DRAMA KOREA 'THE WORLD OF MARRIED', BUAT AKU SAKIT HATI NENGOK!

Sis Lin
23
DRAMA KOREA 'THE WORLD OF MARRIED', BUAT AKU SAKIT HATI NENGOK! | Haa sebelum nak tulis panjang lagi, nak tanya dulu, korang ada tengok tak drama episod ni? Ke memang dah tengok dan tak sabar nak tunggu episod 9 plak? Aishhh kalau di tanya Sis, rasa menyesal nengok drama ni, sebab drama ni buat Sis ko sakit hati sakit jiwa bila nengoknya.

Yaa Sis paling tak suka emosi macam ni, tapi sebab dah terjebak, kena gak habiskan tengok sebab nak tau apa kesudahan ceritanya. Geram pun geram laaa kan, janji puashati!. Tapi kalau bagi siapalah terutamanya orang perempuan dan seorang isteri, jika korang menonton, tapi korang takde perasaan sakit hati atau sedih, ko memang jenis perempuan seperti dalam drama ni, jenis perampas tapi tak sedar diri!..

Dan sememangnya engko bukan layak dilahirkan sebagai perempuan, sebab kalau kau seorang perempuan, dah tau lelaki tu ada isteri dan anak, kenapa kau masih lagi terkejar, masih lagi mengharapkan dia, sebab....kau tu takde hati dan perasaan, sampai sanggup kecewakan kaum sejenis kau. Jangan sangka dan fikir diri tu baik, dalam Islam ada menyebut 'Sebaik-baik perempuan, dia tidak akan menyakiti hati perempuan lain', dan jangan cakap takdir, dari awal kenapa tak mengelak! Huh!..

Haa kan Sis ko dah emosi dah, hahahaha..aishhh realitinya ada berlaku dalam persekitaran kita ni, bukan hanya dalam drama ni je tau..cuma kalau korang tengok drama ni, aduh...lagi kejam, zalim perempuan tu! Sampaikan check prengnant test pun, Isteri lelaki tu yang check, dan bila dapat tau perempuan tu memngandung, kau tak rasa ke sakitnya hati dia, sebab anak yang kau kandung tu anak kau dengan laki dia..huwaaaa kejam gile!!..


Sinopsis Drama Korea The World of Married 

Drama ini mengisahkan tentang kisah Rumah Tangga yang lebih fokus pada kecurangan seorang Suami. Dalam drama ini korang akan lihat bagaimana hubungan rumah tangga yang jadi huru-hara gara-gara di sebabkan orang ketika. Yang paling geramnya lagi, dalam drama ini aksi lakonan Suaminya yang memegang watak utama tu seolah takde perasaan yang dia curang, dan penipu.

Dari mula episod pertama Sis tengok drama korea ini, secara jujurnya memang sangat bagus dan sesuai ditonton jika korang yang sudah berumahtangga atau sedang dan ingin mendirikan rumah tangga, supaya ianya menjadi kisah tauladan buat korang. Sebab jangan terlalu percaya pada lelaki.

Lakonan perempuan ketiga tu yang ada dalam drama ini sangat hebat lakonannya dan sangat membuatkan siapa yang menontonnya mesti naik darah. Mana tak geram, perempuan ketiga tu yang ada dalam drama ini seolah perempuan jenis tak sedar diri dan sangat berani, padahal dia yang merampas Suami orang, tapi masih berani berdepan dengan Isteri orang yang kau sakiti tu, memang sangat hebat kau!

Yang kurang bestnya menonton drama ini adalah terlalu banyak adegan 18sx. So pada anak-anak bawah umur tu, jaga-jaga ya. Dari mula episod 1 hingga ke episod 6, korang akan banyak lihat aksi 18sx je manjang. Tapi ada cerita disebaliknya. Biasalah kalau dah buat salah kann...

Dalam pada Sis marah dan sakit hati dengan perempuan ketiga tu, tapi Sis sangat kagum dengan pengorbanan hati dan perasaan Isterinya itu sewaktu dia dapat tau kecurangan Suaminya pada mulanya, dan seterusnya masa perempuan ketiga tu datang kepadanya untuk periksa kehamilan... sebab walaupun dah tau Suaminya ada perempuan lain, dan dia tau anak dalam kandungan tu anak dengan Suaminya, tapi dia memiliki kesabaran yang sangat-sangat luar biasa bagi Sis.

