CHEESY PINKY BERRY STRAWBERRY, MINUMAN TERBARU COOLBLOG!

Sis Lin
24
CHEESY PINKY BERRY STRAWBERRY, MINUMAN TERBARU COOLBLOG! | Sis tau, mesti korang disini juga adalah peminat minuman Coolblog kan? Yaa sebelum keluarnya pelbagai dan bermacam-macam nama minuman jenis 'boba' ni, Coolblog adalah salah satu minuman yang memang Sis cari dan minum, sehingga kini!.

Entahlaa yaa, dah terbiasa kot dengan minuman Coolblog, makanya bila keluar macam-macam nama minuman lain tu, tetap juga nak Coolblog, ermmm, kalau minum untuk geli-geli tu bolehlah. Tapi lebih suka kepada minuman Coolblog ni.

Dan berita baik buat semua pengemar minuman Coolblog, Coolblog secara rasminya telah memperkenalkan siri minuman terbaharu Coolblog yang diberi nama Cheesy Pinky Berry. Dan majlis perasmiannya telah mencipta sejarah kerana buat julung kalinya, perasmian minuman terbaharu Coolblog diadakan secara langsung didalam konti radio yang dihadiri oleh barisan utama penyampai radio SURIA FM seperti Issey, Fizi, Tyzo, Rara dan Suraya.

Kemunculan pelakon yang popular dengan watak Lailer didalam drama bersiri ‘Kampung People’ iaitu Riena Diana semasa majlis pelancaran turut menambahkan lagi hangatnya aura merah jambu yang dibawakan oleh Coolblog.

PERASMIAN CHEESY PINKY BERRY COOLBLOG

Dengan tagline kempen 'Let Coolblog Pink Your World', mesej utama yang ingin di sampaikan adalah untuk memberitahu kepada semua bahawa Coolblog kini tampil dengan aura dan semangat merah jambu yang penuh semangat yang membara. Keenakkan rasa strawberi premium yang diadun bersama susu segar, cheese dan oreo juga turut disertakan dengan butiran jeli berbentuk hati pasti menambat hati dan rasa setiap pelanggan setia dan penggemar minuman smoothies ini.


Dengan rasa keenakkan dan keistimewaan buah strawberi, Cheesy Pinky Berry oleh Coolblog ini
didatangkan dalam 3 perisa iaitu Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo bagi menandakan kempen pertama oleh Coolblog bagi tahun 2020 telah pun bermula.

KEMPEN SAMPINGAN CHEESY PINKY BERRY

Muzik Video Cheesy Pinky Berry

Bagi menyemarakkan lagi dunia merah jambu bagi peminat setia Coolblog dan juga penggemar minuman smoothies, Coolblog telah melancarkan muzik video Cheesy Pinky Berry yang dibintangi oleh Riena Diana. Berlatarkan muzik jingle yang comel dan berunsur Korea, muzik video Cheesy Pinky Berry boleh di saksikan di laman sosial rasmi Instagram dan Facebook Coolblog Malaysia. Versi boleh muat turun akan dilancarkan tidak lama lagi dan peminat Coolblog boleh memuat turun muzik video Cheesy Pinky Berry ke dalam peranti korang.



Cabaran Tarian TikTok Cheesy Pinky Berry

Sempena kempen Cheesy Pinky Berry ini, CoolBlog menganjurkan cabaran tarian melalui aplikasi TikTok yang diberi nama #CPBDanceChallenge. Untuk mengambil bahagian, korang perlu membeli mana-mana perisa minuman Cheesy Pinky Berry Coolblog, dan muat naik video tarian menggunakan lagu rasmi Cheesy Pinky Berry dan peserta yang mendapat undian tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Maklumat lanjut cabaran tarian TikTok Cheesy Pinky Berry akan dikemaskini di laman sesawang dan media sosial rasmi Coolblog.


Sewaktu majlis perasmiannya, Cik Win Zakaria, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog, berkata "Apa yang menarik pada kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah pada strategi kami dalam memberi minuman yang trendy dan terkini bagi tahun 2020. Bukan mudah untuk kami meyajikan sesuatu yang menepati citarasa semua, tetapi menjadi prinsip utama kami untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminat Coolblog dan setelah melakukan beberapa fasa kajian, kami melihat minuman berasaskan buah strawberry bakal menjadi trend yang hangat untuk 2020, maka dengan itu kami dengan bangganya memperkenalkan 3 minuman terbaharu kami yang kami beri nama Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese, Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky."

