PERTAMA KALI MAKAN MEE ACEH, SEDAP BANGAT! | Mesti korang baca tajuk dan korang ingat Sis makan Mee Aceh tu di Indonesia kan? Ke korang ingat Sis pergi Acheh kan, Hehehe..ye laa tak korang pun, kalau Sis baca pun ingat di Indonesia.
Tak payah sibuk nak ke Indonesia musim-musim virus Covid-19 ni, korang pergi je ke Adda Heights sana, ada satu kedai makan namanya Restoran Acheh. Yaaa Restoran Acheh ni sebenarnya restoran yang menyajikan masakan dan menu asli dari negara Acheh sana.
Yang biasa ke Acheh pasti akan mengenali kesemua menu yang ada dalam buku menu mereka. Kalau Sis kenalnya cuma Nasi Ayam Penyet tu haa hahaha atau sekarang orang panggil Nasi Ayam Geprek. Sebenarnya sama je, Penyet ke Geprek ke, caranya sama, ayam tu di hentaknya sebelum hidang hahahaha.
Ini kali pertama Sis datang makan di sini, dan sebenarnya baru juga tau akan kewujudan Restoran Acheh ni. Nak sampai sini pun senang, guna aje waze, mesti sampai punya. Ternyata restorannya selesa sangat. Senang pun senang nak tuju.
Bab menu memang masa mula nengok tu, agak blur kejap, tak tau nak makan apa. Sebab nama-nama menunya semua Sis tak pernah makan, kecuali nama Lontong, tu pun Lontong Aceh namanya. Fikir gak, agaknya lain kot Lontong Johor dengan Lontong Aceh ni. So apalagi, mesti kena cuba kan.
Yang Sis pegang tu Mee Aceh. Nampak macam Mee Rebus kan, tapi tak sama langsung. Rasa Mee Aceh ni beza sekali dengan menu mee-mee yang Sis makan sebelum ni, memang tak boleh di samakan dengan menu mee yang biasa kita makan. Yaa ternyata beza sangat!
Jap jap, kita bagi zoom sikit...
Taraaa nampak tak betapa sedapnya sekali nengok. Tu baru nengok, belum rasanya hehehe. Yes! Macam biasa, kalau Sis kata sedap, makanya memanglah sedap rasanya Mee Aceh ni. Korang kena cuba bila korang ke sini. Sebab sedap itu subjektif hehehe.
Mengikut kata tuan punya kedai ini, bumbu (bahan) kesemua masakan Acheh ni di beli dari Acheh sana, memang bahan dan rempah asli dari negara asalnya. Sebab itu dia ada rasa isitimewa dalam masakan Acheh ni yang tak dapat korang samakan dengan masakan di Malaysia.
Bukan Mee Aceh aje yang ada, ada beberapa menu lain juga yang korang mesti cuba. Jom le kita tengok apa yang Sis makan bersama Sunah sewaktu ke Restoran Acheh ni. Dan yang Sis makan semua ini adalah menu 'kick seller' di Restoran Acheh ni.
Harga untuk Mee Aceh ni adalah RM 7.00 sahaja
Lontong Rendang Ayam. Yup, yang ini pun sedap dia kemain. Kuahnya pekat dan santannya segar, takde rasa ten-ngek. Yerr Sis kalau nak makan Lontong kan cerewet sikit. Sis takut rasa kuah Lontong tu rasa ten-ngek. Sebab pernah kena dulu.
Tapi yang ini betul-betuk pekat santannya. Isi dalamnya pun banyak, tak lokek. Jangan lupa korang makan Lontong Rendang Ayam ni, sebab rendang ayamnya begitu 'ngam' rasa dia bila makan dengan Lontong ni.
Harga untuk Lontong Rendang Ayam ni adalah RM 9.50 sahaja.
Yaa ini adalah menu paling pengunjung beli dan makan di sini, yaitu Nasi Gurih Rendang Ayam, kata tuan punya kedai. Korang nampak macam nasi putih biasa je kan, tapi ianya adalah nasi lemak yang sangat beraroma sekali. Harum nasinya. Makan dengan lauk pauk yang sedia ada tu.
