SET MAKAN TENGAHARI HANYA RM19.90 PERCUMA MINUMAN

Sis Lin
14
SET MAKAN TENGAHARI HANYA RM19.90 PERCUMA MINUMAN | SEKARANG ni, jangan kata kedai makan luar, restoran atau cafe aje yang terjejas dengan pandemik ni, turut sama cafe-cafe dalam hotel juga. Kalau dulu ada laa juga orang staycation dan menginap di hotel dan makan di dalam hotelkan, tapi sekarang ni, mana boleh bercuti, so di sebabkan itu, cafe-cafe dalam hotel kenalah buat sesuatu agar cafe mereka terus beroperasi, dan salah satunya dengan mengadakan servis drive-thru, takeaway dan delivery. 

Memang sangat rindu nak makan dan menginap di hotel, rindu nak makan buffet mereka, tapi tu laa, bila dan sampai bila nak macam ni pun tak tau laa. Makin hari kes segitu aje, takde perubahan dan penurunan, entah mana silap pun tak tau. Nak keluar kemana-mana pun jadi takut. So amik jalan mudah, order delivery aje yang lebih mudah dan selamat. 

Untuk makan tengahari Sis baru-baru sempena Hari Lahir Suami, Sis tak masak apa-apa, Sis hanya order set makan tengahari hanya RM19.90 percuma minuman dari Thistle Johor Bahru Hotel aje. Yup, mereka ada menawarkan 8 set menu makan tengahari beserta percuma minuman hanya RM19.90 sahaja. 

Korang ada yang dah mencubanya?..

Set Makan Tengahari Hanya RM19.90 Percuma Minuman

Set Makan Tengahari Hanya RM19.90 Percuma Minuman

Korang boleh drive-thru, takeaway atau delivery ke rumah korang, caj mengikut jarak kawasan. Macam Sis, Sis amik delivery aja. Ada 8 jenis set menu pilihan yang korang boleh pilih. So haritu Sis pilih menu A, B , C & D. Tu pun anak-anak yang pilih dan mahu. 

Dari Thistle Johor Bahru di bandar sana ke rumah Sis, ada la lebih kurang setengah jam baru makanannya sampai, sebab sekarangkan dah takde banyak kenderaan atas jalan raya, so perjalanan tu cepatlah sampainya. Makanannya pun masih panas-panas suam. Kalau korang nak lebih panas, panaskan aje dalam microwave. Mudah kan, sebab bekas makanannya tu boleh masuk microwave. 

Jom lihat menu yang Sis order dan makan. 

Set Makan Tengahari Hanya RM19.90 Percuma Minuman

Set Makan Tengahari Hanya RM19.90 Percuma Minuman

Set D : Chicken Parmigiana Burger

Set burger memang jadi tumpuan kami anak beranak, kemain besau gilerr ko burgernya hahahaha. Boleh kongsi 4 orang kalau dah di kerat 4 tu, tebal dan isi dalamnya sangat berlapis penuh. Korang tengok aje laa tu. Dan nak lebih sedap, korang panaskan semula, barulah makan sedap.. 

Set Makan Tengahari Hanya RM19.90 Percuma Minuman

Set Makan Tengahari Hanya RM19.90 Percuma Minuman

Set B : Biryani Gam Beef

Ini pilihan Suami, dia makan sampai habis, sedap kata Suami. Dagingnya lembut, terasa rempahnya, dan nasinya juga lembut dan lembab. Yaa kami tak suka jenis biryani yang nasinya kering, tapi yang ini nasinya lembut. Beserta sekali dengan kuah dal dan juga acar basah. 

Set Makan Tengahari Hanya RM19.90 Percuma Minuman

Set Makan Tengahari Hanya RM19.90 Percuma Minuman

Set A : Nasi Goreng Ayam Percik

Set nasi ni pun sedap, habis juga anak bujang makan. Kata anak, nasi goreng tu sedap, tapi ayam yang di katakan percik tu pulak agak mengecewakan. Sebab ayamnya takde rasa percik. Mungkin ini versi percik masakan hotel. Sebab anak dok bayangkan rasa percik seperti ayam percik pasar malam tu hahahahaha.. Tapi habis juga di makan hahahaha.. 

