Header Ads


CARA SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI SPARA (KHUSUF)


CARA SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI SPARA (KHUSUF) | Sekali lagi kita akan dapat melihat fenomena gerhana matahari Separa Di seluruh Kawasan negeri-negeri di malaysia. Secara amnya.. Gerhana Matahari atau Gerhana Bulan akan berulang berlaku selang 6 bulan. Dan setiap kali berlaku gerhana matahari 2 minggu sebelum atau selepas tu akan berlaku gerhana bulan.

Penduduk negara ini akan berpeluang menyaksikan gerhana matahari yang jarang berlaku pada petang Ahad ini, 21 Jun 2020. Peristiwa astronomi ini akan dijangka bermula pada jam 3.10 petang dan berakhir jam 5.23 petang. Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada sejajar di antara matahari dan bumi. Semasa gerhana separa, cakera bulan tidak akan meliputi matahari sepenuhnya.

Fenomena gerhana matahari separa akan berlangsung selama 2 jam 13 minit di mana sepanjang peristiwa ini bulan akan menutupi sebahagian kecil matahari. Ketika puncak gerhana, iaitu pada jam 4.22 petang, hampir 28 peratus matahari akan ditutupi oleh bulan.

Orang ramai yang ingin melihat fenomena ini dinasihatkan agar tidak melihat matahari secara terus. Beberapa kaedah yang selamat untuk melihat matahari antaranya dengan menggunakan kaca mata kimpalan (welding glass) nombor 14, penapis suria dan projeksi dengan teleskop.


UMAT Islam di Malaysia disaran melaksanakan solat sunat gerhana bagi memenuhi tuntutan sunat muakkadah sempena Gerhana Matahari Separa. Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai Solat Sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang mendirikan Jumaat.


Hukum Solat Gerhana Matahari
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Waktu Solat Gerhana
Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu.

Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.


Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)

Cara Solat Sunat Gerhana Matahari

Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku' dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

A Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.

B. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Memberi salam.

[Baca Juga] : Cara Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) 

NOTA: 

  • Tiaada iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
  • Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
  • Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
  • Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana

  • Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang. 
  • Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
  • Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya. 
  • Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Sumber copy sana sini.. 


P/S: Sis orangnya takut nak temgok gerhana. Baik gerhana bulan atau matahari, entah lee kenapa..tapi memang takut.. 

8 comments:

  1. terima kasih sharing. sungguh saya pun rasa gerun. Allahu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Sis dari sekolah rendah bila mula tau pasal gerhana terus memang takut nak tengok...

      Delete
  2. Fenomena yang membuktikan kekuasaan Allah SWT.Terima kasih Sis perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa PC, sama-sama kita nanti bersolat gerhana matahari yaa...

      Delete
  3. Replies
    1. Sama-sama, moga bermanfaat buat semua..

      Delete
  4. perkongsian yang bermanfaat sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, sama-sama kita Mar...jom kongsikan bersama..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.