BILA CIRIT-BIRIT MENYERANG! | Sakit lain boleh lagi Sis ko hadam, tapi kalau sakit cirit-birit datang menyerang, satu kerja tak boleh buat! Mampu gerak ke tandas, kemudian baring semula, tutup mata bawa tidur, kemudian tersedar, bangun lagi ke tandas dan baring lagi, haaa gitu aje laa berulang-ulangnya.
Masa ni tandas tu dah macam tempat berehat no-2 selain katil. Kau ngase? Elehhh macamlah korang tak pernah kena cirit-birit ek...cuma kes Sis ko ni spesel sikit, kena cirit-birit pun tulis blog hahahaha. Betapa speselnya dia kan..
Ikutkan semalam Sis ko ikut larian Renaissance Run To Give 2019 pagi semalam, tapi sebab saki baki malam tu belum lagi selesai, makanya hanya mampu krik krik krik aje laa seharian semalam di rumah sambil menemani Suami buat kerja paper work dia. Dah macam opis rumah Sis ko semalam.
Malam semalam, dah rasa kurang dan selesa sikit keadaan badan ni. Tak pergi klinik pun, Sis ko makan Pil Teck Aun tu jer. Sebab rasa memang salah makan, bukan keracunan makanan, yer sebab hanya cirit aje, muntah-muntah takde.
Makan apa dan di mana? Malas nak cite, tak elok nak bercerita aib orang, mereka cari rezeki. Mungkin takde rezeki Sis. Bersangka baik aja.
Oleh yang demikian, pengajaran dari kisah ini harini, makanya, sila berhati-hati jika nak makan makanan 'celup-celup' tu ya, jika rasa sosnya tu agak tidak elok rasanya, sila hentikan memakannya, anda mungkin akan terkena cirit-birit.
Jenis Sis ko ni 'jangan membazir', haaaa kau, amekkawwww...membuang terus... lagi membzair ekk..ehhhhh...hahahahaha
Pagi ni rasa macam kempis perut, ni kalau timbang mau macam lari 10km ni hahahahahah...malam semalam pun Suami ajak keluar lepak minum kopi, pergi yang dekat aje, takut jejauh kang, perut buat hal..
Okaylah sekian untuk berita terkini dari Sis Lin..nanti sambung lagi, nak masak bubur lambuk sardin Ayam Brand.
OkBai!
P/S: Tuhan jaga Dia [Suamiku] untukku..sihatkan dia selalu dan ringankan bebanan kerjanya, aamiinn..
semoga dah sembuh betul2 perutnya tu. Sama mcm akk la, tak suka membazir last2 sndiri yg sakit perut
ReplyDeleteAlhamdulilah kak @Seri, dah lega dan sihat sepenuhnya...
Deleteheyyy dia ni...update jugak blog tu dalam tak berapa sihat lagi...
ReplyDeleteHuhuhu macam biasa, opis buka pagi kan @Sunah huhuhu
Deletekalau kene cirit birit rasa macam nk tidur dalam toilet je kak, kdg tanpa sedar terlelap hehehhe...
ReplyDeletemoga cpt sembuhla perut tu ye
Hahaha uitt tak pernah pulak sampai tertidur dalam jamban @Norhidana hahahahah...
Deleteammi selalu camni kalau gi rumah org kawin (sbb yelah makanan mcm terdedah + masa merewang tu mungkin banyak tangankan). sebab tau gi kenduri mmg makan sikit je skrg ni. takuttt
ReplyDeleteYaaa itu memang menakutkan, sebab dah pernah kena juga lepas pergi jemputan kawin, tak boleh nak salahkan memana, maka hadap ajelah kan Ammi @Sheila huhuhu
DeleteAduhhh..cirit birit ni takleh bawak bincang. makan Activated Charcoal (Tablet Arang) inshaAllah okay kak. itu mmg wajib ada kat rumah.
ReplyDeleteOoo ada ek , nanti nak belilah buat stok rumah, selalu simpan Pil Teck Aun aje @Azhafizah ...
DeleteSemoga cepat sembuh sis..sy follow sis ye 😊
ReplyDeleteAlhamdulilah sihat dah, dah follow juga, makaseh, salam perkenalan @Ajuya...
DeleteSemoga beransur sembuh.
ReplyDeleteMinum air kosong banyak2
Maksaseh @Wak, alhamdulilah sihat dah ..
Delete