DOA AKHIR RAMADHAN

Sis Lin
16
DOA AKHIR RAMADHAN | Waktu berlalu begitu cepat sekali. Hari demi hari, malam demi malam silih berganti, akhirnya telah membawa kita ke penghujung bulan mulia ini. Rasa macam baru aje mula Ramadhannya kan..

Padahal kan, rasa macam banyak yang belum kita kutip amalan dan rebut pahala yang kita belum rasa cukup untuk kita buat bekalan kelak. Atau mungkin juga kita belum lagi rasa puas melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan ini dengan penuh keampunan. Korang macam mana? Sama ke dengan apa yang Sis rasa?.

Dan akhirnya sudah terlambat untuk kita mengejar semuanya, sedangkan esok 1 Syawal bakal menjelma dan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, dan kita tidak akan pernah tahu apakah kita masih boleh lagi bertemu ramadhan seterusnya ataupun tak..Allahuakbar..

Sebelum berakhirnya Ramadhan, marilah kita bersama-sama membaca Doa Akhir Ramadhan ini dan sama-sama kita meng-Aamiinkannya, mudah-mudahan segala amalan kita Allah perkenankan dan dipanjangkan umur kita bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang..InsyaAllah ..


Doa Akhir Ramadhan 

Ya Allah, jangan Engkau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa-dosa kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Engau biarkan Ramadhan pergi sebelum Engkau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.
Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Engkau ampunilah kami dan Engkau terimalah taubat kami.

Seandainya masih ada padaku dosa yang belum Kau ampuni atau dosa yang menyebabkan aku diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya wahai Zat Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.

Ya Allah, terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan, maaf, kemurahan, pengampunan, dan hakikat keredhaanMu. Sehingga Engkau memenangkan aku dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Engkau curahkan di bulan ini.

Selamatkanlah aku di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam atau dosa yang terus-menerus. Demikian pula, dengan rahmatMu golongkanlah aku ke dalam orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) malam al-Qadar. Malam yang telah Kau tetapkan lebih baik dari seribu bulan dalam keagungan ganjaran, kemuliaan perbendaharaan, keindahan syukur, panjang umur, dan kemudahannya yang berterusan.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
Ya Allah, Engkau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah….Janganlah Engkau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Engkau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami..

Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr di saat-saat akhir…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dpt beramal di malam al-Qadr….

Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami... amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi… kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya…

Semoga perpisahanku dengan bulan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan pula akhir pertemuanku. Sehingga aku dapat kembali bertemu pada tahun mendatang dalam keadaan penuh keluasan rezeki dan keutamaan harapan.

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni - baca 3 kali.
Aamiin ya rabbal'aalamiin..

Taqabbalallahu minna waminkum, wakullu ‘aamin wa antum bikhairin.


P/S: Ya Allah sayunyaaa hati... :(( 
Tags

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Terima kasih Allah atas nikmat Ramadhan yang dipinjamkan.Syukur Syawal bakal kita semua raikan.Salam lebaran untuk Sis sekeluarga,maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, jom kita sambung Puasa Enam plak PC..insyaAllah ..

      Delete
  2. Ya Allah, terimalah puasaku, amalku, solatku, bacaan Quranku dan ampunkan semua dosa-dosaku.. Aamiin...salam syawal utk sis lin sefamily

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminn..mudah-mudahan Allah angkat doanya Mama...

      Delete
  3. Aamiin
    Semoga kita dipertemukan ramadan2 seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Wak...jom kita puasa enam pulak..

      Delete
  4. Dah mula rasa rindu bulan puasa. Harap dapat bertemu lagi masa akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr Lia, masa cepat berlalu, diam tak diam dah 4 Syawal kann...

      Delete
  5. Amiiiin amiiiin ya robbalalamiiiin... Semoga Allah menerima segala amalan kita kita dan agar kita berpeluang bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun depan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, insyaAllah...moga amalan kita di berkati Allah..

      Delete
  6. Teeima.kasih ats peekongsian ini. Semoga kita bertemu lagi ramadhan tahun depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn...moga kita dipanjangkan umurnya yaa Ayu...

      Delete
  7. Alhamdulillah kita berjaya menghabiskan Ramadan dendan sempurna dan juga meraikan hari raya dalam suasana norma baharu. Diharap tahun depan kita dapat ketemu lagi Ramadan yang penuh keberkatan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Maha..moga tahun depan kita dapat ebrhari raya bersama...

      Delete
  8. Very well said sis lin. I wish you and your family a Selamat Hari Raya and let's stay safe in this new normal time. We can fight the pandemic together

    ReplyDelete
  9. aamiinn ya rabb. moga kita berjumpa dengan ramadhan tahun depan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!