DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA

Sis Lin
16
DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA | Petang-petang gini, sambil menunggu lauk pauk siap di masak di dapur, Sis bukalah blog kejap, sambil tu mencari juga idea nak update apa. Tiba-tiba teringat kat anak yang sulung tu haa, apa entah ceritanya, dapat ke jadi ke dia balik ke Johor merentas negeri, ermmm...*sambil menaip...

Semacam dah putus asa Sis mengharap, seolah dah redha aje la kalau anak tu tak dapat balik Johor, tapi harapan seorang Emak ni tak pernahnya putus, memang berdoa selalu agar anak Sis dapat balik ke Johor dengan selamat. Tak kisah laa macam mana SOP yang di berikan KKM, janji boleh balik..tapi tu laa, Sis dengar dan baca, jika anak drive bawa kereta sendiri, tak boleh rentas negeri, tang tu Sis tak faham.

Puas baca sana sini, tapi tetap juga tak faham. Seolah di utamakan yang duduk kampus aje, habis anak Sis yang duduk menyewa bilik di luar macam mana? Lebih susah duduk di luar kampus berbanding duduk dalam kampus kalau tak balik. Dalam kampus semua serbi serbi cukup, makan semua ada, kira selamatlah duk dalam tu. Tapi pelajar yang duduk luar ni, kekadang anak sendiri pun takut nak keluar beli barang, sampai habis barang dapur, kalau keluar, tak ke mendatangkan bahaya?..ermm entahlah! malas nak pusing kepala fikir...cakap banyak kang kena kecam..

Tapi takpe, Sis doa dan berdoa sentiasa, moga dipermudahkan urusan anak Sis untuk pulang ke Johor. Doa orang berpuasa ni mustajab, lebih-lebih lagi berdoa sebelum berbuka puasa, lagilah mustajab.

Korang pun doakan untuk anak Sis ya..


Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah swt, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.

Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya. Lagi sibuk duduk depan tv layan drama, nengok handphone, main game dan buat aktiviti sendiri sampailah dengar azan barulah nak duduk di meja.

Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu"... atau "dzahaba zhoma'u" sedangkan jika berdoa sebelum berbuka lebih mustajab doanya.

Nabi SAW : “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, antara 3 - 5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah swt.

Lepas ni jom kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa. Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... korang boleh ubah mengikut hajat masing-masing.

"Ya Allah Ya Tuhanku...Engkau.....

  • Bertambah iman
  • Sihat tubuh badan
  • Mati yang baik.
  • Murah rezeki.
  • Anak soleh.
  • Keluarga bahagia.
  • Rahmat Allah.
  • Jauh azab kubur.
  • Lapang dada.
  • Kekalkan iman.
  • Ampunkan dosa.
  • Anak-anak berjaya.
  • Perniagaan yang diberkati.
  • Jauhi segala penyakit.
  • Ibadat diterima.
  • Mudah segala urusan.
  • Diterima taubat.
  • Lapangkan kubur.
  • Mudah bayar hutang.
  • Lailatulqadar.
  • Syafaat Nabi saw.
  • Syurga Firdaus.
  • Jauhi neraka.
  • Terima kitab tngan kanan.
  • Selamat meniti Sirat.
  • Selamat fitnah Dajal.
  • Ketenangan hati.
  • Doa ibubapa.
  • Keluarga yang dirikan solat.
  • Diterima puasa Ramadhan

Semoga ianya memberi manfaat buat korang semua.
#SisSharing


P/S: ....semoga Allah 'nyah' kan kau dari keluargaku...aamiinnn..
Tags

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Thank you sis di atas perkongsiannya. Ya kita disyorkan doa sebelum berbuka kerana itu adalah salah satu waktu yang disyorkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih Farah, moga bermanfaat buat semua...

      Delete
  2. Semoga dipermudahkan urusan kepulangan anak ke JDT

    ReplyDelete
  3. kak ana rasa sedikit masa lagi anak SL akan selamat kembali kepangkuan keluarga, aamiin, Ya doa yang amat banyak fadhilatnya, jom sama-sama kita istiqhomah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, redha aje laa ni Kak Ana, tapi tetap mengharap...insyaAllah ..

      Delete
  4. siapa sangka kan doa2 yang indah ni termakbul saat kita menunggu berbuka

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian yang sangat memberi manfaat ni kak. Sama sama kita amalkan dan moga Allah makbulkan doa kita semua. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih Fizah, moga manfaat buat semua..aamiinn

      Delete
  6. Semoga dipermudahkan urusan anak untuk pulang kepangkuan keluarga.
    Risau juga kan as parents, kalau duduk dekat kampus takpalah makan semua ditanggung.
    InshaAllah ada jalan tu. Saya singgah dan follow blog ni ya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, selalu berdoa aje ni, tak mampu nak buat apa..insyAllah moga dipermudahkan...terima kasih..

      Delete
  7. Hati seorang ibu kan Sis..moa anak Sis dipermudahkan urusan.Aamiin.Ramadhan ni banyak manisnya.Banyak peluang dan ruang untuk kita gandakan kebaikkan termasuklah ambil kesempatan berdoa.Cuma kita manfaatkan atau sebaliknya sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee PC, selagi anak takde depan mata, selagi tu laa risaunyaa...
      Mudah0mudah segala doa kita di angkat olehNya yaa..aamiinn

      Delete
  8. hari tu masa kerajaan umumkan SOP student balik kampung, aku dah agak dah kakak tak boleh nak balik dulu..sebab Plentong zon merah kan..takpe, doa banyak2 bulan puasa ni mudah-mudahan nanti Plentong akan bertukar hijau bila tak ada kes baru dah...

    cuma masa tu aku blur bila sebut zon merah ni ikut daerah ke mukim..kalo daerah, sah2 semua tak boleh balik atau keluar JB, tapi ada pulak student UTM da balik kampung, bas UTM hantar..rupanya ikut mukim...patutnya gitau detail gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Sunah, aku kadang tak puashati gak, macam mana dengan anak aku yang duduk luar macamtu, so tak payah fikir, aku suruh anak aku balik melalui Gerak Malaysia aje, habis cite..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!