FAKTA MENARIK MENGENAI TAPAK KAKI KUCING | Sejak-sejak ni Sis suka beno tau usik, gentel dan picit-picit tapak kaki si Kenit tu time dia tidur, geramm kekadang, rasa nak gigit aje. Kekadang tu terlupa, sampaikan ehhhh terciummm plakk, menjerit anak Sis,Yana kalau ternampak 'Makkk kan kotor tu' hahahahaha..
Yang si Kenit plak sejak Ayahnya tu takde di rumah, kemain bergesel berkepit je gan Sis, sampaikan tidur pun di sebelah tempat Ayahnya tidur, mana lee tak geramm, kadang di hulur kakinya ke badan Sis laa, ke muka Sis laa, memang lama-lama kang kena gigit juga kakinya ni hahahaha..
Suka lembut-lembut dia, color tapak kakinya, eeee susah nak cakap laaa hahahaha.. paling best tu, suam-suam kuku jee rasa bila picit-picit, yang si Kenit diammm ajee, kecuali kalau ko usik kuku dia, kemain marah.. sebab tu susah nak potong kukunya, eeeeee...
Tapi korang tau tak, tapak kaki kucing tu selain dari kecomelannya itu, dan membantu kucing kita bergerak ke mana sahaja, terdapat beberapa info yang korang mungkin tidak tahu mengenai tapak kaki kucing. Yaa Sis pun baru tau jugaa.. tu yang Sis nak kongsikan dengan korang.
Ini merupakan 5 senarai fakta yang menarik yang korang tidak tahu mengenai tapak kaki kucing:
1. Berjalan secara mengjengket?
Berbeza dari manusia yang berjalan menggunakan keseluruhan tapak kaki, kucing sebenarnya hanya berjalan menggunakan hujung tapak kakinya sahaja pada bahagian jari. Seperti mengjengket gitu.
2. Tulang kuku
Tidak seperti kuku manusia yang tumbuh dari isi hujung jari, kuku kucing tumbuh dari tulang mereka. Jadi inilah sebabnya jangan sesekali membuang kuku (declawing) kucing kerana ia sangat menyakiti kucing. Walaubagaimanapun memotong hujung kuku tidak mengapa.
3. Pengesan suhu
Dilaporkan di Jepun, ramai pemilik kucing memeriksa keadaan kucing mereka dengan hanya memeriksa tapak kaki kucing-seperti mengambil suhu. Jika tapak kaki kucing tersangatlah hangat ini menunjukkan yang kucing mungkin demam dan perlu bertemu veterinar. Menarik bukan?
4. Unik, sama seperti cap jari manusia
Jika korang melihat dengan dekat, korang boleh lihat yang tapak kaki kucing mempunyai corak halus sama seperti cap jari manusia. Menariknya korang boleh mendaftar tapak kaki kucing korang untuk membuka iPhone korang. Tak percaya? Lihat video di bawah ni:
Tk infonya.
ReplyDeleteBanyak juga info baru yang sis tahu. Ye lah Allah cipta setiap makhluknya itu ada keistimewaan masing-masing kan. Kucing ni memang pembersih.
ReplyDeleteWow.....point no.3 & 4 is a totally new knowledge for me. Interesting post tho. Thank you for sharing.
ReplyDeletesuka main tapak kaki kucing tu sis, macam jelly, tapi kadang tak bagi dia hahaha good sharinggg anyway
ReplyDeletetq for sharing. byk ilmu aida dpt, sis.
ReplyDeleteaida penggeli kucing. tapi rumah aida ni, dari rumah lama dulu, tempat kucing melepak dan beranak. now, ada sekor mak dan sekor anaknya menumpang. beruntung dia, sis, pagi petang dpt makanan mahal. memang asben sediakan makanan kucing.
Dulu selalu berfikir kucing ni bersih ke kakinya.. Kita sampai check lg lps dia berak pijak pasir jln sana sini.. Ehh knp kaki bersih..
ReplyDeleteMmg comel tapak kaki kicing.. lembut sangat.. selalu rasa nak oicit-picit hehe
ReplyDeleteThis is so cute, now i learnt so many things about cats paw here. Thanks
ReplyDeleteRindunya pada my Koko, Garfield. Depa dah takde. Huwaaaaaa
ReplyDeleteWalaupun depa kucing singgah tapi depa baik, my anti stress. Huhuuu..
huuu menariknyaaa fakta pasal paw hee kiut betul.hehe
ReplyDelete