Dia mampu menahan rasa sakit yang sangat dalam, tapi dia simpan semua sakitnya itu,  demi menjaga hubungan dan rumahtangganya agar tidak mengecewakan hati anaknya hanya karena kehadiran orang ketiga tu. Tapi Sis macam dapat rasa, anaknya tau Ayahnya ada perempuan lain...siankan..

Yang lagi sakit hatinya, kawan-kawan Suaminya tau yang kawannya curang pada Isterinya, jangan kata kawan Suaminya, kawan baik kau sendiri pun tau, tapi masing-masing buat macam tak tau dan macam tak rasa bersalah langsung semuanya! Ini lagi sakit hati...

Kalau Sis? Allahuakbar...sekarang tengok drama pun dah meluap-luap macam air panas mendidih, lagi kalau benar berlaku dan perempuan tu ada depan mata Sis, memang cari nahas laaa!!..



The World of the Married (Hangul: 부부의 세계; Hanja: 夫婦의 世界; RR: Bubuhwi Segye; lit. Couple's World) adalah drama bersiri Korea Selatan tahun 2020 yang dibintangi oleh Kim Hee-ae dan Park Hae-joon. Drama ini diadaptasi dari darama bersiri Inggris Doctor Foster dan disiarkan di JTBC setiap Jumat dan Sabtu pukul 22:50 (WSK) bermula 27 March 2020 yang lalu.

Lakonan: 
Park Sun-young sebagai Go Ye-rim
Kim Young-min sebagai Son Je-hyuk
Han So-hee sebagai Yeo Da-kyung
Lee Geung-young sebagai Yeo Byung-gyu
Kim Sun-kyung sebagai Eom Hyo-jung
Chae Gook-hee sebagai Seol Myung-sook
Shim Eun-woo sebagai Min Hyun-seo

Jumlah episod : 16 : VIU dot Com 

So korang yang nak tengok, boleh laaa tengok, yang rasa tak suka beremosi tu, jangan tengok...sekali kau tengok, episod 1 je kau dah geram..

Sebab itu Sis cakap, dengan orang perempuan jangan main-main, jangan ingat benda boleh sorok, lagi kalau Isteri yang kau dah kawin bertahun-tahun, makan sepinggan, tidur sebantal tu, kau nak menipu, bak kata orang, 'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga'...memang sampai ke lobang cacing orang perempuan ni cari bukti tau!;..

Dan bagi orang ketiga ni, jangan ingat kau boleh lepas...bila kata kau dah amik hak orang aje, memang kau tu dah dilabelkan memang perempuan yang tak baik..dan Sis paling benci kalau orang kata 'Dah Jodoh'... sori..jodoh tu kalau benar nak ikut Sunah, kena cakap benar..buka kawin sorok-sorok, bila mana seorang lelaki itu ada perempuan atau sudah berkahwin lain secara diam-diam, makanya engkau itu tak layak sama sekali berkahwin dua atau berpoligami.

Itu prinsip Sis...makanya jika berlaku kepada diri Sis sendiri, memang sampai kiamat pun, aku tak terima orang ketiga tu sampai mati..melainkan dari mula Sis tau Suami Sis nak kawin lain, mungkin lain ceritanya ..tapi jika kata sudah kawin secara diam bertahun-tahun, maka itulah prinsip Sis..

Sekian terima kasih..
Maaf jika ayat kurang sopan..


P/S: Sis tengok drama ni di apps VIU ... korang boleh donlod do Play Store atau apps Store..

