ALHAMDULILAH. RAKYAT TERIMA BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0 | Alhamdulilah, panjat syukur kepada mereka yang sememangnya menantikan khabar berita gembira sebegini. Semalam Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 atau BPN 2.0.
Sekurang-kurangnya ianya dapatlah menampung tambahan perbelanjaan kepada mereka yang memang memerlukannya. Bagi mereka yang terjejas akibat wabak Covid19 ini, dengan adanya dana sebegini, walau tidaklah jumlah yang besar beribu-ribu, tapi Sis tau, dalam keadaan apa sekalipun, jumlah wang tersebut amat diperlukan. Sekurangnya kerajaan prihatin dengan nasib mereka.
Bantuan tambahan ini akan disalurkan secara terus kepada penerima BPN yang telah layak sebelum ini. Tiada permohonan baru atau sebarang kemaskini perlu dibuat. Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran; pertama pada penghujung Oktober nanti manakala baki akan dibuat pada bulan Januari 2021."Saya berharap dengan adanya bantuan tambahan ini, saudara dan saudari dapat menarik sedikit nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian saudara saudari dan seisi keluarga," ujar PM.
Rujuk SOALAN LAZIM BPN 2.
Kadar bantuan adalah seperti berikut:
- RM1,000 untuk B40
- RM500 untuk B40 bujang
- RM600 untuk M40
- RM300 untuk M40 bujang
Bagi kategori B40, bantuan sebanyak RM700 akan disalurkan pada Oktober manakala baki RM300 pada Januari 2021. Melalui BPN 2.0, kerajaan memperuntukkan RM7 bilion dana tambahan kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.
Tarikh Bayaran BPN 2.0
Bayaran BPN 2.0 Ansuran Pertama akan dibayar pada Oktober 2020
**TIADA permohonan baru perlu dibuat sekiranya anda pernah menerima BPN sebelum ini.
Namun jika ada antara korang yang cukup syarat kelayakan tetapi masih belum menerima BPN sebelum ini, rayuan dan permohonan baru akan dibuka nanti. So tunggu pengumuman dan update seterusnya ya.
alhamdulillah rezeki kan Lin
ReplyDeleteYe Kak, rezeki kepada mereka yang memerlukannya..
Deletealhamdulillah.. kerajaan skrg benar2 prihatin..
ReplyDeleteSyukur alhamdulilah...
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSyukur di atas rezekinya
Yaa Wak, kawan yang menerima tu, panjat syukur bila PM umumkan...
Deleteuntuk student tkde bantuan kee..hehehe
ReplyDeleteHehehe student duduk aje rumah Maknya hehehee
DeleteAlhamdulillah. Rezeki yang tak disangka-sangka
ReplyDeleteKann, memang tak jangka akan dapat lagi bantuan sebegini...
Deleteabe kie x dpt sbb combined income dgn isteri melebihi rm8K.
ReplyDeleteOoo ye ke, takpe Abam Kie, mungkin bukan rezeki kita, rezeki orang lain..
DeleteAlhamdulillah.. Abah baik :)
ReplyDeleteYaaa, moga Abah sihat selalu kann..boleh jaga rakyatnya..
Deleteammi nak apply jugalah..yg haritu tak dapat pun sbb husband ammi yg apply dan nama dia menunjukkan ada syarikat (walaupun cuma biz yg suam2 je)
ReplyDelete