HAPPY HYPOXIA BOLEH MENJADI PEMBUNUH SENYAP PESAKIT COVID-19


HAPPY HYPOXIA BOLEH MENJADI PEMBUNUH SENYAP PESAKIT COVID-19 | Korang tahu tak apa itu Happy Hypoxia? Happy bukan maksudnya gembira okay. Hypoxia pula bermaksud apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus. Kenapa dipanggil Happy Hypoxia?

Ini kerana pesakit Covid-19 kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa tetapi tahap oksigen mereka rendah. Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas. Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia.

Jadi, bagaimana ingin mengesan Happy Hypoxia?

Happy Hypoxia boleh menjadi pembunuh senyap pesakit COVID19 - KKM

Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam. Bagi pesakit Covid-19 yang dikuarantin dirumah, kalian digalakkan membeli Pulse Oximeter(gambar) untuk memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus.

ORANG ramai diingatkan supaya lebih berwaspada dengan kemunculan komplikasi kandungan oksigen rendah, 'Happy Hypoxia' dalam kalangan pesakit Covid-19 yang menjadi pembunuh senyap tidak bergejala. 

Happy Hypoxia mula dikesan menyerang segelintir pesakit Covid-19 di negara ini hasil pemerhatian klinikal yang dibuat kebelakangan ini. Tidak hanya di Malaysia, gejala ini yang kebanyakannya menyerang pesakit Covid-19 dalam kalangan individu muda turut berlaku dilaporkan di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, India dan Indonesia.

Apa Itu Happy Hypoxia

Happy Hypoxia merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu mempunyai kandungan oksigen dalam darah yang rendah namun tidak mengalami sebarang simptom.

Happy Hypoxia boleh diukur melalui simptom, smart watch dan oximeter.

Antara tanda awal yang selalu dilihat pada pesakit atau individu yang mengalami masalah hypoxia adalah kebingungan, gelisah dan sesak nafas.

Happy Hypoxia boleh menjadi pembunuh senyap pesakit COVID19 - KKM

Pakar Perunding Perubatan dan Paru-Paru Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr Nurul Yaqeen berkata, Hypoxia berpunca daripada pelbagai penyakit terutama paru-paru dan  jantung yang menyebabkan kerosakan otak, paru-paru dan organ dalaman badan sekali gus membawa maut jika tidak dirawat segera.

Katanya, keadaan itu berlaku apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

"Tahap pernafasan pesakit Hypoxia boleh menjangkau sehingga 40 hingga 50 kali seminit berbanding kadar pernafasan normal antara 12 hingga 20 kali seminit. Kita juga akan melihat pesakit akan menjadi semakin risau dan panik selain tercungap-cungap kerana kesukarannya bernafas," katanya.

Apa yang membimbangkan katanya, perkara sebaliknya berlaku kepada pesakit Covid-19 yang mengalami Hypoxia apabila tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

"Mereka kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah golongan pesakit Covid-19 ini dipanggil 'Happy Hypoxic'. Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.

"Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia," katanya.

Happy Hypoxia boleh menjadi pembunuh senyap pesakit COVID19 - KKM

Menurutnya, setiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, 'Pulse Oximeter' kerana pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.

"Bagi pesakit Covid-19, Happy Hypoxia ini boleh berlaku apabila pesakit berada pada kategori empat dan lima iaitu tahap virus mula menunjukkan kesannya di paru-paru. Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia ini boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.

"Jadi, bagi mencegah kematian disebabkan fenomena 'Happy Hypoxia' ini, pesakit Covid-19 yang dikuarantin di rumah digalakkan membeli 'Pulse Oximeter' di farmasi bagi memantau tahap oksigen mereka & segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95%," katanya. 

Gejala ini  kebanyakannya menyerang pesakit Covid-19 dalam kalangan individu muda dan dilaporkan berlaku di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, India dan Indonesia.

Pulse Oximeter adalah peranti perubatan yang perlu berdaftar dan penjualannya perlu mendapat kelulusan daripada Medical Device Authority (MDA), sebuah badan bawah KKM.

Sumber : KKM 


P/S: Semakin menjadi-jadi virus ni, Allahuakbar.. Lindungi kami Ya Allah... 

2 comments:

  1. Menjadi pembunuh senyap itu yang lebih berbahaya. Tanpa gejala yang ringan atau berat. Allahu.

    ReplyDelete
  2. Ya, Allah, semoga kita semua dijauhi daripada terkena wabak covid dan penyakit2 lain.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.