PATUT RAMAI ORANG, MEMANG SEDAP RASA MANGO FLOAT ROYALE (MFR) MELAKA NI OI!

Sis Lin
6
PATUT RAMAI ORANG, MEMANG SEDAP RASA MANGO FLOAT ROYALE MELAKA NI OI! | Panas, bahang, rentung, berasap, haa itulah yang nak Sis suruh korang gambarkan keadaan ketika Sis dan Sunah gigih beratur panjang untuk dapatkan Mango Float Royale (MFR) Melaka ni.

Ahad kelmarin, dari Shah Alam, kami bertolak terus ke Melaka, tapi ada laa singgah makan kejap di RnR Dengkil tu, sebab Sis belum sarapan apa-apa, yang Sunah ni ikutkan aje melayan hahaha walaupun dia dah kenyang sebenarnya.

Then lepas makan kami terus ke Melaka. Sis dah bagitau Sunah nak ke Mango Float tu, tapi Sunah ni fikir di area Batu Brendam sana, Sis pun tak pernah sampai gak, kesahnya dekat aje. Masuk tol Ayer Keroh, dalam 17minit perjalanan dah sampai ke Kampung Sungai Putat ni.


Mango Float Royale (MFR) Melaka
Kampung Sungai Putat, 75350 Batu Berendam, Malacca
Buka dari 11am hingga 6.30pm sahaja!

Korang guna waze aje, nanti dari jauh dah nampak dah pintu gerbang besarnya. Masuk dalam parking (kalau ada kosong), kalau takde kosong, boleh park di luar. Tapi berhati-hati. Dan pastikan sewaktu korang nak datang kesini, pastikan perut korang lapar, sebabnya di sini ada macam-macam jualan makanan rupanya.

Sis dan Sunah mana tau, kalau tau, memang kami puasa setengah hari hahahaha. Cumanya kalau keadaan panas merentung, phewww memang basah ketiak oi!! Panas dan bahang beratur panjang nak beli MFR ni.

Akan tetapi bila dah dapat membelinya, dan sekali sedut, amekkawwww rasa macam beli secawan tak cukup plak! Nak menambah lagi je rasa, tapi iman kena kuat, kalau tak, jangan kata MFR je, segala jenis makanan kat situ nak ko beli oii, nafsu sangat kan!



Masa Sis dapat beli MFR ni, orang tak putus-putus datang, masih beratur panjang lagi. Ikutkan kami nak beli yang special punya, tapi budak tu kata kalau nak yang special lambat sikit, so kami amik aje yang biasa. Yang biasa tu maksudnya cawan kecik dan air aje. Kalau yang special tu, jenis shake dan cawannya besar.

Tapi dapat yang biasa ni pun dah sedap, nikmat rasa mangganya oii..Next time laa datang lagi boleh order yang special punya. Dan boleh makan cendawan cheese yang Sis ko nampak dari jauh kemian sedap lagi! Ada gak Cikitang, tapi tekak Sis tak berapa nak teringin memakannya, yang Sis ko geram cendawan cheese dia. Rm10 sebekas tak silap, tapi penuh sebekas ko!! Nanti boleh cuba..



So korang kalau nak cuba silalah cuba ya..Seperti dalam gambar atas ni, gitulah suasana dalam tempat menunggu beratur nak beli MFR ni. Keadaannya memang bahang gile, rasa kalau makan dalam tu, mau berpeluh semua celah ketiak oii.

Mungkin sebab dalam tu semua menjual makanan bergoreng, so bahang panas kuali tu naik tangkap keadaan sekeliling, so korang kena sabar dan harap memahami. Kalau ada ank kecik atau baby, memang Sis tak sarankan ko makan dalam tu, mau tak selesa anak.

Ada plak yang tanya, buat apa Sis pergi Shah Alam? Hahahaha...



Ni haaa Sis pergi memenuhi jemputan perkahwinan anaknya Kak Chom Bahar di Seri Kembangan. Alhamdulilah berkesempatan dan dengan izinNya dapat pergi sekejap. Bermalam di Shah Alam semalam. Dapat juga jumpa anak Sis dan makan malam dengannya.

Yang bestnya sepanjang Sis pergi jemputan kawin, ini adalah kali pertama Sis dapat doorgift berupa bag anyam sebesar itu hehehe. Dah boleh buat bag tangan berjalan gamaknya, sangat cantik! Terima kasih Kak Chom atas jemputannya. Nanti tunggu kad dari kita pulak ya. Bila? Entah! Hahahaha..

Juga terima kasih Sunah, tumpangkan Sis balik bersama dari Shah Alam ke Johor, juga amik Sis di KLIA2. Makaseh juga Suaminya,Soleh! Sekejap sangatkan jumpa ko, next time kena lepak sesama.

Tak lupa buat Suami yang mengizinkan Sis pergi sekejap memenuhi undangan, ikutkan Suami pergi juga, tapi sebab Ahad tu dia nak kena ke Paka, so Sis naik flight aje le senang, malas nak drive. Alhamdulilah semuanya dipermudahkann..

Okaylah nanti sambung lagi..Sis nak kopek udang jap, Suami beli sampai 2kg kemain banyak!.
OkayBye.


P/S: Syukur alhamdulilah, atas segala nikmat yang diberi.. syukran..

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. nasibla sekarang tengah sejuk sbb lepas hujan dari pagi tadi, kalau tak mesti terliur...
    sedapnya nengok pekat likat tuh kak oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kalau datang minum time panas ni Dana, perghhh secawan pun tak cukup weiiii

      Delete
  2. weii telan ailio aku baca post ni..hahahah!! nak cari mango blended la esok 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha jomm set date kita terjah balik hari..sarapan, lunch supper semua situ hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!