BAGAIMANA MENGURANGKAN RISIKO COVID-19 APABILA KORANG BERKONGSI KERETA | PERKARA ni kan lamaa Sis pernah fikir, macam mana agaknya yang naik Grab, atau menaiki kenderaan awam dan juga kereta sendiri tapi ada orang lain menumpang. Memang fikir macam-macam juga Sis. Tapi takde jawaban yang memuaskan.
Sedangkan kereta sendiri pun, walau hanya Sis dan anak-anak je naiki, Sis tetap juga sanitise, sembur spray dengan 'pistol' dan juga 'fogging' dengan mesin (malas nak menaip nama sebenar) tiap kali lepas guna, at least 3 hari seminggu. Lagi kalau kereta Suami yang buat pergi kerja tu, ramai turun naik kereta dia tu kan, kita mana nak tau.. *paranoid kan Sis ko.. takutt oiii..
Dan tadi terbaca perkongsian dari Kementerian Kesihatan Malaysia di facebook, dan Sis rasa lega dan berguna sangat info yang di kongsikan oleh Dato Dr Rushdan Noor ni. So Sis nak kongsikan dengan korang juga di blog Sis ni.
Gambar sekadar hiasan. Kredit dari instagram missfazura.
Korang mempunyai risiko untuk mendapat Covid-19 di dalam kereta jika ada penumpang lain yang membawa virus.Virus boleh hadir di dalam droplet yang keluar dari pernafasan, pertuturan, batuk dan bersin dari seseorang yang dijangkiti. Droplet yang besar akan jatuh ke permukaan, tetapi droplet yang kecil dan aerosol akan berterbangan di udara sehingga 1 jam.
Berikut adalah beberapa petua bagaimana korang boleh mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 apabila berkongsi kereta (hasil kajian penyelidik di Universiti Swansea):
1. Memakai topeng muka tidak memberi jaminan 100% korang tidak dijangkiti tetapi sangat bermanfaat. Pembawa virus yang memakai topeng muka dapat mengurangkan penyebaran partikel virus sebanyak 90% dan jika korang juga memakai mask, maka tentu kadar jangkitan dapat dikurangkan dengan banyak. Memakai faceshield ataupun pelitup muka (face cover) dapat menurunkan lagi kadar penyebaran partikel virus dan jangkitan. Jadi korang ada hak untuk menyarankan penumpang lain memakai topeng muka.
2. Jarakkan kedudukan korang dengan penumpang lain. Duduk pada kedudukan sejauh yang mungkin dari penumpang lain. Jangan kongsi kenderaan dengan ramai penumpang.
3. Cuci tangan korang sebelum dan selepas menumpang kereta dan jika itu adalah kereta korang, cuci permukaan dan bahagian-bahagian yang dipegang oleh penumpang termasuk handle dan tali pinggang keledar.
4. Kajian menunjukkan membuka tingkap selama 10 saat sekali sekala dapat mengurangkan pengumpulan partikel virus sebanyak 97%. Apabila tingkap kereta dibuka, akan berlaku perbezaan tekanan di dalam dan luar kereta sehingga partikel di dalam kereta akan disedut keluar.
5. Memandu kereta secara perlahan memberi peluang yang lebih besar kepada partikel virus untuk berkumpul, jadi jika korang memandu kurang daripada 30 km/jam, adalah lebih baik membuka kesemua tingkap. Pemanduan yang perlahan juga menyebabkan perbezaan tekanan luar dan dalam lebih kecil, jadi kesan sedutan lebih rendah. Tetapi perlu ingat bahawa membuka kesemua tingkap boleh pula membawa mudarat lain iaitu pencemaran luar yang masuk.
6. Jika korang memandu kenderaan lebih laju, tidak perlu membuka kesemua tingkap. Sudah memadai jika sekali sekala korang membuka dua tingkap yang bertentangan, contoh satu di depan kanan dan satu di belakang kiri. Ini dilakukan setiap 10-15 minit, selama 10 saat, ataupun semasa mana-mana penumpang bersin dan batuk.
7. Duduk di kerusi depan kereta mempunyai risiko jangkitan yang lebih rendah kerana arah pergerakan udara dari depan ke belakang akan mengumpulkan partikel di bahagian belakang kereta. Jika penumpang terpaksa duduk di belakang, pilih tempat duduk yang bertentangan dengan tingkap yang dibuka.
8. Di samping kaedah-kaedah di atas, jika korang atau dan penumpang lain sudah mengambil vaksin Covid-19, risiko jangkitan tentu sangat minima.
9. Tidak berkongsi kereta dengan orang yang korang tidak kenali lebih-lebih lagi jika korang berada di tempat yang virus ini sudah merebak di dalam komuniti. Jika korang terpaksa juga, sebaik-baiknya pakai topeng muka berlapis ataupun digabungkan denga faceshield. Berdoalah semoga tidak ada penumpang lain yang membawa virus.
10. CDC juga mencadangkan jika korang perlu amalkan “car pooling’, lakukan bersama orang yang sama dan lebih digalakkan tidak memasang penghawa dingin sebaliknya menggunakan aliran angin sahaja ataupun tingkap sentiasa dibuka.
Dato Dr Rushdan Noor
Artikel ini diambil dari page Medical Mythbusters Malaysia
P/S: Oitt lawa pulak facemask Fazura tu kannn.. geram pukak nengok colornya..
beli la kan dia ada jual facemask jenama dia haahah
ReplyDeletewahhhh patut stylo.. kaka faz dengan bamtah rupanya hehe
ReplyDeleteTk kongsi info
ReplyDeletethanks for the tips sisLin, bermanfaat sangat.
ReplyDeleteYe Sis. Daku pun teringin pula mask Fazura tu hahaha
ReplyDeleteThanks for the tips. Buat masa nie, memang tak jemput sesapa pun naik my car. Kalau tertumpang kereta rakan sekerja, memang akan spray beriya hahaha
jangan kata nak naik kereta. nak keluar depan rumah ni pun seram lani. kemain mencanak kes naik
ReplyDeleteKalau terpaksa car pool SOP memang kena jaga...insyaAllah dijauhkan dan dipermudahkan...Aaminn.
ReplyDeleteTips yang bermanfaat. Tq share. Belum lagi car pooling. Risau juga
ReplyDeleteSaya kongsi kereta ni masih tak berani. Lagi pula masa memandu nak kena buka face mask. Semput kak. Pernah saya naik grab berdua ngan driver. Sesak nafas kak nak pakai fm sentiasa. Lepas sampai pusat PPV. Saya pergi tukar face mask. Kena bawa fm beberapa keping. Rasa dah tercungap-cungap tu mesti ailio ada menitis. Peluh ke droplet ke hingus ke. Hehehe. Tukar je fm dan jaga kebersihan.
ReplyDeleteBuat masa ni tak berani nak kongsi kereta or grab bagai. Sebolehnya nak elakkan. Seram walau hakikat kita terpaksa hidup bersama cik C19. Mencegah sebaiknya.
ReplyDeleteSejak kerajaan dah buka banyak sektor dan juga peluang tuk bawa kereta mengikut kapasiti mesti ramai dah mula berjalan. Tips berguna dan bagus ni kita akan cuba guna juga....
ReplyDeletebagus tips ni! macam khai kalau bleh memang bawa hand sanitizer tu kemana sahaja. part of hygiene. risau dgn keadaan skrg yang dah berpuluh ribu kes harian hrmmmm
ReplyDelete