SIAPALAH NAK MAKAN PULASAN BANYAK-BANYAK NI? | WALAU nampak je dua ikat, tapi masaalahnya dah tiga kali Suami beli bawak balik. Jangan kata konon-kononnya mula tekak ngidam nak makan, ni dah terlebih ngidam dah ni hahahaha.. Anak-anak pun sampai dah taknak dah makan pulasan ni, ermmm..
Bila Suami bawa balik je dua ikat lagi, terus Sis kata, siapalah nak makan pulasan banyak-banyak ni?, huhuhu... sebabnya dalam aisbox tu pun ada lagi sebekas buah rambutan yang sejuk yang belum habis makan. Nak makan terus sekali hadap takut batuk.
Sekarang ni memang elak dari batuk, Sis kalau dah batuk memang akan melarat, mau kena ke Klinik, tapi ishhhh elakkan lee dari nak singgah Klinik ke Hospital ke buat masa ni.. taknakkk sakit oiii...
Semalam Sis nampak di kawasan Permas, orang jual rambutan dan pulasan ni dengan harga kemain murah. Ada yang hanya sekilo RM1 sahaja okay.. ramai yang membelinya Sis lihat dari jauh. Untuk Sis, udah-udah lerr, cukuplah buat masa ni makan durian, rambutan dan pulasan, kang datang batuk, demam, dan sakit lain, susah kang, beli buat jamah-jamah jangan tidak okay laa kan..
So nak taknak Sis sedekahkan aje jiran seikat, lagi seikat, kami amakan terus hadap anak banak sambil layan Netflix. Habis juga seikat sekali hadap.. makan berempat okay laaa, kalau Sis sorang yang makan, mampos warded terus aku hahahahaha...
Tapi kann ada juga tau kawan Sis yang tak makan buah pulasan, sebab katanya rasa dia agak lain. Sedap lagi buah rambutan katanya. Yee tang rasa memang ada beza, tapi kalau jujurnya, Sis juga lebih suka rambutan dari pulasan.
Beza Pulasan dan Rambutan
Pulasan atau nama saintifiknya Nephelium mutabile ialah sejenis buah tropika yang menyerupai bentuk dan rasa seperti buah rambutan. Tetapi biji buah pulasan adalah lebih keras, dan isinya agak kering dan kasar berbanding buah rambutan. Buah ini dikenali sebagai maritam di Brunei dan Kalimantan, dan bulala di Filipina.
Buah pulasan diseliputi bulu yang lebih keras berbanding rambutan. Dan kalau nak memakan pulasan, buahnya kita kena pulas, barulah terbuka kulitnya.
Memang ada musim pulasan ni, sebab itu bila musim aje, ramai yang membelinya, sebab bukan senang nak jumpa pulasan, tak macam rambutan, tak musim pun kadang ada jual.
P/S: Harini rehat, masak dan makan je kat rumah.. keadaan semakin membimbangkan, so #StaySafe ajerr..
Ako suka pulasan sbb kulit senang buka.. Isi pun tebal hehehe
ReplyDeleteHari tu kita beli pulasan, kita makan sorang sebab Pak Inche tak suka pulasan. Tapi kita memang sukaaaa
ReplyDeleteRindu nak tengok ada anak tu suka duduk bawah pokok pulasan tak kira masa bila musim pulasan..ini ayat yang babah cakap sejak musim pulasan ni bila PC call. hehehehe.. sebab memang PC suka buah pulasan Sis..
ReplyDeleteKopek sis..masuk dalam bekas..pas tu sejukkan..kejap je settle tu nanti
ReplyDeleteuii sedap tu pulasan. huda lagi suka pulasan dari rambutan.
ReplyDeleteSama kat sini jiran dok bagi satu beg plastik beso. Tapi tiada siapa makan. Aien dua2 kurang sebab risau batuk. anak2 suka makan, tp kena jaga2 jugak.
ReplyDeletekalau cik nor blh je habiskan ni he heee
ReplyDeleteBuatlah pulasan asam boi
ReplyDeleteHaritu terjunpa pulasan.. 3kg rm10... Terus boronggg.. huhu... risau plak lepas vaksin makan tu .. teringin sangat uii
ReplyDelete