai penyeri...meriahnya rayaa..

      Delete
  5. meriah menunya
    Selamat menyambut raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga @Warisan Petani ..
      Setahun sekali menunya mesti lain dari lain dan meriah ...

      Delete
  6. Replies
    1. Alhamdulilah, begitulah menu raya di rumah Mak Sis @Sha ..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!