RESEPI MUDAH DAN SEDAP 'SPAGETI CHEESE CHICKENBALL'

Sis Lin
20
RESEPI MUDAH DAN SEDAP 'SPAGETI CHEESE CHICKENBALL' | Musim rumah terbuka/openhouse ni, kalaulah kot-kot ada tetamu yang nak datang last minit, memang inilah menu yang mudah dan sedap yang selalu Sis hidangkan iaitu 'Spageti Cheese Chickenball'.

Kalau di rumah memang sentiasa ada stok sos spageti dan juga bahan-bahannya, sebab senang nanti nak masak bahan semua ada, walau kadang tak cukup gak bahan, tapi at least ada sos, ada spageti dan juga chicken/meat ball, ada kesemua tu je dah boleh masak dah.

Tetamu nak datang ni takkanlah kita tak bagi datang, dan juga takkanlah tak bagi makan pula kan. So nak selamat beli dan simpan bahan-bahan yang mudah nak masak selain dari mee hoon dan pes tomyam.

Kenapa pes tomyam? Hahaha sebab Sis juga suka masak mee hoon tomyam untuk tetamu datang beraya hahahaha..

Dan untuk kali ni Sis nak kongsikan menu senang tapi sedap (Yerr memang sedap!), yang ni Sis amik idea bahannya dari Eina Azman. Dia kalau masak spageti dia letak cheese dalam kuahnya, so Sis cuba juga, ternyata memang sedap!


Spageti Cheese Chickenball

Bahan cukup senang. Hanya perlukan :

Mee spageti
Sebotol pes sos spageti (tomato cendawan)
Beberapa keping cheese, ikutlah suka.
Chicken/Meatball, pun ikut suka. Sis guna chickenball sebab anak Sis yang sulung tak makan daging.
Cendawan butang dalam tin
Bawang besar selabu di potong dadu
Herba campuran
Serbuk Oregano
Serbuk lada hitam/putih
Bahan perasa

Cara masak yang paling mudah:

Rebus mee spageti dengan minyak zaitun sampai lembut.
Tumiskan bawang besar hingga layu dan wangi.
Masukkan sos spageti dan masuk sedikit air jika pekat.
Masukkan chicken/meatball, dan juga cendawan, dan kacau rata.
Masukkan cheese, serbuk oregano, herba campuran, serbuk lada hitam/putih dan bahan perasa.
Kacau sebati dan siap hidangkan .


Pergh sedap oii, terliur pulak nengoknya hahaha. Kalau anak-anak kecil pun boleh makan, rasa kuahnya tak pedas. Puas makan. Dan beza sikit rasanya dengan yang ada cheese dengan takde cheese.

Kalau ada cheese, kuahnya ada sikit rasa likat-likat gitu..aishh susahlah nak bagitau macam mana, tapi kalau takde cheese, rasa dia macam halus aje, haaa gitulahhh, yerrr...tak reti nak explain hahahaha..

Janji sedap udah!. Tak tak taulah kalau tekak korang hahahaha..
Cubalah yer...

Okay dah..nak sambung lagi mencekik ni tak sudah-sudah..hahahhaa
Bye.




P/S: Tak sabar nak memborong sotong kat Pasar Dungun hohohohoh..

Post a Comment

20Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. haduii..sedapnya kalau letak cheese bebanyak...mau berpinggan tambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Rohaida, letak banyak cheese lagi lemak likat kuahnya kan hehehehe

      Delete
  2. sedapnyaa lahai sis.. terliur saya..

    ReplyDelete
  3. Memang memudahkan kalau simpan sos spagheti kat rumah Lin. Akk pun sentiasa ada, pilihan akk semestinya prego tradisi dan carbonara. Lagi satu akk suka herbs & cheese, senang keroje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Kak @Seri, benda ada senang, buat apa nak susah kan kan kan...hehehehe

      Delete
  4. Anak-anak Mrs. A sukalah ni kalau menu spagheti, nampak sedap sangat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, menu spageti memang anak-anak suka, makan bertambah siang ke malam @MrsA ...

      Delete
  5. Replies
    1. Hahahaha jauh sangat, tengah jalan habis licin @Farah hahahaha

      Delete
  6. Terliur la pulak nengoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanya kenalah masak Kak @Azita hehehe

      Delete
  7. Replies
    1. Lazat sangat, sesekali bikin memang berselera @Mamapp

      Delete
  8. Bila nak rasa air tangan sis lin ni? Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha mai leee datang rumah @Aisya hehehehe

      Delete
  9. Kalau bab spaghetti ni kan..anak dara SA la yang paling suka ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah di rumah ni, kalau masak spageti laju aje licinnya @Suria ..

      Delete
  10. Kalau nak letak meatball tak payah rebus/kukus/bakar dulu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau meatball, kena goreng golek-golek kejap dulu dan ketepikan..kalau chickenball, Sis beli yang dah siap goreng tu haaa @Ruggedmom

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!