PENTINGNYA PULSE OXIMETER KETIKA INI

Sis Lin
14
PENTINGNYA PULSE OXIMETER KETIKA INI | Sejak-sejak ni Sis kerjanya duk laa membeli dan soping keperluan alat penjagaan kesihatan Sis sefamily. Ye laa tengah dalam keadaan macam ni, apa yang orang kata 'perlu ada' kita beli dan usaha guna. So dari situ kita dapat pantau tahap kesihatan dan sekaligus mencegah penyakit. 

Dan baru-baru ni Sis beli plak alat untuk ketahui tahap oksigen dalam badan kita yaitu Fingertip Pulse Oximeter ni. Oximeter adalah sebuah alat yang mampu membaca tahap oksigen di dalam darah manusia tanpa menimbulkan rasa sakit. Ada dua jenis, satu di letak di telinga, dan satu di jari macam Sis beli ni. 

Korang tau ke berapa tahap oksigen dalam badan manusia yang perlu ada? 

Yee tahap oksigen dalam tubuh manusia yang normal adalah antara 95 hingga 100 %. Jika kadar oksigen di dalam tubuh seseorang itu berada di bawah 95 %, ia dianggap memiliki kadar oksigen yang rendah dan memerlukan rawatan atau mempunyai penyakit lain.

So pentingnya kita tau tahap oksigen dalam tubuh kita ni, lagi-lagi jika terkena jangkitan wabak Covid-19. Sebab Pulse oximeter ni menjadi alat yang dapat membantu mengesan virus Covid-19 dalam tubuh pesakit. 


Sis beli di SHOPEE aje, banyak seller yang menjualnya, tapi pastikan korang baca dulu review pembelian dari customer lain okay, kang takut kena tipu pulak kan.. harga pun tak mahal, yang Sis beli ni hanya RM28.90 sahaja. 

Dan Sis dah test dah tahap oksigen dalam badan Sis. Bacaannya antara 96/83, kekadang bertukar-tukar bacaannya, yang penting bacaan oksigen tu melebihi dari 95 %, tu sudah okay. Benar alat uji nadi atau Pulse oximeter inilah yang digunakan oleh para kesihatan untuk memantau pesakit Covid-19 untuk melihat dan membaca kemerosotan klinikal dan pengesanan awal komplikasi yang mungkin timbul.

Ini sangat berguna bagi mereka yang menghadapi kesukaran untuk menyerap oksigen yang mencukupi untuk keperluan mereka, sebelum gejala klinikal lain muncul.

Pentingnya Pulse Oximeter Ketika Ini

Apa Itu Pulse Oximeter?

Pulse Oximeter ialah gadget untuk beritahu kita kadar kepekatan oxygen dalam darah. Alat ini itu juga digunakan di asrama untuk pekerja asing yang dijangkiti sehingga mereka dapat memantau status kesihatan mereka sendiri dan meminta bantuan perubatan jika diperlukan.

Yaa setakat ini, tidak ada bukti yang mengatakan bacaannya memang tepat atau sahih, tetapi mengikut kata MOH (Kementerian Kesihatan Malaysia), untuk menyokong penggunaan secara meluas, pulse oximeter di kalangan orang yang mungkin menunjukkan gejala atau asimptomatik, alat ini boleh mengenal pasti bacaan oksigen pada pesakit yang menjalani ujian dan rawatan Covid-19 bagi mengetahui tahap ketepuan oksigen dalam darah.

Berhati-hati ketika membeli dan menggunakannya. Penggunaan alat pengukur nadi yang tidak betul boleh menyebabkan pembacaan palsu, apa yang Sis baca juga, kata MOH, bacaan ketepuan oksigen yang rendah juga tidak hanya khusus untuk jangkitan Covid-19 kerana banyak juga keadaan pesakit dalam keadaan berbeza, termasuk semput dan penyakit jantung, juga dapat mempengaruhi tahap oksigen darah.

Kepekatan oksigen dalam darah disukat dalam unit SpO2. Bacaan normal SpO2 ialah antara 95 ke 100%. Kepekatan oxygen yang bagus (good SpO2) adalah penting supaya otot otot dan sel badan kita dapat bekalan oxygen yang cukup.

