WORDLESS WEDNESDAY - LAKSA JOHOR | Kecoh timeline facebook dan twitter semalam mengenai kesah Laksa Johor yang jadi hangat dek sebab perbalahan mengenai jenis ikan yang di gunakan untuk membuat Laksa Johor.. tu takpe lagi, sebab tak semua orang pun masak Laksa Johor guna Ikan Parang... Sis sendiri pun guna je Ikan Kembong, janji ada rasa Laksanya.. ko guna ikan Parang pun, kalau masak tak sedap, yee tak sedap juga kann hahahaha.. adoii..
Tapi masaalahnya, 'achik Bangsa Johor' sorang tu laaa komen sentuh pasal jenis ikan mengikut standard 'kenegerian' memasing.. haaa mana lee tak semua nitizen ngamuk mempertahankan negeri memasing.. Yang Sis ko ni tukang scroll dan baca jadi gelak tak sudah.. satu-satu komen Sis ko baca, kena yang komen kreatif sangat, sampaikan ikan paus punn boleh di buat Laksa kalau orang nak hahahahaha...
Memang isu Laksa ni 'make my day' okay... dari malam tadi nak tido, sampai ke pagi ni cite Laksa tu tak habis lagi.. dah memasing semua menayang menu Laksa Johor hahaha.. sabo je lerr..
Tapi baru juga Sis ko tau, ada juga negeri yang takde menu Laksa ekk?..
Nak makan Laksa Johor sedap?, Jom ke Kedai Makan Warung Mak Besah.
P/S: Bebaik cerita Aqsa, hilang terus jadi kesah Laqsa, ermmmmm.. apoo laaaa...
itulah dana mula-mula je baca pastu dah jadi macam gaduh jadi malas amik port, dana suka je laksa semua negeri. Lagilah bila kita orang johor kawin orang terengganu, walaupun laksa lemak tu dibuat dengan ikan sardin je tapi bila dah masak dah jadi laksa sedap je heheheh...
ReplyDeletemasing-masing kan mesti ada cara lain-lain kan... itu dana la jenis yang suka makan hehehhe
Hahaha akak pun ulas pasal ni. Kelakar kan. Akak org Johor mesti ngekek gelak kan tengok respons netizen. Terhibur sekejap dari isu Pandemik COVID-19 dan Palestine diserang oleh Israel. Malaysian memang berdarah pahlawan. Nusantara!
ReplyDeletemacam2 laa kelakar je rasa baca komen2 netizen ni.. ada ada je. sapala mula benda alah ni.. saya pulak tak makan laksa jadi xdela amek port. mmg jenis tak makan menu yang ikan ikan direbus. cumaaaa.. walaupun dok utara lama saya rasa tekak saya blh terima laksa johor lagi. hahaha..
ReplyDeleteokla saya team Laksam =D
SA suka je semua laksa..kecuali laksam...alahai..pasal laksa pun depa nak bergaduh...org NS pun pandai buat laksa just tak claim laksa NS je...hahahaha
ReplyDeletesaya selalu jadi tukang makan je..hehe..semua laksa sedap..kekeke
ReplyDeleteayoo.. sensitif ya isu ni, adoi sebab makanan tu terpulang la pada siapa yang buat.. ke tak? erm.. anyway laksa johor mmg sedap!
ReplyDeleteramai betul la share masak laksa johor, terus jadi teringin aduhhhhh, mana nak cari kat sini..helpppp haha
ReplyDeleteHahaha.....dari tak tahu hujung pangkal,hari ni baru faham kes tu.Hadoi.....tapi tetiba kerana kes tu menu laksa johor jadi viral kan🤣
ReplyDeleteBetul tu Sis. Kalau pakai ikan salmon waima ikan paling mahal sekali pun, kalau masak tak sedap atau tak reti masak macam daku, tak ke mana kan Sis.
ReplyDeleteIrra ada juga la baca sikit komen komen netizen...sampai hari ni kecoh lagi laksa..dan komen macam².. orang selangor masak laksa guna ikan bandaraya...hahahahaha
ReplyDeleteHaha, itulah Malaysian, benda makanan pun boleh bawak gaduh. Belum masuk benda lain lagi tu.
ReplyDeleteHahaha! Ingatkan semua united in one topic, sekali laksa buat semua berperang dalam socmed! Hahaha... Nak cari la posting ni.. Seriouslah ikan paus pun boleh jalan! Nak kenalkan Laksa Sarawak la.. Hehehe...
ReplyDeleteBagi saya, komen panas panas nihla yg memeriahkan groupp.. Cuma tuhla... negeri Johor pulak disebutnya
ReplyDeleteYa benerrrrrr... laksa iya laksa kan Sis Lin... tak kira lah laksa dari negeri mana pun kan... kalau pandai masak, confirmed sedap punyalah... yang penting, iolsss suka makan semua jenis laksa... terbaikkkkkk...
ReplyDeleteRasanya Seymour hidup baru sekali buat laksa Johor mmg sedap. Kes laksa dipeebesarkan maybe netizen tgh stress skrg
ReplyDeleteHahahaha baru tahu kisahnyaa.. adeiii, pasal laksa juga boleh cari gaduh...
ReplyDeleteSaya baru tahu pasal gaduh2 laksa nie. Hahahaa. Aduii itu pon nk gaduhlah. Makanan je kot. Asalkan halal sudah.
ReplyDelete