CUTI PANJANG YANG PENUH DENGAN AKTIVITI LUAR

Sis Lin
10
CUTI PANJANG YANG PENUH DENGAN AKTIVITI LUAR | Cakkk! Hai Korang, sedang buat apa tu haa? Lagi bercuti ke atau tengah golek-golek depan tv atau katil hujan-hujan sejuk macam ni? Sis? Ketika habis menulis post ni, Sis baru balik dari settlekan ubat Suami di KPJ Abu Samad dari pagi tadi, then keluar jalan-jalan cari makan bersama Sunah, ni baru rehat dapat menulis blog.

Sejak dari hari Rabu 25/10 sampailah semalam Ahad 27/10, Sis sibuk dengan event dan program CSR. Alhamdulilah dapat penuhi hari cuti dengan aktiviti yang mengembirakan diri sendiri. Cerita event tu semua Sis dah update di IG dan facebook page @akusislin, nanti Sis update di blog pula ya.

Kebetulan Sunah juga bermalam di rumah Sis selama 2 malam, so adalah Sis berteman pergi event sekali dan geng makan bersama. Kalau tak memang seorang ajelah melayan diri. Suami pun tak dapat balik cuti Deepavali, baru mula projek kerja tu, so memang dah mula busy. Sis ko sangat faham. Anak-anak pula semua tengah exam kecuali Yana laa memang di rumah dengan Sis, tu pun kerja balik malam.

Harini selepas amik ubat Suami, sebelum Sunah nak balik petang tadi, Sis ajak pergi minum kopi di Moonlight Cake House Bandar Sri Alam. Memang harini tak puas rasanya minum kopi masa sarapan tadi, so ajak juga Sunah walaupun dalam keadaan dia tengah sakit perut ketika itu nak membuang hajat hahahaha.


Sebenarnya gambar Green Tea ni bukan Sis punya, tapi Sunah yang punya, maklum kalau jenis Green Tea panas macam ni, memang Sis tak minum, tak boleh nak telan masuk molot hahaha. Sis hanya minum Americano aje tadi. Sebab gambarnya lawa, so amik gambo Green Tea ni hahahaha.

Dan tak tau pulak harini ada set menu untuk membership hanya RM 10.90 beserta air. Eh apalah nama set dia ek, dah lupa, tapi yang Sis tau setnya nama makanan Jepun hahahaha.

Tak pasal-pasal nak minum kopi aje, terus order pulak 1 set menu ni hohoho..



Haaa ni haa dia setnya. Maaflah lupalah nama setnya. Sedap memang sedap sungguh! Portion dia pun besar. Tapi...hanya untuk hari ini sahaja tau promosinya, sebab harini last promonya untuk Oktober. Jangan kang esok-esok korang pergi takde, ko salahkan Sis pulak, Sis dah bagitau ni okay.

Begitulah aktiviti Sis sepanjang cuti ni, meeting dan eating hahaha. Kalau yang ada fren dengan Sis di facebook Sis, haaa tau laa semua aktiviti Sis tu ya, hehehe yang tak tau, tak payah nak kepoh nak amik tau, baca blog sudah hahahaha tapi jangan nak kepoh-kepoh nak sampai meyampai plak ek, macam orang tu hahahahaha..sibuk!!..

So, macam mana aktiviti cuti korang? Moga semuanya baik-baik aja ya.
Okaylah nanti sambung lagi, kalau rajin malam kang update, kalau takde keje, kalau takde tu, faham-faham aje la, mungkin Sis ko tido awal hehehe.

Okay Bye! ..


P/S: Malam ni nak masak Kari Ayam Bersama Kentang, ada permintaan khas hehehe. Jom!

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. perghh..sedap menu hi tea akak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha gituu, datang nak minum kopi, sekali TERorder satu set plak Cik @Nor hahahaha

      Delete
  2. Sis buat roti jala.. Makan dengan kari ayam. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi ni makan dengan Brod Tunnbrod Thin Bread beli kat IKEA tu, makan 2 keping kenyang @PC ..

      Delete
  3. Noted sis! Untung last day offer sis! Meeting and eating is enjoy! HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan @Nona, langkah kanan, murah kannn...

      Delete
  4. bestlah kak cuti panjang ada aktiviti. Fiza duduk rumah je berehat layan musim sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm sesekali ikut Sis jomm pi event @Azhafizah hehehe Fiza duk Johor mana?

      Delete

  5. sedapnya kopi. saya elergik dengan kopi. kalau minum terus pening kepala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke Ibu @Lala? Alhamdulilah, Lin kalau tak minum kopi, macam tak lengkap sehari hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!