"Kami sangat gembira dan berbangga memperkenalkan Cheesy Pinky Berry sebagai taruhan
pertama oleh Coolblog pada tahun ini dan saya yakin siri dan perisa baharu Cheesy Pinky Berry
ini akan membawa minuman Coolblog ke peringkat seterusnya dan mendapat sambutan lebih
hebat berbanding siri kempen sebelum ini".

"Selain perisa strawberi menjadi trend terkini, kami di Coolblog memilih strawberi kerana keenakkan stawberi itu apabila diadun dengan bahan-bahan dan perisa ikonik serta berkualiti dari Coolblog, ianya menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia. Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese – keenakkan strawberry yang diadun dengan keju yang penuh krim. Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo – Minuman strawberry yang diadun dengan biskut Oreo dan akhir sekali Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, campuran strawberi dan susu segar. Kami percaya ketiga-tiga siri Cheesy Pinky Berry ini semestinya menambah satu lagi dimensi pada palate rasa pencinta Coolblog.” Tambahnya lagi.


So korang yang suka pinky-pinky ni, haaa sesuai sangatlah kan kalau nak mencubanya. Dah beli jangan lupa masuk peraduan Tik Tok tu tau, manalah tau ada rezeki korang dan korang menangi hadiah yang disediakan. 

Dan lagi satu yang bestnya, Setiap minuman Cheesy Pinky Berry ni, ianya di datangkan di dalam bekas cawan love gitu. Cantik sangat! Geram Sis nengok. Bayangkan kalau orang yang tersayang belikan untuk kita, alaaa sweetnya kann hehehehe..

Cheesy Pinky Berry dijual pada harga RM8.80 bagi saiz 700ml dan boleh didapati di kesemua 300 cawangan Coolblog seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut:

#CheesyPinkyBerry #CoolblogCPB #CoolblogMalaysia


P/S: Cuaca panas ni, memang sesuai sangatlah kan kalau dapatkannya! Jom esok serbu!!..

إرسال تعليق

24تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Benda pink pink ni mmg sedap kannnn

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn Eny, harini ingat nak pi cari, semalam tak jadi nak belinya...geram dengan cawannya tu..

      حذف
  2. Tengok pun dah jatuh cinta, tak sabar nak pergi CoolBlog

    ردحذف
  3. الردود
    1. Kannnn jom pi beli, dia siap cawan love lagi tau..

      حذف
  4. alaaa mesti sedap, dah la comel tapi sayangnya coolblog dekat area rumah dua2 dah tutup :(

    ردحذف
  5. Baca ni terus rasa nak beli petang ni juga. Ana dah lah peminat coolblog. Nak nak lagi ada perisa cheesy cheese. Sure nikmat dapat hirup dlm cuaca panas ni kan.

    ردحذف
  6. Wow!!!!!!! That look so yummy and delly. Thank you for sharing your review.

    ردحذف
  7. Adakah minuman ni rasa perisa keju? Alamak sis tak suka keju tapi bagi yg suka keju pasti gembira kan?

    ردحذف
  8. I dah layan lagu dia.. catchygila.. tapi tengah covid ni tak dapatlah merasa.. ada food panda tak huhuhu

    ردحذف
  9. mesti sedap ni. nanti boleh cubalah. thanks for sharing this info

    ردحذف
  10. Lailerrr jadi duta ke?? Hahaha memang menarik ni. Actually mmg baru je plan nak beli coolblog. Boleh la cuba cheesy tu.. anak2 lagi la fav coolblog.. boleh cuba nanti

    ردحذف
  11. Boba pertama yang saya kenal adalah dari Cool Blog. Memang best Cool Blog ni. Macam-macam promosi menarik. Cuma, CB kawasan rumah akak dah tutup. Sedih betul. Wangsa Walk dah takda Cool Blog. Wuwuwuwuwu

    ردحذف
  12. Nampak cute pulak.minuman ni. Bolehlah nak cuba kalau ke cool blog hehe

    ردحذف
  13. Fuhhh nampak sedap. Tak pernah cuba lagi tapi bila tgok gambar ni..hati terus meronta nak cuba..hehhee

    ردحذف
  14. Aduhhhh.. Minuman coolblog yang terbaru ni menganggu gugat iman saya tau. Dahlah favourite warna pink tambah pula favourite saya cheese. Aduh lagi rasa tak sabar nak cuba dan rasa.

    ردحذف
  15. wah nampak sedap..iena pantang nampak benda pink pink ni..nanti blh la cuba :)

    ردحذف
  16. Dah lama tak minum Coolblog ni. Jenama coolblog antara yg terawal saya minum utk jenis air mcm ni.

    ردحذف
  17. It's been some time I didn't take cool blog! Thanks for sharing! Hopefully they make it less sweet!

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!