ALHAMDULILAH, AKU DAH SELESAI CUCUK 2 DOS VAKSIN! | AKHIRNYA, selesai juga tangungjawab Sis sebagai rakyat Malaysia untuk program vaksinasi Covid19 Lindung Diri Lindung Semua. So far selepas cucuk Dos 1 pada bulan lepas, kesan selepas vaksin tidak teruk, hanya tangan (lengan) sahaja yang sakit, lain-lain tidak ada apa-apa masaalah kesihatan, alhamdulilah.
Dan semalam, Sis dan anak,Yana hadir sekali lagi untuk selesaikan cucuk vaksin Dos ke-2. Tunggu nanti 14 hari kemudian, barulah boleh di katakan Sis dan Yana 'Sudah Lengkap 2 Dos'.. selagi belum habis waktu bertenang 14 hari tu, maka belum lengkaplah 2 Dos..
Faham ke tak faham tu? Hehehe..
Tak faham sila baca keterangan Maksud Vaksin Lengkap di bawah ni..
Pagi ni pun ketika menaip posting ni, alhamdulilah, kesihatan masih okay, cuma sama juga kesan selepas Dos 1, lengan tangan ni, agak sakit, keras dan mula lenguh-lenguh.. tapi keadaan tu biasa je bagi Sis, sebab kalau kita demam atau sakit pun, jika di beri suntikan, kesannya sama macamtu, so bagi Sis tu biasa laa sakitnya..
Cuma harapnya janganlah ada kesan sampingan lain, so far okay, tak demam dan tiada kesakitan lain.. Anak pun sama, so far pagi ni Sis tanya, dia okay.
So far dalam family Sis, Suami dah lengkap 2 Dos, anak di Shah Alam juga sudah lengkap 2 Dos, anak bujang baru 1 Dos, alhamdulilah..
Ada yang tanya, 'Jauhnya cucuk vaksin'... Iyerr, Sis 'di campaknya' di Kompleks Belia Dan Sukan Teluk Kemang, Port Dickson sana. Tu kira dekat laa, kawan Sis dapat di Stadium Bukit Jalil, haaa lagi le jauh sana hahahaha.. pun kawan Sis pergi juga. Time gini bila dapat aje tempat dan jadual vaksin, tak kisahlah kat mana, janji dapat vaksin..
Ada yang di Johor pun, still masih tak dapat okay.. acaner tu?.. Hurmmmm..
Takpelah, janji dah selamat dah alhamdulilah, aku dah selesai cucuk 2 Dos vaksin!.. Korang pula bagaimana? Sudah selesai? Jika belum, selesaikannya mengikut jadual yang diberikan.. dan jika belum daftar, silalah mendaftar.. untuk kebaikan kita bersama..
P/S: Lately ni berat badan turun mendadak, tu yang ramai tegur Sis nampak kurus, huhuhu..
Wow beratbbadan turun mendadak... Apa rahsia :p
ReplyDeleteAlhamdulillah. Syukur. Bla dah slesai rasa lega kan Sis. Terus jaga diri Sis sekeluarga ya.
ReplyDeletealhamdulillah..ida pun dh settle 2 dos
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah sis!!!!
ReplyDeletealhamdulillah dah setel 2 dos kak
ReplyDeletealhamdulillah.. tahniah dh completed vaksin! =)
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteJauh tu rezeki bervaksin..Tapi ada hikmah kan...ðŸ¤
alhamdulillah
ReplyDeleteTahniah dah lengkap dua dos vaksinasi
ReplyDeleteJauhnya mencucuk
Tahniahhhh, hari kelima belas boleh merayapp..Heheee~
ReplyDeletePerghh kurus ehhh...ok, nampak la sikit..huhu...