Dan ada banyak pilihan. Yang kami makan ni Nasi Gurih Rendang Ayam. Ada juga Nasi Gurih Telur, Nasi Gurih Ikan Sambal, Nasi Gurih Kari Kambing, Nasi Gurih Seafood dan juga Nasi Gurih Ayam Goreng. Tapi pilihan kami tetap rendang ayamnya, sedap oii!
Suka akan nasinya tu, lembut dan sedap bila makan. Bahan dalam nasi tu adalah ramuan istimewa dari Acheh, sebab tu lain dan beza dengan rasa nasi lemak yang biasa kita makan.
Harga sepinggan tu RM 7.90
Dan akhir sekali kami makan Nasi Ayam Penyet atau Geprek sambal hijau. Tapi takde le pedas mana pun sambalnya, masih boleh serasi dengan lidah Malaysia hehehe. Cuma kalau korang nak pedas lagi haa boleh tambah minta pedas ya.
Jangan lupa pulak korang makan nasi tu dengan sambal-sambal sedia ada atas mejanya (terdelete plak gambar sambalnya huhuhu). Ada sambal berlado, ada sambal melayu, ada sambal jeruk, dan sambal asam tak silap. Kesemuanya sedap-sedap oi. Mereka buat sendiri sambalnya.
Dan bagi peminat kopi macam Sis ni, tentunyalaaa kalau makan mesti pekena Kopi Es. Sebenarnya ingat nak try kopiO Es dia, tapi tuan punya restoran rekemen suruh try Kopi Es dia, makanya Sis order laa satu. Sunah pulak minum Teh Es dia, pun sedap kemain! Kaw gile woo..
'Ko ni pergi makan, semua ko kata sedap'.
Kita kalau pergi makan, kemudian kalau nak share kena jujur, tak sedap kata tak sedap, tapi kalau Sis kata sedap memang sedap. Sedap dia bukanlah sedap sangat-sangat sampai kau lupa hilang ingatan kepada menu lain, tapi sedap dia tu ko boleh makan sampai licin.
Dan selepas Sis kongsi di facebook Page Sis, ramai kawan Sis dah pergi cuba, baik Melayu, baik Cina, semua kata sedap! Mereka suka Lontong Rendang Ayam tu haa..hehehe kan dah kata kann..
Korang bila plak nak cuba? Kalau nak belanja Sis, meh laa PM tepi hahahaa.
Restoran Acheh
Di buka dari Isnin hingga Sabtu (Ahad TUTUP)
Dari jam 10am hingga 9pm.
Alamatnya :
157 Jalan Adda 3/1, Taman Adda Heights, 81100 Johor Bahru. (Waze aje pasti sampai).
Facebook: https://www.facebook.com/indonesiaacehfood/
Contact: 011 6367 1360
Yang berdekatan, boleh order online melalui Food Panda.
P/S: Terliur nengok Lontong tu sambil menaipnya oiii hahahaha...
ala akak nih, saja je tayang makanan sedap... mana nk cari kat kl nih... balik pontian pun jarang sangat ke bandar jb
ReplyDeleteHehehe biasa le tengah hari dah kan, kang masuk memalam, lagi hari kelaparan hahahaha
Deletesuka nasi gurih dia tu! nak pergi lagi la nantiii
ReplyDeleteHehehe kann, memang nasi dia memang sedap!
Deleteternampak kesedapannya.
ReplyDeleteYaaa Wak, sedap Wak,..
Deleteya Allah, sesungguhnya ingatkan kak pi ke acheh untuk makan mee. huhuhuhu
ReplyDeleteHahahaha kan dah kata dah, mesti orang ingat Sis pi Acheh hahahaa
DeleteLontong atau lodeh dorang memang sedap. Bella pun suka. Sekarang pulak tgh viral ayam Geprek kann. So, sis Lin beza macam mana beza dari rasanya mi acheh ni dgn mi rebus Malaysia? Harga standard, mampu beli. Hehe.
ReplyDeleteKan Bella..kuahnya pekat kaw gile! Lain dengan Lontong Melayu kita..Yup harga pun berbaloi..ramai orang cina suka makan di sini...
DeleteNasib la kat JB. Kalau sekitar KL, mau Rawlins cari gak sebab harganya berpatutan ye. Mesti enak ya bu makanannya?