Bacaan SpO2 yang rendah/abnormal ialah bacaan < 95%. Keadaan ini dipanggil sebagai Hypoxia. Antara keadaan menyebabkan Hypoxia ialah:
  • Penyakit berkaitan jantung.
  • Penyakit berkaitan paru paru.
  • Penyakit gangguan pernafasan ketika tidur (sleep apnoea)
  • Kekurangan sel darah merah (anemia)
  • Lokasi altitud tinggi (eg naik gunung)

Jadi kalau bacaan nya rendah, kemungkinan kita ada masalah kesihatan seperti di atas, jadi boleh la berjumpa dengan doktor.

Sumber Info : Doktor Khairul Faizie

Pentingnya Pulse Oximeter Ketika Ini

Alaaa perlu atau tidak, korang beli aja, simpan..dan guna untuk kegunaan sendiri. Tak rugi membeli.. beli tudung, beli tupperware, beli pinggan mangkuk memahal boleh, ini beli untuk kesihatan pun membebel ke? Hahahahaha... *tu ayat anak Sis kalau bercakap huh...

Dan yang penting sekali.. banyakkan MEMBACA ... korek ilmu dan fahamkan..

Dalam keadaan gini, kita kena banyak research bab kesihatan ni. Lagi-lagi bab pencegahan, penjagaan, rawatan, ubatan, dan juga bab situasi jika kita ini jadi PESAKIT. Jangan amik mudah dan remeh jerr, time sihat ni laa kita elak dan mencegah, kalau dah sakit, sendiri mau ingat laa... jangan kata hakak tak payung.. 

Okaylah.. korang jaga kesihatan dan stay safe ya..


P/S: Yang bertanya, Alhamdulilah, terima kasih semua yang mendoakan kesihatan sahabat Sis,Sunah Sakura.. dia now dalam keadaan baik dan masih lagi dalam rawatan pemulihan. #CovidFighter

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ha ako pun dah beli dah...
    sama mcm ko punya.. murah je kan...!

    Kat rumah ni dah mcm spital, stetoskop je blm ada lagi wkakaka

    ReplyDelete
  2. Baik sis. Rawlins pun tengah tunggu ianya sampai. Doakan kita semua berjaya melandaikan lengkungan jangkitan covid di negara kita.

    ReplyDelete
  3. bagusnya pulse oximeter ni... nk kena ada juga ni

    ReplyDelete
  4. This is an important essential now. Me need to get me one of these. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  5. Oo.. saya pernah dgr ttg kepentingan cek aras oksigen ni, tp tak tau mcm mana rupa alatnya. Murah je ye.

    ReplyDelete
  6. Bagusnya. Antara alatan yang perlu ada dalam rumah untuk monitor kesihatan kendiri. Tapi saya prefer pakai jam tangan pintar la. Anyway, thanks for sharing.

    ReplyDelete
  7. Yesss penting ya time2 skrg ni.. Saya pun da order satu dah kt shopee... Hahhahahhah

    ReplyDelete
  8. Saya nampak ramai share. Saya pun beli juga. Hahaha. Akak buka la plastik kat skrin tu. Ingatkan retak ke td. Hahha. Rabun. Maafkan adik.

    ReplyDelete
  9. Tu la.. Ramai share pasal ni.. Ada lagi alat lain.. Memang kene beli. Boleh cek sendiri dekt rumah kan

    ReplyDelete
  10. Betul la bahaya juga kalau beli alat macam ni dan tak accurate reading dia kan.. boleh create false alarm.. Nell guna jam untuk buat measurement every day! hopefully yang tue pun dah mencukupi.. boleh consider juga dapatkan alat macam ni kat rumah kan..

    ReplyDelete
  11. Memang penting woo.. memang nak simpan sebab nak check selali.. takut tetiba rebah

    ReplyDelete
  12. ehh sunah tak sihat ya...allah..patut lama x nampak dia.. btw sis lin..nanti kitapun nak beli benda alah ni heheh

    ReplyDelete
  13. bagus sis sharing dalam group ni. ena pon baru tahu ada jual camni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!