Post a Comment

23Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Walaupun drama ni tgh viral tapi dana tak.o tengok, baca sinopsis dh rasa sakit hati... kalau layan lagi sakit ati... huhuhu

    ReplyDelete
  2. Hahaha Tak sanggup nak tambah sakit hati tengok cerita ni. Haha

    ReplyDelete
  3. tegok sampi episode 6, sakit hati jugak tengok,hahah

    ReplyDelete
  4. Setakat ni belum tengok lagi. Haha

    ReplyDelete
  5. hahaha. jangan sampai kes sakit hati, tv terbang ye sis lin. tak sesuai. hahaha. yeah ada geng! kita pun tak sabar tunggu episod next. adui. but ada yang cakap drama ni sama dengan doctor foster tau sis lin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Yatie, tu kan Sis ada tulis atas tu..tak baca eh hahahaha

      Delete
  6. Hahha tak tengok pun sis lin sbb nnt terbawa2 smpi tempias kt suami kang.. Sian dia kena jeling sepanjang masa nnt. Hahah

    ReplyDelete
  7. saya memang tak pernah ada peluang nak tengok drama korea even running man. Sebab ada adegan yang kureng manis tu dan baju pula terdedah. Yang kecik tu sure, eii ibu tengok citer seksi, aduii letih mak

    ReplyDelete
  8. Ala kalau cerita macam ni takmo tengok la. Tak pasal sis menyumpah pelakon tu nanti. Hahaha....Nampak ramai yang dah menonton siri ni.

    ReplyDelete
  9. Uish marah betul ni sis, takut kitee haha. Anyway yasss mmg dh masuk dlm list ni series ni untuk ditengok nnt. Ramai share tgh hot cite ni ek, depa kata best walaupun geramm haha. So okay nnt kite join tengok jugakk! 😍

    ReplyDelete
  10. taknak tengok lagi sebab tak habis lagi. hahahha seorang Aten jenis yg tak penyabar nak tunggu setiap episod kalau tgk drama hahaha

    ReplyDelete
  11. viral betul drama ni. semua menghayati watak termasuklah saya hahaha geram betul start episod 2..

    ReplyDelete
  12. This K drama is really viral now. macam everyone is watching it everyday haha. enjoy ya

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak folp drama Korea kecuali sekali sekala tonton filem Korea di salura tvn astro atau unifi... drama paling sus suka Winter Sonata dan Fullhouse lakonan Rain.

    ReplyDelete
  14. Ramai kata macam tu...geram dan penuh emosi menontom drama ni, jadi bedebar pulak nak mulakan menonton, Sy simpan dulu... free-free nak tengok Kdrama nih

    ReplyDelete
  15. wah cerita ni tengah viral kan.ramai gak kawan share kat facebook tapi iena tak tengok lagi. baca sinopsis tu macam sakit hati je :D

    ReplyDelete
  16. huhu..semua wanita yang bergelar isteri pastinya akan meletup tengok cerita. aduh, terjebak jugak ni. memang mantap lakonan diorang kan, feeling habis kita tengok

    ReplyDelete
  17. Tak nak tengok la drama ni macam ni. Baca Sis tulis ni pun dah stress rasanya. Murung kejap ni. Nasib saya ni setia orangnya.. eh tibe... nasib baik saya tak layan drama ni

    ReplyDelete
  18. saya tak tengok lagi citer ni, nampakla orang viral2 kat fb ttg citer ni.

    ReplyDelete
  19. ermm baca status semua orang kat FB, then baca lagi review ko, ok...aku memang tak nak tengok...byeee :p

    ReplyDelete
  20. Hahahaha sebab tu kita tak tengok2 lagi sekarang.. Kalau drama2 korea ni kita xsuka tggu episod.. Kita tggu dh habis dah tamat barulah download & tgok dengan tenang. Sbb leh skip2 hahaha

    ReplyDelete
  21. Oh gosh!!! Ramai yang propose untuk tengok drama ni jugak Sis Lin... tapi tengok sikit je haritu dah meluap-luap amarah dah... adoiiii... sis tak sanggup nak tengok... stress!!! tengok la nanti bila dah habis episod dia semua mungkin boleh marathon... tengok dulu macam mana... nak kena kumpul kekuatan dulu... karang, habis laptop ni ku hempuk haaaaa... hahahaha...

    ReplyDelete
  22. Ishh.geram jugak ni..tapi dah Bulan Ramadan... Takleh tgk la episode 1-6...Hahahaa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!