ReplyDeleteKan kan..sesekali kasi tanyang makanan sedap kat JB, biar korang plak nengoknya hahahahaha
DeleteMenguji keimanan orang berpantang betul la sis ni 🤣🤣🤣 teringin betol nak rasa semua menu nya. Tak payah jauh terbang ke Acheh
ReplyDeleteHahahaha...orang dalam pantang tengok je dulu, nanti baru datang makan ya hehehe
DeleteTak pernah lagi kte makan makanan dr Acheh ni. Allahu nampak sedap semuanya..terliur lak kte tgk
ReplyDeleteKann Min, Sis pun pestime gak ni. Ternyata memang sedap semuanya..
DeleteYa Ampun kak nampak sedap.. Kuah oekat dan banyak.. Rempah daribsana.. Memng mee acheh asli ni.. Jauh pulak tu kat johor.. Huhu
ReplyDeleteYup..semua bumbunya didatangkan khas dari sana..sebab tu rasa dia istimewa sangat..
Deletekalau ke Johor, boleh waze ni.
ReplyDeletegeprek sambal ijau tu ohsem! menarik perhatian aida, sislin.
sure pedas menyengat ekk.
wajib la rasa nanti mee acheh tu. rugi da sampai tak merasa makanan baru.
Yup, datang Johor nanti cuba ya...semua menu yang Sis cuba tu semua sedap..di jamin sedap!
DeleteWahhh first time kita tengok ada restoran Acheh kat Malaysia tak tahu pun walaupun kita keturunan Acheh hehehe tapi tu lah jauh pulak kat JB kalau dekat sini boleh pergi nak cuba Mee Acheh tu nampak sangat sedap dan menyelerakan...
ReplyDeleteKan kan...ramai yang tak tau Maha..rupanya menu dia semua sedap..memang ori dari Acheh..bumbu semua datang dari sana..
DeleteSedap nyaaaa menu2 dia! Geram tengok ayam geprek sambal ijo tu! Mee Aceh pun... Teringin nak try! Haritu pergi JB pening nak makan mana! Lain kali tau dah!
ReplyDeleteLaaa, ke JB ke? Lepas ni kalau ke JB, pastikan baca blog Sis Lin hahahaha
DeleteHaaa, kalau mai JB dah tau dah nak pi mana makan. Jauh tak dari rumah sis?? mana tau tersesssat ke rumah sis, leh ajak ke sini. tak dapat pi Acheh, makan kat restoran Acheh pun jadi laaaa.. hehe
ReplyDeleteHaaa apalagi jom start enjin ke sini..jauh pun takpe, Sis bawa ko pergi...tapi entah bilalah tu nak sampai ek..ermmm
Deletebaru tau ada rest acheh ya. dah lama juga la tak makan food indonesian style. kat kl ni banyak nasi padang
ReplyDeleteKann..sama Sis, pestime gak makan mee Acheh ni, kalau tak menu nasi padang aje hehehe
Deletenampak sedap mee acheh tu. kuah nampak pekat betul. ayam gemprek pulak macam seram nak makan sebab sambal penuh atas ayam tu. dah le saya tak kuat pedas.tapi air kopi es tu menggoda.
ReplyDeleteYup, Sis pun pestime try memang sedap Mar, boleh cuba kalau ada TERsinggah Adda Heights hehehe
DeleteNampak pekat dan mantap. Sedap ni.. kalau ayu makan dengan kuah2 sekali hirup
ReplyDeleteTau takpe, Sis pun bedal licin gak kuahnya Ayu hehehe
DeleteMee Acheh tu macam ada campur kari dan sos tiram pula kalau tengok kat gambar. Nampak sedap... boleh buat lapar..huhuhu... best la kalau ada restoren khas masakan Aceh dalam Malaysia...Boleh rakyat Malaysia merasa.. hehehe..
ReplyDeleteKalau nengok macam Mee Sizzling pun yaa tapi lain sangat, bila dah rasa lagi lain dari yang lain hehehe
DeleteI tak pernah makan mee aceh, tapi nampak nyer sangat tempting la
ReplyDeleteYaaa you must try, sedap sangat!
DeleteYa Allah sedapppnyaaaaaa
ReplyDeleteSedap memang sedap, kalau ke Johor boleh mai try yaaaa
Deleteawa tak pernah try lagi ni.. malah ni 1st time dengar nama ni kak lin.. nampak terliur la pula
ReplyDelete