ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA, ORANG MEMBERI KITA MERASA

Sis Lin
4
ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA, ORANG MEMBERI KITA MERASA | PERNAH dengar peribahasa tu? Indahnya kehidupan jika saling berterima kasih kan, tapi ada masa dan ketikanya, 'kecik hati' juga sesetengah orang, bila kita memberi, jangan kata nak ucap terima kasih, tapi di beri pula pada orang lain, hurmmm.. tu pernah terjadi dulu.. dengan alasan, takut kita ni 'guna-guna' dia hahaha.. LOL.. 

Janji 'niat' kita nak beri tu sampai dan 'ikhlas', tidak mengharapkan balasan atau minta di 'bayar' pun.. Sis ni kalau siapa kenal Sis dari sekolah dulu, memang suka beri dan belanja orang makan, janji ada kawan nak teman Sis makan hehehehe.. bukan nak tunjuk kita ni ada-ada atau nak tunjuk kita ni 'kaya' berduit, tapi memang suka ajak orang dan teman Sis makan, yang tau ye tau laa perangai Sis. 

Even kalau Suami ke anak-anak pun, kalau Sis ajak mereka keluar, dan ajak makan, kalau mereka semua taknak, Sis berani kata, 'Takpe Mak belanja', haaaa apalagi, lajuuu jee baik Ayahnya baik anaknya, kemahinnnnn pantang... hahahahaha.. 

Rezeki kita kongsi bersama, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, so kadang tu Allah balikkan kepada kita, banyak kita memberi, banyak jugalah Allah beri rezekinya. Pahala sedekah tu akan mengalir sampai kita meninggal ya.. jadi perbanyakkanlah bersedekah tapi biarlah dalam diam-diam.. 

Aiskrim Potong Sedap

Aiskrim Potong Sedap

Tapi harini Sis nak kongsikan pemberian rezeki dari sahabat Sis, Sunah Sakura yang mengirimkan aiskrim potong Icely.com.my ni kerumah. Dia tak cakap pun nak beri dan hantar apa-apa. Tiba hari kejadian ada orang call wahtsapp, Sis angkat sebab maklumlah menanti barang sampai, so nombor apa masuk je Sis ko jawab hahaha.. 

Tapi bila jawab, senyap, takde suara, sampai dua kali call, last-last jenguk kat depan ada orang, tengokk pegang sesuatu, tanya siapa kirim, katanya; 'Takpe awak amik dulu, nanti Saya bagitau siapa' hahahaha kelako le pulak pakcik ni.. then dia amik gambo.. lepas tu baru dia kata; 'Dari Pulai, Sunah', Ooooo Cik Sun rupenya hahaha.. then baru lee nampak Sunah wahtsapp hehehe.. 

Makaseh Sunah, orang paling bahagia dapat aiskrim ni adalah anak bujang. Kemain suka dia dapat mencucuk aiskrim tu time makan hahahaha.. Korang kalau nak order boleh ke talian Hotline mereka untuk dapatkan agen berdekatan dengan korang www.wasap.my/601111269277/iCeLyHotline 

Korean Mini Mooncake Halal

Korean Mini Mooncake Halal

Dan baru-baru ni sempena Festival Mooncake yang akan berlangsung, kawan Sis,Tony Wong telah hantar ke rumah sekotak 'hadiah' 6 bijik Mini Korean-style ice-skin mooncake yang dia buat sendiri yang baru aje dia promo di facebooknya untuk jualan bagi siapa yang berminat. Sangat comel dan cute sangat pakaging dia. 

Teruja Sis nengoknya, dan sebagai support kepada bisness dia, Sis ada juga order dengannya beberapa kotak dan Sis minta dia hantar kepada kawan-kawan Cina JOCOM Sis. Alhamdulilah sekurangnya time pandemik ni, sekotak hadiah mooncake ini dapat happykan mereka dan Sis pun turut gembira bila mereka suka. Mooncake dia 'no pork no lard', ikutlah korang jika nak beli atau tidak. 

Kalau korang nak mencubanya, boleh contact Tony Wong  017 383 1163 (RM 38/box). 

Okay tu je nak kongsi pagi ni.. 
Selamat berpuasa Hari Asyura 10 Muharram harini buat mereka yang berpuasa. Perbanyakkan amalan ya, moga ibadah kita mendapat keberkatan olehNya.. Korang masak apa tu? .. 


P/S: Harini apalagi, penuhi permintaan anak-anak nak buka puasa Nasi Kandar hohoho.. 
Tags

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sungguh benar peribahasa tu.. tapi tak sangka, ada pulak yg fikir kita nak guna2 dia ek, sampai bagi orang lain.. apa punya olang laaa.. lugi2...

    Murahlah snow mooncake tu RM38 sekotak, ada bbrp pc kan? Kelako tuari Yoshiko tanya apa maksud komen akak kat post mooncake tu, lawonya 😜

    ReplyDelete
  2. sedapnya aiskrim tu..nanti nak cari la..bebudak ni kat umah asyik mintak eskrim je..pantang motor eksrim lalu..

    ReplyDelete
  3. best nya eskrem tu!!!
    Cik Sun.... kita pun nak!! ahhahaa...

    ReplyDelete
  4. Niceee.. saya pun dah start makan balik aiskrim lepas cucuk vaksin niii.. Hahahaha.. Nanti nak try orderrr la.. nampak nice tuuuu... Alhamdulillah.. rezeki sis... Moga terus dilimpahkan rezeki.. Amin

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!