Set Makan Tengahari Hanya RM19.90 Percuma Minuman

Set Makan Tengahari Hanya RM19.90 Percuma Minuman

Set C : Penang Char Kway Teow

Menu ni sapa punya lagi kalau bukan Sis hehehe.. memang suka makan kway teow. Cuma kena panaskan laa kalau nak sedap. Udangnya pun di asingkan tak campur, ye laa kotlah korang alergik ke kan, so boleh tolak tepi jer. Boleh tahan sedap, cuma kalau lebih basah sikit lagi sedap.. hehehehe..

Set Makan Tengahari Hanya RM19.90 Percuma Minuman

Dan seperti yang Sis kata tadi, setiap set di beri percuma minuman percuma. Korang boleh pilih minuman apa yang korang nak dari senarai yang di berikan, Tapi rumah ni ko faham-faham aje laa, anak-anak giler Coke, so semuanya di amik Coke...

Bukan makan tengahari aje, nak makan malam pun boleh, sebab last close order jam 8pm, so korang bolehlah order juga untuk makan malam ya. 

Harga pun tidaklah mahalkan?. 1 set beserta minuman hanya RM19.90 sahaja!. Korang boleh buat tempahan setiap hari, samaada nak Drive-thru ataupun delivery. Caj mengikut jarak kawasan. 

Untuk tempahan, detail ada di bawah ;

Bermula jam 12.00pm - 9.00pm (Setiap Hari)
Drive-thru atau self pick-up https://wa.me/60127892092

Tempat pengambilan : Hotel side entrance 
Alamat : Thistle Johor Bahru, Jalan Sungai Chat, 80100 JB

Antara 8 set sedia ada : 
1️⃣ Nasi Goreng Ayam Percik
2️⃣ Briyani Gam Chicken or Beef
3️⃣ Penang Char Kway Teow
4️⃣ Chicken Parmigiana Burger
5️⃣ Mee Goreng Mamak
6️⃣ Hainanese Chicken Chop
7️⃣ Sup Kambing Mamak
8️⃣ Classic Fish and Chips


Selamat menjamu selera. 


P/S: One day dah okay semua, nak menginap di Thsitle ni, belum pernah menginap di sini lagi.. 

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kat kl ssh nak dpt harga camni oii... Klu ada pun kuantiti x padan dgn harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu ako klu order grab aje... Cr set2 mcm menate ke.. Br berbaloi hehehe. Nak rs food hotel tu rsnya cam ssh la nak dpt harga murah2 camni

      Delete
    2. Yee kawan aku pun cakap, kat KL susah nak dapat set menu hotel murah kan.. nape ek?..

      Delete
  2. Murah. Kalau kat sini ada restoran dengan menu and harga macam tu, mesti Ai salah sorang regular customer dia.

    ReplyDelete
  3. Affordable meals! This is perfect for MCO, sometimes when I work late it's really tiring to cook when I come home.

    ReplyDelete
  4. nampak sedap dan menarik set menu yang ditawarkan. harga pun kira berbaloi dapat sekali dengan air. yang best penghantaran terus ke rumah :)

    ReplyDelete
  5. Awat la murah bebeno tu? Kalau dekat Sis, memang daku terjah dan order dah tu. Hari-hari order pun tak ralat dengan harga berpatutan gitu

    ReplyDelete
  6. Kenapa murah sangat ehhhh. Kat Selangor ada tak? I dah la kena kuarantin kendiri walau bleh keluar. Kiri kanan kes positif COVID-19. Nak order macam akakkkkkkkkk. Huwaaa.

    ReplyDelete
  7. Ni kira makanan hotel harga marhen ni. Murah sangat Sis Lin. Kalau ada kat ipoh sure order.

    ReplyDelete
  8. Less than RM20, sangat berbaloi deal ni siap dengan air..ada 8 choices pulak tue.. Takde la jemu even hari2 place order kan...

    ReplyDelete
  9. warghhh ... berbaloi betul harga set makanan ni SisLin. Kalau dekat dah order. Asyik makan cafe opis je dah jemu..sesekali nak gak bertukar selera kan. Potion pun not bad

    ReplyDelete
  10. burger tu memang nampak sangat sedap dan meriah isinya... harga yang ditawarkan sangat berbaloi

    ReplyDelete
  11. Semua. NMpak menyelerakan..esp burger tuu

    ReplyDelete
  12. Harga yang sangat menjimat, tengok burger tu nampak menyelerakan. Kalau dekat confirm akan repeat orde berkali2

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!